Thursday, February 28, 2008


Nur
Apa yang pagi
Membuat wajah berseri
menceriakan bumi
Setiap hari setiap waktu
Bagaimana tumbuh-tumbuhan
Terus segar didalam kehijauan
Di dalam hutan dan taman

Nur... cahaya sakti

Di tengah kegelapan malam
Ketika bintang di langit berkerdip-kerdipan
Indah seri sang rembulan

Ketika insan kealpaan
Ketika kejahilan menutup kesedaran
Siapa petunjuk jalan

Nur... cahaya sakti

Nur adalah kuasa semulajadi
Nur adalah asal asli rohani
Nur tercipta dari azali
Nur... nur... nur...
Petikan bait lagu "Nur" - Art Fadzil

Tuesday, February 26, 2008

Propaganda Pilihanraya ke 12


Satu pagi dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia :
"Mana mungkin orang seperti Dato Seri Anwar Ibrahim yang kerjanya berulang alik dari
Malaysia ke Amerika memberikan ceramah di Universiti di sana akan dapat menjadi
pemimpin yang baik dan berupaya mengatakan tidak kepada Amerika"
"Datuk Hadi Awang dan Pas mempunyai pengaruh Wahabi dan ini merbahaya buat negara"
Kata seorang penganalisis politik jemputan rancangan pagi Selamat Pagi Malaysia.
Dekat tivi juga sekarang ni sibuk dengan omokan yang katanya, " kita sudah berada dilandasan
yang betul, undilah untuk Malaysia, undilah BN".
Gambar : Bila musim pilihanraya, botol air juga turut berpropaganda.