Monday, November 24, 2008

Malaysia oh Malaysia... Sampai Begini Sekalikah Engkau Dihina ?


Seorang ketua negara berdiri di sana, diiringi oleh 2 orang menteri lagi (yang kelihatan digambar). Mereka berdiri begitu megah sekali. Tapi tahukah anda mereka adalah pemimpin dari negara mana ?

Wednesday, November 12, 2008

Anwar Ibrahim Kata HAMAS Tidak Demokrasi ?


Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Presiden Malaysia telah dipenjarakan dan diseksa oleh regim Malaysia kerana berjuang untuk demokrasi dan hak asasi manusia, Anwar Ibrahim seorang Muslim yang alim dan pakar dalam Islam dan demokrasi. Saya telah berkesempatan berjumpa dengan Anwar sebanyak dua kali pada November 2005 dan menghabiskan masa dengannya. Saya bertanya Anwar Ibrahim apa yang perlu pihak berkuasa Palestin lakukan dengan Hamas dan perlukah Hamas dibenarkan untuk menyertai pilihan raya yang akan datang. Anwar secara tegas dan lebih berterus-terang – dia berkata bahawa prasyarat untuk mana- mana parti untuk menyertai pilihan raya yang demokratik adalah mesti melucutkan senjata. Parti dan militan bersenjata tidak boleh dibenarkan untuk menyertai satu proses demokratik kerana ia menyindir demokrasi dan konsep kebebasan, tegas Anwar. Sharon sudah tentu akan senang dengan jawapan tersebut dan akan bersetuju 100% dengan Anwar Ibrahim, sekiranya dia (Anwar) merupakan rakyat Palestin, boleh jadi menjadi rakan perbincangan pada pandangan Sharon.
Untuk baca artikel asal(dalam teks yang penuh) boleh klik disini (petikan kenyataan Anwar Ibrahim di perenggan kesepuluh).

Monday, November 10, 2008

Program Bijak Solat Yang Tidak Bijak.


Buletin Utama, siaran Jumaat 07/11/2008. Berita melaporkan tentang terdapatnya bantahan daripada ibubapa yang tidak bersetuju dan kesal dengan pihak sekolah yang menayangkan vcd sebuah filem / cerita pendek mengenai ‘kematian’. Ibubapa terbabit dilaporkan berkata bahawa anak mereka telah berubah sikap setelah menonton vcd tersebut.

Kandungan Cerita pendek dari vcd tersebut dikatakan tidak sesuai bagi tontonan anak-anak bawah 18 tahun, apatah lagi ianya ditayangkan kepada murid-murid sekolah rendah yang rata-rata umur mereka hanyalah dari 7 hingga 12 tahun sahaja.

Menurut pihak sekolah, penayangan cerita pendek tersebut adalah bertujuan bagi memberikan kesedaran kepada murid-murid sekolah tentang ‘consequences’ atau natijah dari perbuatan jahat juga keengkaran mereka terhadap kewajipan mereka berugama. Dalam cerita itu dipaparkan bagaimana seseorang yang telah menemui ajal berhadapan dengan beberapa peringkat dalam kematian. Bermula daripada jasad mayat yang dimandikan, selepas itu dikafan dan kemudian disembahyangkan maka simayat tadi pun diusung ke kuburan untuk dikebumikan. Maka bermulalah ‘scene’ alam barzakh yang dikatakan mampu merosakkan minda kanak-kanak. Segalanya di paparkan secara terperinci dengan perincian tahap soalan yang akan disoal dan juga seksaaan yang bertepatan dengan kesalahan mereka sepertimana yang diceritakan melalui Al-Quran dan juga hadith nabi.

Dalam kesempatan singkat yang ada, saya cuba dapatkan kepastian juga reaksi anak-anak pelajar yang telah menonton cerita tersebut. Rata-rata mengatakan yang mereka sudah menonton, tetapi apabila ditanyakan adakah mereka gerun atau takut dengan apa yang telah mereka saksikan itu, ada yang kata ya dan tidak kurang juga yang mengatakan tidak.

Dalam laporan Buletin Utama Jumaat malam Sabtu itu juga memberitahu bahawa alasan utama penayangan cerita tersebut adalah untuk membangkitkan perasaan bahawa solat itu penting dan maka itulah penayangannya dimasukkan ke dalam salah satu daripada acara yang terkandung didalam program ‘Kesedaran Solat’.

Tanpa menonton VCD / cerita tersebut dengan penuh, dan dengan hanya berasaskan kepada laporan berita Buletin Utama itu tadi, temuramah dengan ibubapa yang membuat aduan ( laporan Buletin Utama ) juga sedikit maklum balas berskala kecil yang diperoleh secara sendiri daripada murid-murid sekolah yang telah menonton cerita tersebut, saya berpendapat ianya adalah sesuatu yang baik, tujuannya baik akan tetapi caranya mungkin kurang bijak.

Anda fikir bagaimana ???
*** Ini adalah merupakan entri berunsur artikel yang paling sulung setelah blog ini dikeluarkan daripada 'linklist' blog Faisal Tehrani. Selamat beribadat kepada beliau, semoga kesihatan beliau serta keluarga yang turut sama menjadi tetamu Allah di tanah suci senantiasa terjamin dan memperoleh haji mabrur. Amin.

Monday, October 6, 2008

Setelah 6 Syawal...(biar agak lewat)

Terima Kasih Pada Rabunlens atas inspirasi...
Muqtadar, moga blog ini terus hidup...

Monday, April 21, 2008

Makan Daging Suci


Ya Rasulullah… ampuni kami…
Maafi kami kerana membelakangi sunnahmu…
Zalimnya kami kerana mengangkat bidaah itu…
Padan muka kami kalau nanti kami tidak dapat bertemu denganmu…
Maafi kami Ya Rasulullah, ampuni kami…
Kami ingin sekali sejati dalam mencintaimu…

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، فِي الْعَالَمِينَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ