Thursday, February 5, 2009

Katak si Katak Lompat - Senjata Makan Tuan !

Kemuncak cerita katak...

Ketua katak lain yang sibuk omok ke hulu ke hilir seluruh benua pujuk katak itu dan katak ini supaya melompat masuk, tup tup katak-katak di bawah ketiak sendiri pula yang terlompat keluar.

Dulu heboh juga pemimpin-pemimpin katak jenis Buntat Nago(BN) bercakap perihal pemimpin agung spesis katak yang baru ditemui dan masih belum ada nama (spesis katak jenis peranakan biawak yang disebut PKR). Satu lagi jenis ialah katak spesis kulit cerah yang disebut DAP ni tidak bermoral sebab mengajar katak bukan jagaannya lompat bangunan. Rupanya Buntat Nago pun 2x5 memang lebih lagi tidak bermoral.

Apalah yang nak kita sibukkan pasal moral, memang sikap katak-katak dalam lopak politik daerah sini memang begitu.

Tak gitu ? padan muka pada semua !


PUTRAJAYA 4 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan baru di Perak dengan kelebihan majoriti tiga kerusi.

Ini berikutan keputusan tiga calon Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi, Mohd. Osman Jailu, Hee Yit Foong yang telah menghantar surat kepada Sultan Perak semalam mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Perak dan menyatakan sokongan kepada BN.

Datuk Nasharuddin Hashim yang keluar BN Sabtu lalu turut mengumumkan kembali kepada UMNO.

Dengan pengumuman itu, BN kini memiliki 31 kerusi berbanding PKR sebanyak 28 kerusi.

Menurut Najib, Jamaluddin, Mohd. Osman dan Yit Foong masih kekal sebagai wakil rakyat Bebas tetapi akan memberi sokongan kepada BN dalam sidang DUN termasuk sesiapa sahaja yang bakal dilantik Menteri Besar Perak.

Najib berkata, beliau akan mengadap Sultan Perak dalam masa terdekat bagi memaklumkan perkara itu. - Utusan

sumber : Utusan Malaysia