Thursday, August 30, 2007

Sudah 50 Tahun Merdeka ?


Fragmen : Tot Tot Tot


Apabila berbicara tentang cara atau etika berpakaian ramai juga yang teraba-raba...
Walau etika itu telah di asas oleh Baginda Rasul 1400 tahun dahulu, tapi hari ini masih lagi teraba...
Ada juga suara yang meminta agar dibuat kajian dalam-dalam... Ada juga yang tanya-tanya mengapa wanita saja jadi bahan, lelaki pula bagaimana...

Monday, August 20, 2007

Pre-Writing...


Penulis Fanatik Dan Pembaca Fanatik...
Makalah Paling Tidak Berat Sebelah...
Raikan Cinta,
Tiada apa yang harus dipelajari daripada Cinta, kerana Cinta itu akan mengajar kita tentang segalanya.

Friday, August 10, 2007

Special Operation 85: Hostage Rescue

Kesatuan Pelajar Islam Iran telah mencipta permainan komputer yang mempunyai mesej politik mengenai isu-isu besar yang menyelubungi negara mereka. Antaranya isu tentang hubungan Iran dengan Israel dan Amerika Syarikat, misteri kehilangan diplomatnya dan masalah program tenaga nuklear negara tersebut. Pencipta permainan ini mengatakan misi di dalam permainan video ini adalah bagi mempromosikan kesederhanaan, kesetian serta mempertahankan negara mereka.


*Jatidiri, Jatidiri, Jatidiri……. Merdeka

Thursday, August 9, 2007

Ubat Tidur Cap Pangkah



Kalau anda masih ingat pada sebuah filem yang mengundang kontroversi pada sekitar tahun 2003 yang bertajuk “Bruce Almighty”, kini sekual kedua filem ‘jahat’ ini datang lagi. Filem yang telahpun mendapat kelulusan dari Lembaga Penapisan Filem Malaysia, “Evan Almighty” akan menyerang rakyat Malaysia pada 23 Ogos ini.

Evan Almighty

Filem ini didakwa menyentuh sensitiviti umat Islam yang mana mengandungi babak menghina juga mempersendakan Tuhan dan Nabi Nuh (a.s). Perbuatan memaparkan Tuhan sebagai manusia dan pelakuan membina bahtera dalam filem ini tidak benar dan Nabi atau Rasul yang di “potrey” kan di dalam filem itu adalah menyanggah syariah Islam dan memesongkan akidah. Filem yang merujuk kepada kisah banjir besar pada zaman Nabi Nuh (a.s) yang mana kemudiannya dimanipulasi sehingga dijadikan ke satu bentuk komedi yang seakan bertujuan menghina Islam.

Filem yang menelan belanja kira-kira RM604juta(AS$175juta) yang dilakonkan oleh Morgan Freeman sebagai “God”(Tuhan) telah mengarahkan pelakon Steve Carell(memegang watak Evan Baxter) untuk membina sebuah bahtera bagi menghindar banjir besar yang akan melanda kota New York.

Pencinta

Syabas dan terima kasih kepada beberapa NGO, aktivis Islam dan beberapa orang pendakwah yang menyuarakan kemarahan dan menyeru agar pihak kerajaan mengharamkan filem ini.

Menteri Hadhari

Kitakan negara Islam, Islam Hadhari pula lagi. Malaysia sebuah negara Islam yang bertamadun, berjatidiri, bermodal insan dan bermaruah. Nah, apa yang anda fikir kerajaan akan buat ?

“Jangan cepat melatah pasal sebuah filem”. itulah kata yang keluar dari mulut seorang menteri kerajaan negara Islam Hadhari. “Umat Islam di negara ini perlu lebih bijak menangani isu yang berkaitan dengan agama dan jangan cepat melatah apabila berhadapan dengan sesuatu yang dianggap mencabar akidah serta kepercayaan termasuk oleh sebuah filem. Apa yang lebih utama ialah peranan yang harus dimainkan oleh ibu bapa dalam mengukuhkan akidah anak masing-masing. Umat Islam tidak sepatutnya lemah dengan melatah hanya apabila disajikan filem sebegini. Tindakan mengharamkan filem itu tidak akan menyelesaikan sebarang masalah kerana rakyat Malaysia berada dalam persekitaran bangsa dan agama yang berbeza. Kita hidup dalam negara pelbagai kaum dan agama, jadi kita perlu lebih bijak dalam menghadapi isu berkaitan keagamaan ini. Kalaupun filem itu diharamkan dipawagam, orang ramai masih boleh menontonnya di internet”. Begitulah kata Datuk Seri Zainuddin Maidin selaku Menteri Penerangan Malaysia.

Susunan Hak dan Batil

Benarlah kata Saidina Ali, “batil yang tersusun akan menewaskan hak yang tidak tersusun”.
Biar sebaik manapun hujah balas menteri ini, kebenaran penayangannya di negara ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.

Sewaktu Rosnah Mat Aris terlepas cakap dalam bahasa yang mungkin hanya difahami oleh dirinya saja, dan kemudiannya memohon maaf . Menteri itu ‘mengantung’ pelakon ini selama setahun. Dalam kes “Mulut Rosnah Mat Aris” ini, saya setuju dengan seorang sahabat penulis yang mengatakan Rosnah Mat Aris, wajar untuk dimaafkan dan dilepaskan daripada hukuman gantung kerja setelah dia dengan rela hati dan nampak bersungguh dalam pormohonan maafnya kepada Masyarakat Islam yang terasa dengan mulutnya.

Mungkin ceritanya lain tapi kisahnya tetap sama.

Sensor Yang Sudah Hilang Kuasa

Saya rasa kedua-duanya(Pencinta & Menteri Hadhari) ada poin masing-masing dalam hujah mereka. Pencinta yang mengorek isu tetapi ditimbus dengan tanah yang berlainan warna oleh Menteri Hadhari.

Soalannya, wajarkah sebuah negara yang mengaku Islam tidak menunjukkan rasa cinta kepada Islamnya ?. Saya percaya skrip Menteri Hadhari ini pasti berbeza sekiranya filem ini mempersenda atau menghina agama Buddha atau Hindu(yang mana menyinggung sahabat kita dari keturunan Cina atau India). Benarlah agaknya kalau filem ini diharamkan dipawagam, orang ramai masih boleh menontonnya di internet. Tetapi sebagai sebuah negara Islam yang bertamadun, berjatidiri, bermodal insan dan bermaruah, maka serlahkanlah Hadhariah negara ini kepada mereka yang dengan berani mempersendakan Islam secara terang-terangan.

Peranan yang dimainkan oleh ibu bapa dalam mengukuhkan akidah anak dijaga apabila nilai atau budaya dari siri-siri telenovela bermaharajalela di televisi tempatan. Iklan budak jahat juga dihentikan kerana membawa nilai dan pengaruh yang tidak baik kepada anak-anak kita. Sungguh mulia tindakan Menteri Hadhari ini. Syukran Ya Akhi, tetapi mengapa tidak menangani dengan cara yang sama terhadap serangan jahat Hollywood ini ?. Tidakkah pengaruh nilai dan pengaruh akidah yang dipertontonkan itu sama serius dari segi impaknya ?.

Mungkin susah benar agaknya mahu menunjukkan yang kita(Islam) ini kuat, maka kita dituntut(oleh Menteri hadhari tadi) supaya tidak lemah dengan melatah hanya apabila disajikan filem sebegini.

Kalau dengan membiarkan agama sendiri diperlekehkan, kalau dengan membiarkan Nabi yang wajib diimani dihina dan kalau dengan merelakan saja fakta dan sejarah yang diberitakan Allah di dalam Al-Quran dijadikan bahan humor bagi dipertontonkan dikira sebagai cara bijak bagi menangani isu yang berkaitan dengan agama, memang sahlah kata orang yang Islam Hadhari itu ada had dan ada harinya.

Sempena menyambut kemerdekaan 50 tahun yang penuh berkat ini, terimalah filem jahat yang menghina kita, “Evan Almighty”.


*Tanya seorang teman(bukan Islam), benarkah di Malaysia ini tak boleh hina Parti Pemerintah atau Menteri, tapi kalau hina Islam tidak mengapa ?