Wednesday, April 25, 2007

Sungguh Cinta Pada Agamaku Setara Pada Seluruh Isi Ummatnya - Salam Maaf, Salam Persaudaraan


Dikesempatan yang selalu terhad dan tersentak-sentak dengan nafas singkat takut pada kekalutan ;
Di kesempatan itu, inginku hebahkan suara dari hati kecil insan kerdil Haris Hauzah dengan ketelanjurannya terhadap seluruh saudara seagama yang mungkin terasa dan merasakan salah dalam sikapku berhujah atau mungkin aku dirasakan salah dalam memberikan rujukan.

Daku secara tiba-tiba rasa tersangat dekat dengan ajalku. Maaf pada saudara saudari seagama yang terasa dizalimi dalam setiap kalamku.

Padamu semua daku menyusun jari dengan himpunan seribu kemaafan.

Inginku bawakan kisah yang dipetik dari mulut yang mulia Sheikh Yusof Al-Qaradhawi ;

Sebuah kisah Ulama Agung Imam An-Nawawi, di riwayatkan ;

Setelah beliau selesai menyiapkan salah satu kitabnya, beliau telah pergi ke sebatang pokok yang dibawahnya mengalir air sebatang sungai yang cergas. Beliau diriwayatkan telah berkata “Ya Allah, Sesungguhnya apa yang aku lakukan ini adalah hanyalah untukmu dan sekiranya kitab yang aku karangi ini tersasar dari ajaran agamamu yang dibawa oleh pesuruhmu, maka… hancurkanlah kitab ini”, dengan kata-kata itu beliau telah merendamkan kitab karangan beliau itu kedalam sungai tersebut.

Setelah beberapa hari, apabila anak-anak murid beliau mengetahui akan berita itu maka mereka pun pergi ke sungai tersebut untuk melihat apa yang terjadi pada kitab karangan guru mereka, ternyata setiap helaian kitab itu masih ada dan tiada satupun catitan tulisan dalam kitab karangan ulama agung itu hilang, pudar atau cacat.

Rasulullah S.A.W juga ada bersabda ; “zaman yang paling baik ialah zamanku, zaman sahabatku, zaman yang mengiringi dan zaman yang mengiringinya”.

Sayangilah mereka, cintailah mereka, hormati dan hargailah mereka. Kerana mereka lebih mulia dalam beragama.


"Sesungguhnya hanya orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran (iaitu) orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak merosak perjanjian, dan orang-orang yang menunaikan apa-apa yang Allah perintahkan supaya ditunaikan, dan mereka takut kepada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk. Dan orang-orang yang sabar karena mencari keredhaan Tuhan-nya, mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik)." (Firman Allah dalam Surah : Ar-Ra'du: 19-22)
Saudara Saudari seagamaku,

Mari kita muhasabah dan rendahkan diri.

Salam Cinta & Perpaduan.

Tuesday, April 24, 2007

Monday, April 23, 2007

Apabila Seagama Tapi Tak Sealiran


Pergilah dan singgahlah dimana jua masjid di serata Malaysia, cantik, indah, tersergam dan besar tapi kosong, letih dan lesu. MENGAPA ?. Selang beberapa buah bangunan rumah-rumah cantik, kita bertemu pula dengan ‘anak masjid’ iaitu surau. “Trend” masa kini iaitu, satu daerah satu masjid dan lapan surau. Satu taman satu masjid dan dua surau. Ada juga yang surau seakan masjid, sehingga ada yang tidak dapat mengenal pasti yang mana satu masjid dan yang mana satu surau. MENGAPA ?

Antara senario yang paling biasa dan mudah dilihat ialah apabila masjid-masjid ini diganggu oleh orang-orang tertentu, siapa orang tu ?. mereka adalah orang-orang politik yang berkepentingan, tak kisahlah samada pro-kerajaan atau pro-pembangkan, yang pasti mereka-mereka ini berkepentingan. KEPENTINGAN APA ?

Mereka berebut-rebut jawatan AJK masjid dengan membawa kepentingan aliran masing-masing. Natijah dari itu aktiviti dimasjid terganggu. Suara yang bergema dimasjid haruslah sealiran dengan aliran perjuangan yang dibawa masing-masing, lain-lain aliran jangan harap dapat masuk. HARAP MAAF !

Maka tumbuhlah surau bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan, dengan harapan aliran mereka tertegak disitu dan kalau ada aliran lain yang mahu ditegakkan bagaimana ?, SILA BUAT SURAU LAIN !, pandangan, buah fikiran dan sikap kamu tidak diterima di sini !.

Akhirnya masjid-masjid yang dibina untuk para-para kariah jadi mangsa. Aktiviti setempat kariah yang mampu membina PERPADUAN yang kuat dan kukuh pada tali Allah terencat, setiap waktu solat LEBIH BANYAK TIANG DARI ORANG.

Rumah kecil tiang seribu, rumah besar tiang sebatang, Surau kecil orang serbu, Masjid besar Jumaat nanti kami datang.

Mengapa aliran sendiri saja yang mahu ditegakkan sedangkan aliran lain juga seagama. Sama-sama kita fikirkan.
P/S ; Ini adalah polemik yang dengan sengaja ditimbulkan, sekiranya ada komen atau pandangan, Ya... tinggalkan saja ...

Friday, April 20, 2007

Semua Nak Jadi Kaya !

Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa sebarang pelaburan saham melalui Internet yang menjamin keuntungan secara tetap adalah haram kerana ia mengandungi unsur riba dan gharar (keraguan). Ramai rakyat Malaysia dipercayai terjebak di dalam pelaburan sedemikian kerana ;
Dan ini adalah keputusan setakat 20 April 2007 (jam 04:30pm) ;

Budaya cepat kaya menjadi ikutan masa kini. = 40.8%
(7637 undi)

Ramai yang mudah percaya, senang diperdaya. = 19.4%
(3629 undi)

Tiada maklumat, panduan kepada orang ramai. = 19.9%
(3732 undi)

Pihak-pihak berkuasa gagal melaksanakan tugas. = 14.1%
(2637 undi)

Lumrah dunia akan ada orang yang mahu menipu. = 5.8%
(1089 undi)

Selepas Majlis Fatwa mewartakan fatwa ini, ramai yang terkejut, terkedu dan tak kurang juga yang tergaru-garu ;

Benarkah kini Idea Machievelli dengan prinsip tujuan menghalalkan caranya pesat tumbuh didalam hati umat Islam sekarang.

Wednesday, April 18, 2007

Perpaduan - Kemana Jalan Kita ?


Subhannallah, saya hanya mampu istighfar bila melihat komen saudara-saudara sedarah sedaging seagama saya(pengecualian pada saudara Salahuddin). Sungguh benar ilmu saya cetek, saya benarkan saja sekiranya saya dikata kering ilmu atau saya budak yang tak tahu apa-apa, “kalau org cetek ilmu agama memang lekas terpengaruh” – ya saya kering… ya saya cetek… tapi terpengaruh cara mudah dengan seseorang & bawaannya adalah tidak benar-itu bukan saya.

Saya sangat-sangat berterima kasih kepada guru-guru saya di APIUM & guru-guru saya yang bergerak dakwah cara bebas, saya masih belajar dengan mereka & doakan yang baik-baik buat saya ya. Mereka tidak pernah mengajar saya untuk jadi buta & tuli. Atau jadi pengikut yang mudah terpengaruh dengan bawaan seseorang, Jumud & taasub bukan ajaran & pegangan mereka. Berlapang dada & menerima pandangan orang lain yang beralaskan hujjah(Al-Quran & Sunnah) kita terima(kerana itulah budaya ulama zaman gemilang).

Saya tidak pernah menyuruh sesiapa menukar mazhab atau menerima syiah secara akidah. Orang sunni dengan sunninya, orang syiah dengan syiahnya. Taqrib(Sunni – Syiah) itu sendiri tidak menyuruh kita ramai-ramai pakat tukar mazhab & hanya iktiraf satu mazhab sahaja.

Sepertimana yang saya tekankan dalam artikel ringkas “Lihat Islam Bawaan Nabi – Penuh Cinta & Kasih Sayang”, bawaan & hebahan idea di situ adalah “PERPADUAN”. Itu jugalah yang disuarakan oleh Imam besar Makkah Sheikh Abdul Rahman As-Sudais.

Saudara-saudaraku, lihatlah sekeliling… dimana ummat Islam kita berada, lihat dimana letaknya negara Islam dalam ekonomi dunia, dimanakah kita ?, kita masih terbuai dengan ayat “Innaddi nainnallah hil islam”, itu janji Allah-Alhamdulillah, tapi apakah yang kita lakukan (dalam bentuk jihad) untuk Islam & Ummah ?, kita benarkan saja sikafir melihat, menafsir & menilai kita dari kacamata yang penuh dengan kabus fitnah & kabur dengan peperangan mazhab sesama kita.

PERPADUAN bukan bermakna tukar mazhab atau aliran. Buka mata luas-luas & buka fikiran lagi.

Ungkapan ini semakin popular lewat ini, jangan jadi buta & tuli.

Monday, April 16, 2007

Imam Sheikh Abdul Rahman As-Sudais gesa PERPADUAN

Sudah terang lagi bersuluh, jangan ada lagi yang mengekang usaha-usaha ' PERPADUAN ', moh !... mari kita bersama-sama sertai gerakan ' Tajdid Global ' order baru. Ketepikan sikap dahulukan puak dan aliran. Mari kita semua berpadu dan menguatkan ukhuwah dalam angkatan perpaduan ummah sedunia. Ketepikan masalah furuq, selesaikan masalah besar umat.

Berikut adalah komentar Imam Besar Makkah, Imam Sheikh Abdul Rahman As-Sudais mengenai "PERPADUAN".

Imam besar Masjid Al-Haram, Imam Sheikh Abdul Rahman As-Sudais, menggesa puak bertentangan di Iraq menyelesaikan pertikaian untuk menghadapi musuh bersama.

Dalam khutbah Jumaatnya kelmarin, Imam Sheikh Abdul Rahman As-Sudais berkata, kebanyakan umat Islam melupakan prinsip utama Islam iaitu perpaduan.

"Al-Quran mengarahkan umat Islam berpegang pada tali Allah dan jangan berpecah belah sesama sendiri. Perbalahan antara Syiah dan Sunni bagaikan bom jangka, sedangkan musuh pula sentiasa melaga-lagakan kedua-dua kumpulan ini," katanya.

Imam Sheikh Abdul Rahman As-Sudais bagaimanapun berkata, umat Islam tidak boleh kecewa dengan keadaan yang berlaku, sebaliknya terus mencuba mengubah keadaan.

Beliau juga memuji langkah pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah, yang cuba menyelesaikan pertikaian antara kumpulan di Palestin dengan mempelawa mereka berbincang di Makkah, baru-baru ini.

Hasil daripada pertemuan itu, katanya, pemimpin Palestin berjaya membentuk pakatan untuk menubuhkan barisan kabinet perpaduan.

"Tindakan sama perlu dilakukan bagi mengatasi ketegangan puak di Iraq, usaha ini perlu dilakukan berlandaskan prinsip agama dan pemikiran ulama, atau jika tidak kita akan melihat kemusnahan kemanusian berlaku di Iraq," katanya lagi.

Katanya, Raja Abdullah diharap memainkan peranan sama bagi menangani isu pertikaian di Lubnan, Sudan dan Somalia.

Sunday, April 15, 2007

Tanda


Bersediakah kita dengan hari yang di janjikan Allah ?

Muslimat - Teruskan Perjuangan




"Because yesterday we remained silent when our sisters in Turkey were dragged to prison for wearing hijab, today we are facing this and tomorrow, God forbid, our daughters will have to face more if we fail again."

7 April 2004



A lecture by Sr.Sukeina from Innovative Minds, given on an IHRC platform at the AhlulBayt Islamic Mission Conference.
Syabas & Tahniah kepada semua muslimat diseluruh dunia(khususnya ditanah airku Malaysia) kerana anda masih menegakkan syariat Allah yang di bawa Rasulullah S.A.W. Teruskan menjaga syariat yang satu itu & perjuangkannya kerana ada ramai lagi di luar sana yang dah tidak sanggup lagi berhijab & tak pernah mahu berhijab. Apatah lagi apabila "Hijjab" ini sudah mendapat tentangan di sesetengah negara. Berjuanglah...
*P/S : Aurat bukan hanya sekadar menutup kepala, peliharalah syariat ini dengan memelihara seluruhnya (seperti mana disyariatkan - Labuhkan tudung hingga ke paras dada, tutuplah kesemua tubuh badan kecuali muka & 2 tapak tangan)
**P/S : Susah ke agak-agaknya ???
***P/S : Sungguh saya tidak pernah lupa pada lelaki yang berseluar pendek juga

Ilmu Itu Sijil, Ilmu Itu Sarjana ?


Tuhan,
Tangis ini untukmu
Sedih ini untukmu
Derita ini untukmu

Tuhan,
Aku tidak berharta
Aku tiada daya
Aku tiada upaya

Tuhan,
Kata mereka aku tiada apa
Tiada emas, tiada perak, tiada gangsa
Kata mereka aku tak berguna

Tuhan,
Kata mereka aku tak berbahasa
Aku tak bisa dipercaya
Aku mudah diperdaya

Tuhan,
Buku apa yang aku baca ?
Sanad aku dari guru yang mana ?
Ilmu apa yang aku timba ?

Tuhan,
Kata mereka ilmu aku tak kemana
Ilmu itu semua orang ada
Tiada sarjana muda kau tak mungkin jadi bunga

Tuhan,
Sungguh benarkah kata mereka ?
Benarkah ilmu itu hanya ada digedung sana ?
Apa benarkah akal, kederat & jiwa merdeka ini tiada manafaat bagi mereka ?

Tuhan,
Jutaan syukur aku rafa’ kan
Kerana aku masih bisa bernikmat dengan hiba
Kerana aku masih bisa bernikmat dengan sakit, dengan sedih dan derita

Tuhan…….

Friday, April 13, 2007

Lihat Islam Bawaan Nabi - Penuh Cinta & Kasih Sayang

Anonymous said...

salahuddin

wahai saudaraku hentilah daripada melabel wahabi itu dan ini
sesunggunya siapa yg lebih komited sebar islam selain dari
Arab Saudi yg anta kata wahabi
sesungguhnya wahhab itu nama Allah
anta sanggupkah nak jawab di depan Allah di padang
mahsyar nanti kerana mempermainkan asma' nya
saudaraku;

janganlah saudara melabel dengan tidak adil
lebih baik saudara selidik dulu
saya pun benci dulu yg org kata wahabi ni
tetapi dengan izin allah saya telah
nampak wahabilah yg bela akidah islam

mmg saya ada beberapa perkara yg tak suka pasal wahabi ni tapi
ajaran dan akidah mereka adalah ahlul-sunnah

April 11, 2007 1:53 AM

Ini catatan pendekku padamu wahai Saudaraku;
Saudara Salahuddin,

Sungguh saya tidak melabel, mereka sendiri yang menggelar mereka dengan nama itu
Saya hormati & cintakan perjuangan Sheikh Muhammad Abdul Wahhab dizamannya
mungkin saja apa yang dilakukan pada lingkungan di zamannya itu releven & haq

Saya tidak mahu & tidak pernah mencemuh Sheikh Muhammad Abdul Wahhab & pada saya dia ada jasa pada ummat zamannya-Itu sikap saya & tidak ada kena mengena langsung dengan soal asma' Allah ( perlukah saya hormati seseorang yang bernama Wahab walau dia mahu merompak saya, perlukah saya menyayangi seorang yang bernama Wahab walau dia terang terangan meranapkan sendi agama)

Saudaraku;
Jangan jadi buta & tuli
Jangan jadi Jumud & Taasub
Lihatlah Islam dari mata nabi & bukan dari mata mereka yang buta & tuli

Saudaraku;
Janganlah begitu
Bertolak dari firman Allah yang berbunyi ;
"Berpeganglah kamu pada tali Allah & janganlah kamu berpecah belah"
Marilah kita bersama berdiri tegak dibenteng paling hadapan dalam Saf yang sama mendepani ancaman dunia yang rata-rata melihat Islam dari sudut yang salah dalam kabur suara fitnah. Mari kita sama-sama berdepan dengan mereka yang secara berani memerangi & rakus menghina pada sesiapa saja yang mahu hidupkan Sunnah & Islam - laknat bagi mereka

Sesungguhnya Rasulullah menyebut tiga perkara sewaktu baginda berhadapan dengan ajalnya ;
"Solat, pelihara solat, wanita, lindungi kaum wanita, Ummatku... Ummatku..."
dengan kalimah ini baginda meninggalkan kita...

Ada orang bertanya ;
Ummat yang mana satu ? Ummat Islam Syiah ke, Ummat Islam Sunni ke atau Ummat Islam Wahabi ? atau mungkin Ummat Islam Hadhari kotnya ?

Marilah kita sama-sama kembali pada ajaran nabi tanpa ada prejudis terhadap aliran masing-masing ( tapi sekiranya mereka cuba memecah belah & menghuru harakan Ummat & memang jelas nyata mereka sesat - Mereka akan terima padahnya )
Tiada kompromi pada mereka yang nyata sesat

Janganlah lagi kita semua mendiskreditkan nabi, keluarga & sahabat-sahabatnya
Sudah-sudahlah tu
Janganlah lagi kita memalukan alim ulama zaman awal dengan ilmu cetek & hidup haru kita hari
ini. Sungguh mereka hebat dalam peribadi, ilmu, nilai, psikologi & falsafah, metodologi dakwah mereka jauh lebih halus, berakal & bijak daripada kita hari ini

Lihat saja apa yang sarjana Islam kita debatkan di pentas mereka ; Furuq masih menjadi pilihan sejak sekian lama, kita masih bincang tentang qunut, talqin & sambutan maulid. Kita berdekah-dekah bincangkan soal Tajassus, bagi yang baru memeluk Islam, mereka pasti pening nak di bin atau di bintikan apa

Inilah topik perbincangan para ilmuan islam kita dikala kita sedang berdepan dengan banyak masalah besar yang masih belum kunjung selesai, lihat saja masalah rasuah(makin lama makin menggila) & segala macam penyakit sosial yang menggejalai remaja Islam kita. Kemanakah sarjana & ilmuan Islam kita untuk memeranginya ? apakah gerak kerja mereka terhadapnya ?
Adakah sekiranya apabila saya memuji & mencadangkan peperangan gerak kerja golongan Syiah disini sebagai alternatif kita, maka saya di golong sebagai Syiah ? - biar apa jawapan saudara saya tetap kata tidak

Nah Saudaraku ;
Seperti kataku tadi, lihatlah Islam dari mata nabi sendiri
Dan jangan jadi buta & tuli

Saudaraku ;
Mari kita sama-sama bangkit untuk Ummah kita sedunia

Thursday, April 12, 2007

Email Berantai – Kita Teraba-Raba Dalam Terang


E-Mail Si Melati : Hampeh betul… Kalau bercinta pun jangan lah over sgt !
Romantik siot...
Berdua Lebih baik (bak kata lagu Acha Saptriasa)
“Berdua dengan mu, pasti lebih baik, aku yakin itu bila sendiri,
hati bagai langit berselindung kabut ooooooo...”
p/s - Nyanyi lagu diatas sambil tengok gambar kera ni
he he he

E-Mail Si Muda : Aku tak rasa yang dua ekor kera ni rasa berdua itu lebih baik.
Sebab kasihnya siibu kera pada anaknya pasti saja sampai ke syurga...
cuma kita yang suka melihat hubungan kera ataupun burung ataupun gajah semua nak disamakan dengan hubungan nafsu kita...
sedangkan manusia sama saja(macam ni) bila berada dalam LRT,
Komuter,Bas, Keretapi ataupun di taman2 bunga............
: )

E-Mail Si Melati : Macam mana kau tahu itu kasih si ibu dan anaknya?,
dan aku juga tak sebutkan atau samakan dengan nafsu kita dengan haiwan....
:p

E-Mail Si Muda : KENYATAAN DENGAN GAMBAR INI ADALAH SPEKULASI ORANG.
SALAH KAH AKU BERSPEKULASI SAMA ?
KALAU YA SALAH MAAF AKU PINTA.........
AKU JUGA TIDAK MENYATAKAN KAU SAMA MENYAMAKAN(SOAL
NAFSU) ANGGAP SAJA ITU JUGA SPEKULASI......

E-Mail Si Melati : Ceh...caps lock lagi ader apa-apa yang telah terjadi ke? :p

E-Mail Si Muda : JANGAN SALAH PAHAM
AKU BUAT KERJA GUNA SISTEM MEMANG KENA GUNA HURUF2
BESAR… SEBABNYA, MUNGKIN AKU ORANG KECIL.........
DUNIA SERBA SEDERHANA SAHAJA, TIADA YANG TERLALU MASIN,
MASAM ATAU MANIS… TIADA APA YANG BERLAKU…
SEGALANYA TAWAR & BIASA..........
: )

E-Mail Si Melati : NAMPAK GAYA MACAM DAH MENGALAMI PELBAGAI PERISTIWA
DALAM HIDUP JE.....BERSABAR JELAA......MUHASABAH DIRI BANYAK
BANYAK..... :p

E-Mail Si Muda : : ) INSYAALLAH… (MUNGKIN JUGA)
- Forwardkan E-Mail ini kepada 10 orang nescaya anda akan lebih gembira nanti.
- Forwardkan E-Mail ini kepada 10 orang nescaya anda akan beroleh sesuatu dalam masa 3
hari.
- Forwardkan E-Mail ini kepada 10 orang nescaya rezeki anda akan bertambah.
Jika tidak…….

Setinggi manakah kepercayaan pengirim E-Mail berantai ini pada E-Mail tersebut. Kenapa mesti 10, 15 atau 20 orang sebaran. Kenapa, kenapa, kenapa ???

Wednesday, April 11, 2007

Institut Kajian Dasar - Apa Sebenarnya Yang Kamu Semua Cuba Lakukan ?

Kisah sebuah buku kontroversi dari Mesir
Oleh SYED SHAHRIMAN SYED ALI

SEJAK dunia Islam mengenali dunia percetakan buku, tidak pernah berlaku mana-mana penerbitan yang menimbulkan kegemparan seperti yang berlaku kepada buku al-Islam wa Usul al-Hukm (Dasar-Dasar Pemerintahan Islam). Buku ini terbit pada April 1925 dikarang oleh seorang ulama al-Azhar dan merupakan Ketua Hakim Mahkamah Syariah, di Mansourah, Mesir. Beliau ialah, Syeikh Ali Abd al-Raziq. Buku ini dikritik hebat oleh para ulama kerana idea yang dilontarkan di dalamnya bercanggah dengan Islam. Di samping kritikan itu timbul juga kehairanan masyarakat ketika menatap isi kandungan buku ini, lebih-lebih lagi ia dikarang oleh seorang ulama al-Azhar.

Perkara ini dinyatakan oleh Sa'd Zaghlul, ketika menjadi Perdana Menteri Mesir.
Buku ini cukup ringkas, hanya mengandungi 105 halaman (cetakan asal), tidak termasuk isi kandungan buku (ada enam halaman), indeks (lapan halaman) dan bibliografi (dua halaman) tetapi sarat dengan idea yang menggegarkan seluruh dunia Islam.

Rentetan daripada buku ini juga menyaksikan suatu tindakan drastik oleh Jawatankuasa Badan Kibar Ulama al-Azhar, yang dianggotai 24 ulama kanan al-Azhar pada 12 Ogos 1925, melucutkan jawatan Ali Abd al-Raziq sebagai Hakim Mahkamah Syariah dan gelaran sebagai ulama al-Azhar serta menarik balik segala syahadah yang pernah dikurniakan kepada beliau oleh institusi tertua itu.

Sepanjang abad lalu dan kini, gagasan buku ini masih diperkatakan dan menjadi rujukan dalam ruang pemikiran pencerahan (al-Tanwir) dan pembaharuan (al-Tajdid) malah penulisnya dikaitkan sebagai reformis pemikiran liberal Islam. Iaitu suatu gerakan yang menggoyang akidah umat Islam dan berakarumbikan fahaman sekularisme. Di sekitar tahun 1990-an, timbul keraguan, siapakah sebenar penulis buku ini. Adakah buku ini sebenarnya hasilan pemikiran `Ali Abdul Raziq atau sebaliknya?

Keraguan ini timbul ekoran tampil salah seorang ulama al-Azhar membuat pengakuan bahawa Ali Abdul Raziq menafikan bahawa beliau adalah pengarang sebenar buku ini. Kedua, setelah dibuat semakan dan penelitian semula secara mendalam isi kandungan buku ini, para pengkaji mendapati terdapat kekeliruan di dalamnya. Sama ada dari sudut uslub dan gaya penulisan, fakta sejarah yang tercatat di dalamnya dan tujuan buku ini diterbitkan. Al-Islam wa Usul al-Hukm kembali menggegarkan persada keintelektualan dunia Arab khususnya di Mesir, tempat kelahiran buku ini sesudah pengarangnya meninggal dunia pada tahun 1966.

Pendedahan ini disiarkan oleh akhbar al-Jumhuriah di Mesir pada Jumaat 28 Mei 1993. Laporan ini berdasarkan pengakuan Syeikh Ahmad Musallim, anggota Akademi Penyelidikan Islam al-Azhar sewaktu beliau bertemu secara individu dengan Syeikh `Ali Abd Al-Raziq sekitar tahun 1940-an. Dalam pertemuan itu, `Ali Abd. al-Raziq mendakwa penulis sebenar buku ini ialah Dr. Toha Hussein iaitu salah seorang tokoh pemikiran liberalisme Arab.Antara soalan yang diajukan di dalam temu bual eksklusif wakil akhbar al-Jumhuriah bersama Syeikh Ahmad Hassan Musallim, ``kenapakah pengakuan ini lambat didedahkan kepada khalayak?'' Di sekitar tahun 40-an `Ali Abd al-Raziq masih lagi hidup begitu juga Dr. Toha Hussein. Pastinya jika perkara ini didedahkan mungkin tanggapan masyarakat terhadap isu ini akan berbeza.
Syeikh Ahmad Hssan menjawab, ``Perkara ini berlaku di sekitar tahun antara 1942 hingga 1948. Ketika itu saya baru sahaja menjawat jawatan di dalam sektor kerajaan sebagai pendakwah bagi daerah Bani Mizar.

Pada suatu hari saya dijemput menyampaikan ceramah di mukim al-Mawaddah, kebetulan ia terletak berhampiran dengan mukim Abu Jarh tempat kelahiran Syeikh Ali Abd al-Raziq.
Saya masih ingat lagi, pada hari Khamis selepas solat Asar saya bersiap menuju ke Bani Mizar. Malangnya saya terlepas bas terakhir untuk ke sana. Saya mengambil keputusan ke Abu Jarh untuk meninjau kiranya ada kenderaan sewa di sana, sambil itu mengambil peluang menziarah Sheikh Ali Abd. al-Raziq.

Setibanya saya di rumahnya, kami sempat solat Maghrib bersama. Selesai solat saya lihat beliau bangun menunaikan solat sunat enam rakaat. Beliau memanjangkan bacaan dalam solat begitu juga sewaktu rukuk dan sujud. Terdetik di hati untuk bertanya, lalu saya ajukan soalan kepadanya,'' Wahai Syeikh, bagaimana engkau begitu tekun dan khusyuk menunaikan ibadah sunat, sedangkan engkau adalah pengarang buku al-Islam wa Usul al-Hukm, yang terkenal kerana percanggahannya dengan agama dan mencela akidah Islam?'' Ali Abd. al-Raziq menerawang jauh sejenak, lalu bersuara, ``Adakah benar saya penulis buku itu? Sesungguhnya pengarang sebenar buku itu Dr. Toha Hussein! Saya bertanya minta penjelasan, ``Jika demikian, kenapa ia menisbahkannya kepadamu?''

Beliau menjawab, ``pada mulanya saya juga amat terkejut dengan tindakan Toha Hussein meletakkan namaku sebagai pengarang buku ini. Apabila saya tanyakan sebab beliau berbuat demikian, dengan nada bersahaja beliau menjawab, ``supaya engkau akan menjadi masyhur di mata dunia. Seluruh media massa di dalam mahupun luar negeri akan tertumpu kepadamu untuk membicara dan mendiskusikan idea yang dilontarkan di dalam buku ini.''

Pengakuan Ali Abd. al-Raziq ini amat menggemparkan, apatah lagi ianya didedahkan pula oleh seorang ulama al-Azhar yang dipercayai. Namun tindakan Syeikh Ahmad Hasan Musallim mendedahkan perkara ini setelah bertahun-tahun lamanya memendamkan pengakuan ini juga tidak dapat dipastikan motifnya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1997.

Buku ini dianggap pelik kerana penulisnya seorang yang diakui keilmuannya dari sudut agama dan mahupun bahasa kerana terdapat karangan Ali Abd al-Raziq dalam ilmu Balaghah pernah dijadikan teks wajib penuntut al-Azhar. Umum mengetahui, keistimewaan sesebuah buku terletak pada isi kandungan dan gaya penyampaiannya. Namun buku ini dikesan dari sudut penyediaan isi kandungan, menyisir himpunan gaya bahasa tanpa ketelitian, rancunya idea dan hujah, dan terlompat-lompat tanpa kesinambungan gagasan yang padu, tidak melambangkan gaya penulisan buku pengarang-pengarang Arab.

Umpamanya, di dalam buku ini penulis melontarkan kritikan atau menimbulkan kekeliruan, sesudah itu ia menarik balik penyataannya itu dan menafi dan tidak bersetuju dengan pandangannya tadi. Kemudian, penulis beralih ke topik yang lain dengan pelbagai kekeliruan. Ternyata, gaya persembahan sebegini persis penulisan sarjana orientalis.

Menurut Dr. Muhammad Ragab al-Bayumi, menerusi respons beliau bertajuk al-Islam wa Usul al-Hukm fi al-Mizan, yang disiarkan dalam Majalah al-Azhar, bil. 1993 hal. 13, menolak penglibatan Dr. Toha Hussein dalam menghasilkan teks ini. Apa yang berlaku, Ali Abdul Raziq mengadaptasi secara keseluruhan atau kebanyakannya idea-idea penulisan orientalis. Khususnya, cetusan pemikiran Thomas Arnold, menerusi bukunya The Khalifate yang diterbitkan oleh Universiti Oxford pada tahun 1924.

Buku ini ditulis Thomas Arnold sejurus kejayaan Kemal Attaturk menumbangkan sistem khalifah di Turki. Ini dikukuhkan lagi, bahawa Ali Abdul Raziq pernah melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford selama dua tahun, dan berguru dengan dua orang profesor terkemuka di sana iaitu Thomas Arnold dan Samuel Margouliouth yang dikenali membenci Islam.

Dalam keadaan ini apakah rasionalnya buku ini kini, diterbitkan dalam versi terjemahan bahasa Melayu oleh Institut Kajian Dasar (IKD)?

Tuesday, April 10, 2007

Meneutralkan Kenyataan Tentang Umar Al Khatab

MODERATOR said...

( Perenggan-perenggan lain tulisan Futuh al Ghaib )

Saudara begitu marah apabila Shahih Bukhari menyatakan bahawa Saidina Ali pernah membakar satu kaum yg sesat, tetapi saudara bersikap MENDIAMKAN DIRI apabila ada FAKTA MERAGUKAN menunjukkan bahawa sahabat Nabi saw, Umar al khattab pernah menanam bayi perempuannya yg baru lahir kedalam lubang pasir. Mungkin kerana Syiah Rafidah MENGKAFIRKAN UMAR??? Nau'zubillah minzalik. Semoga kita semua dijauhi drp kesesatan.

( Perenggan-perenggan lain tulisan Futuh al Ghaib )

Futuh al Ghaib

Saya terpanggil bagi meneutralkan kenyataan Saudara Futuh al Ghaib dalam Blog Faisal Tehrani(komentar bawah tajuk “Gunalah Akal Sebelum Melebal”).

Seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan kenyataan bawah nama MODERATOR ini(merujuk kepada ayat yang saya boldkan).

Sesungguhnya sangat tidak adil, apabila seorang sahabat rapat Rasulullah yang juga seorang Pimpinan Kerajaan Islam “Khalifah Ar-Roshidin” dihakimi & dinilai sedemikian rupa. Sesungguhnya kenyataan Futuh al Ghaib itu tiada huraian & tergantung yang mana pasti boleh saja mendatangkan kesan buruk kepada reputasi & maruah Saidina Umar Al Khatab sendiri kepada para pembacanya. Tak kisahlah samada riwayat itu betul atau tidak, meragukan atau tidak, tapi pada saya kenyataan tergantung saudara Futuh al Ghaib mampu mendatangkan kemudaratan.

Sesungguhnya menurut riwayat. Sebelum datangnya Islam ke Makkah, Saidina Umar adalah salah seorang penduduk masyarakat Jahiliyyah Makkah, malah beliau adalah “figur” yang dihormati. Masyarakat Jahiliyyah Makkah sememangnya terkenal dengan pelbagai aktiviti & adat yang mencabar akal, salah satu antaranya ialah tradisi membunuh setiap anak-anak perempuan mereka.

Dalam kes Saidina Umar Al Khatab, apabila beliau dikurniakan seorang anak perempuan, beliau tidak terus membunuhnya(kerana terlalu sibuk). Hinggalah anak perempuannya itu besar (dalam lingkungan umur tahap kanak-kanak) barulah Saidina Umar menjalankan tanggungjawabnya sebagai salah seorang ahli masyarakat Jahiliyyah Makkah ketika itu.

Menurut riwayat tersebut, beliau mengajak anaknya keluar bersamanya untuk ditanam, beliau menggali lubang(yang dalamnya separas leher anak perempuannya itu) & menyuruh anaknya masuk kedalam lubang yang di galinya lalu ditimbus hingga paras leher & dibiarkan sehingga anak perempuannya itu mati. Saya sebut sekali lagi disini bahawa. Tak kisahlah samada riwayat itu betul atau tidak, meragukan atau tidak, cuma pada saya kenyataan tergantung saudara Futuh al Ghaib mampu mendatangkan kemudaratan kepada reputasi sahabat nabi itu.

Apa yang mahu ditekankan disini(menurut riwayat tersebut) bahawa, PERISTIWA ITU BERLAKU SEWAKTU SEBELUM SAIDINA UMAR AL KHATAB MEMELUK ISLAM. Saya sebut sekali lagi sesungguhnya menurut riwayat itu, PERISTIWA ITU BERLAKU SEWAKTU SEBELUM SAIDINA UMAR AL KHATAB MEMELUK ISLAM.

Riwayat juga menjelaskan, Saidina Umar al Khatab adalah seorang lelaki yang sangat-sangat menghormati perempuan & wanita selepas mana beliau memeluk Islam. Dan mungkin saja kerana peristawa itu diriwayatkan sebelum Umar al Khatab memeluk Islam maka saudara Faisal Tehrani bersikap mendiamkan diri(dakwaan Futuh al Ghaib) & bukannya kerana Syiah Rafidah mengkafirkan Umar???(dakwaan saudara Futuh al Ghaib)

Semoga kita sama-sama dijauhkan daripada apa juga jenis & bentuk kesesatan.
amin


*Ini hanyalah tulisan bagi meneutralkan & bukan mahu berpolimik @ nak tunjuk pandai.

Monday, April 9, 2007

Soe Hok Gie - Catatan Seorang Demonstran


Soe Hok Gie dilahirkan pada tanggal 17 Desember 1942. Dia adalah seorang aktivis yang sangat aktif pada waktunya. Seorang pejuang gerakan mahasiswa yang keras menentang ketidakadilan & korupsi dizaman Presiden Soekarno. Sebuah karya catatan hariannya yang berjudul Soe Hok Gie: Catatan Seorang Demonstran setebal 494 halaman oleh LP3ES diterbitkan pada tahun 1983. Soe Hok Gie adalah mahasiswa Fakulti Sejarah Universitas Indonesia dan juga merupakan salah seorang pengasas Mapala UI yang salah satu kegiatan terpenting dalam organisasi pecinta alam tersebut adalah mendaki gunung. Gie juga tercatat sebagai pemimpin Mapala UI untuk misi pendakian Gunung Slamet, 3.442m.Kemudian pada 16 Desember 1969, Gie bersama Mapala UI berencana melakukan misi pendakian ke Gunung Mahameru (Semeru) yang mempunyai ketinggian 3.676m. Ramai sekali rakan-rakannya yang menanyakan kenapa beliau ingin melakukan misi tersebut. Dengan nada tegas Gie menjelaskan kepada mereka :-

“Kami jelaskan apa sebenarnya tujuan kami. Kami katakan bahwa kami adalah manusia-manusia yang tidak percaya pada slogan. Patriotisme tidak mungkin tumbuh dari hipokrisi dan slogan-slogan. Seseorang hanya dapat mencintai sesuatu secara sehat kalau ia mengenal obyeknya. Dan mencintai tanah air Indonesia dapat ditumbuhkan dengan mengenal Indonesia bersama rakyatnya dari dekat. Pertumbuhan jiwa yang sehat dari pemuda harus berarti pula pertumbuhan fisik yang sehat. Karena itulah kami naik gunung.”

Sebelum berangkat, Gie sepertinya mempunyai firasat tentang dirinya dan karana itu dia menuliskan catatannya :-

“Saya tak tahu apa yang terjadi dengan diri saya. Setelah saya mendengar kematian Kian Fong dari Arief hari Minggu yang lalu. Saya juga punya perasaan untuk selalu ingat pada kematian. Saya ingin mengobrol-ngobrol pamit sebelum ke semeru. Dengan Maria, Rina dan juga ingin membuat acara yang intim dengan Sunarti. Saya kira ini adalah pengaruh atas kematian Kian Fong yang begitu aneh dan begitu cepat.”
Soe Hok Gie mati di atas Puncak Gunung Semeru kerana terhidu gas beracun gunung berapi berkenaan. Sungguh beliau seorang pejuang & nikmatilah serta hayatilah beberapa ungkapan yang pernah disebutkan olehnya sewaktu hayat perjuanggan beliau:-

“Pertanyaan pertama yang harus kita jawab adalah: Who am I? Saya telah menjawab bahwa saya adalah seorang intelektual yang tidak mengejar kuasa tapi seorang yang ingin mencanangkan kebenaran. Dan saya bersedia menghadapi ketidak-populeran, karena ada suatu yang lebih besar: kebenaran.”

“Bagiku sendiri politik adalah barang yang paling kotor. Lumpur-lumpur yang kotor. Tapi suatu saat di mana kita tidak dapat menghindari diri lagi, maka terjunlah.”

“Guru yang tak tahan kritik boleh masuk keranjang sampah. Guru bukan Dewa dan selalu benar, dan murid bukan kerbau.”

“Nasib terbaik adalah tidak dilahirkan, yang kedua dilahirkan tapi mati muda, dan yang tersial adalah umur tua. Rasa-rasanya memang begitu. Bahagialah mereka yang mati muda.”

“Saya memutuskan bahwa saya akan bertahan dengan prinsip-prinsip saya. Lebih baik diasingkan daripada menyerah terhadap kemunafikan.”

“Mimpi saya yang terbesar, yang ingin saya laksanakan adalah, agar mahasiswa Indonesia berkembang menjadi "manusia-manusia yang biasa". Menjadi pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi yang bertingkah laku sebagai seorang manusia yang normal, sebagai seorang manusia yang tidak mengingkari eksistensi hidupnya sebagai seorang mahasiswa, sebagai seorang pemuda dan sebagai seorang manusia. “

“Saya ingin melihat mahasiswa-mahasiswa, jika sekiranya ia mengambil keputusan yang mempunyai arti politis, walau bagaimana kecilnya, selalu didasarkan atas prinsip-prinsip yang dewasa. Mereka yang berani menyatakan benar sebagai kebenaran, dan salah sebagai kesalahan. Dan tidak menerapkan kebenaran atas dasar agama, ormas, atau golongan apapun.”

“Masih terlalu banyak mahasiswa yang bermental sok kuasa. Merintih kalau ditekan, tetapi menindas kalau berkuasa. Mementingkan golongan, ormas, teman seideologi dan lain-lain. Setiap tahun datang adik-adik saya dari sekolah menengah. Mereka akan jadi korban-korban baru untuk ditipu oleh tokoh-tokoh mahasiswa semacam tadi.”

“Sejarah dunia adalah sejarah pemerasan. Apakah tanpa pemerasan sejarah tidak ada? Apakah tanpa kesedihan, tanpa pengkhianatan, sejarah tidak akan lahir?”

“Bagiku perjuangan harus tetap ada. Usaha penghapusan terhadap kedegilan, terhadap pengkhianatan, terhadap segala-gala yang non humanis...”

“Kita seolah-olah merayakan demokrasi, tetapi memotong lidah orang-orang yang berani menyatakan pendapat mereka yang merugikan pemerintah.”

“Bagi saya KEBENARAN biarpun bagaimana sakitnya lebih baik daripada kemunafikan. Dan kita tak usah merasa malu dengan kekurangan-kekurangan kita.”

“Potonglah kaki tangan seseorang lalu masukkan di tempat 2 x 3 meter dan berilah kebebasan padanya. Inilah kemerdekaan pers di Indonesia.”

“To be a human is to be destroyed.”

“Saya tak mau jadi pohon bambu, saya mau jadi pohon oak yang berani menentang angin.”

“Saya putuskan bahwa saya akan demonstrasi. Karena mendiamkan kesalahan adalah kejahatan.”

“I’m not an idealist anymore, I’m a bitter realist.”

“Saya kira saya tak bisa lagi menangis karena sedih. Hanya kemarahan yang membuat saya keluar air mata.”

“Bagiku ada sesuatu yang paling berharga dan hakiki dalam kehidupan: dapat mencintai, dapat iba hati, dapat merasai kedukaan.”

“Saya tak tahu mengapa, Saya merasa agak melankolik malam ini. Saya melihat lampu-lampu kerucut dan arus lalu lintas jakarta dengan warna-warna baru. Seolah-olah semuanya diterjemahkan dalam satu kombinasi wajah kemanusiaan. Semuanya terasa mesra tapi kosong. Seolah-olah saya merasa diri saya yang lepas dan bayangan-bayangan yang ada menjadi puitis sekali di jalan-jalan. Perasaan sayang yang amat kuat menguasai saya. Saya ingin memberikan sesuatu rasa cinta pada manusia, pada anjing-anjing di jalanan, pada semua-muanya.”

“Tak ada lagi rasa benci pada siapapun. Agama apapun, ras apapun dan bangsa apapun. Dan melupakan perang dan kebencian. Dan hanya sibuk dengan pembangunan dunia yang lebih
baik. “
*P/S :- Sekiranya ada diantara Saudara Saudari yang berencana ke Indonesia, pastikan anda beli saja buku ini 2 - 3 kotak kerana ramai yang mencari buku ini di sini. Kalau malas nak baca, beli saja VCDnya yang bertajuk "GIE" lakonan Nicholas Saputra(sebagai Soe Hok Gie).
**P/S :- Sesungguhnya buku-buku Biografi seperti ini sangat tinggi nilainya, kerana ia boleh jadi saja satu perjuangan yang berlaku sekali dalam sejarah dunia & ianya mungkin saja dilakukan/diperjuangkan oleh orang-orang tertentu. MAHUKAH KITA BERJUANG SEPERTI MEREKA... ?
NAH... MARI KITA BERJUANG !...

Saturday, April 7, 2007

Sendiri Lagi


Waktu aku dilahirkan… aku sudah sendiri,
Waktu lah yang menjadi guruku…
Dari baring aku mengereng…
Dari mengereng aku meniarap…
Dari meniarap aku merangkak…
Dari merangkak aku berdiri…
Dari berdiri aku berjalan…
Dari berjalan aku belajar lagi…
Kini aku berdiri, berjalan, berlari…
Aku mengejar orang… mengejar diri… mengejar mimpi… mengejar realiti… mengejar fantasi…
Arghhhh…
Penat… dunia apakah ini ?… gelap tak bermentari, udara cemar apa yang aku sedut ini…
Mana isteriku ?, mana anakku ?, mana ayah dan ibu ?, mana mertua mana saudara-saudaraku…?
Bagaimana aku yang bijak ini, berilmu, bersarjana dalam tuturku, bergelar lingkunganku, berpengaruh dalam duniaku, berharta… bekerjaya… mengapa aku hanya diam kaku beku disini…
Arghhhh… hah, Arghhh… arkk… errr… suara apa tu ?… suara siapa?… siapa tu haah…?!!
Ehh bukankah kau adalah aku…?
Arghhhhhhhhhhh !… keluarkan aku !… keluarkan aku… aku belum mahu kesini… keluarkan aku !!!…….
Ya !, Benar, kau adalah aku dan aku adalah kau…
Wahai Harith Hauzah Al-Mulk…!
Sesungguhnya kau sudah meninggalkan alam amalmu, sesungguhnya kau sudah melalui alam ibadahmu, dan sekarang kau berada disini, ditempat asalmu
Wahai Harith Hauzah Al-Mulk…!
Sesungguhnya kau sia-siakan segalanya… kau lupa yang kau juga sebenarnya giat mengejar hari mati mu…

Friday, April 6, 2007

Kawin-Kawin



Ramai dari khalayat yang bertanya… apakah perlu
Saya Menyambut lamaran itu…? Bahagiakah saya nanti sekiranya
Saya berkahwin dengannya…? Adakah saya perlu tunggu & lihat dahulu sejauh manakah kecintaannya pada saya…?
Atau haruskah saya menerima saja lamarannya sekarang…?



Apakah hakikat, kenyataan, realiti perkahwinan…? Adakah
Ia satu perjudian atau percaturan…?

Terdapat banyak alasan manusia yang membuat dasar dari
hakikat perkahwinan, hakikat yang seperti apakah yang
paling membahagiakan? cuba kita lihat...dan yang mana
satukah pilihan kita???

Jika hakikat suatu perkahwinan itu adalah kerana SEKS,
Maka pasangan mungkin rajin saja bertengkar bila servis
di kamar tidur tidak lagi memuaskan.

Jika hakikat suatu perkahwinan itu adalah kerana HARTA,
Maka Perkahwinan itu mungkin saja bakal bubar jika pasangan tadi jatuh muflis.

Jika hakikat suatu perkahwinan itu adalah kerana KECANTIKAN,
pasangan mungkin saja bakal lari jika rambut mulai beruban dan
muka mula keripot atau badan jadi gendut.

Jika hakikat suatu perkahwinan itu adalah kerana ZURIAT, maka
pasangan mungkin saja akan cari alasan untuk pergi jika pasangan
tidak dapat memberikan anak.

Jika hakikat suatu perkahwinan itu adalah kerana KEPERIBADIAN,
pasangan mungkin saja akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

Jika hakikat suatu perkahwinan itu adalah kerana CINTA,
Hati manusia memangnya tidak tetap dan mudah terpikat pada
hal-hal yang lebih baik dan berbaloi untuk dicintai,
lagipula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.

Jika hakikat suatu perkahwinan itu adalah kerana IBADAH kepada
ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI
HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA
melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada
alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah
tangga kecuali jika pasangan tadi mendurhakai ALLAH.

Thursday, April 5, 2007

SELAWAT & SALAM BUAT JUNJUNGAN


MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W


Nama: Muhammad Bin Abdullah s.a.w
Gelar: Al-Musthafa
Julukan: Abu Al-Qosim
Ayah: Abdullah bin Abdul Muththalib
lbu: Aminah binti Wahab
Tempat/Tarikh. Lahir: Makkah, Isnin, 12 Rabiul Awal
Hari/Tarikh. Wafat: Madinah, Isnin, 28 Shofar Tahun 11 H.
atau Isnin 12 Rabiul Awwal Tahun 11 H. 632 M.
Umur: 63 tahun
Makam: Madinah
Jumlah Anak: 7 orang, 3 laki-laki dan 4 perempuan
Anak laki-laki: Qosim, Abdullah dan lbrahim
Anak perempuan: Zainab, Ruqoiyah, Ummu Kaltsum, dan Fathimah.


Sedikit Fakta Mengenai Rasulullah S.A.W Bersempena Maulid Baginda

Wahabi oh Wahabi



"(Dari dalam Fail lama yang terselit tersimpan, saya terjumpa gurindam ini.Tiada pula nama penciptanya.Siapa-siapa yang ingat / tahu, tolong beritahukan)

Saudara,

kita bermusuh dengan Wahhabi, bukan kerana dia tak nak berqunut Subuh

kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak bertahlil arwah;

kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak wirid berjemaah lepas sholat;

kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak membaca Yaasin malam Jumaat;

kita bermusuh denganWahhabi,
bukan kerana dia tak nak bermawlid;

kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak bertawassul;

kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak bertalqin;

kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak berlafaz niat "usholli";

kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak Tarawih 20 rakaat;

kita bermusuh dengan Wahhabi bukan kerana dia Wahhabi;

TAPI;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi memusuhi kita;

kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi kata kita sesat;

kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi kata kita ahli bid`ah;

kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi kata kita khurafat;

kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi kata kita syirik;

kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi kata kita tak ikut Qur`an dan Sunnah;

kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi halalkan darah kita kerana kita sudah syirik;

kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi biadab dengan ulama-ulama kita;

kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi tak biarkan kita beramal dengan aman tanpa cemohan;

kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi tak biarkan kita beramal dengan aman;
WAHAI WAHHABI, LANA A'MAALUNA WA LAKUM A'MAALUKUM



**DiPetik Daripada TranungKite Online