Bahasa Melayu, Siapa yang peduli ?...
Bahasa Melayu, Siapa yang peduli ?...
Bahasa Melayu, Siapa yang pedulu ?...
Orang Politik kalau bercakap dan bertindak memang tak ikut akal, hanya ikut kuasa dan keegoan...
Apa kata nama ‘Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu’ itu ditukarkan menjadi ‘Pertubuhan Kebangsaan Malaysia Bersatu’, bukankah itu lebih majmuk dan lebih berimejkan semangat "Malaysia".
*Apa lagi yang Melayu-Melayu akan di buang selepas ini...?
4 comments:
imho, bahasa melayu susah nak dipertahankan kerana bangsa melayu itu sendiri susah untuk didefinasikan.
Define please, what exactly is a Malay? In the constitution it describes the original occupants of tanah melayu, that holds islam as one's religion.
What if that person is no longer a Muslim, such in case of Lina Joy? Can she be no longer considered a Malay! But no .. she is definitely still a Malay but not a Muslim.
Such is the ambiguity that surrounds Malay Language, and i think bagus kalau saudara dapat bahaskan definisi sebenar bangsa melayu itu sendiri.
Irzan,
Saya menyanggah kenyataan saudara mengenai definasi bangsa melayu... terlalu banyak pendefinasian yang dibuat(itulah masalahnya - sehingga saudara sendiri keliru), tetapi dek kerana sikap orang melayu yang hanyut dengan arus zaman, tiada jati diri & malu juga bergelar atau berbahasa melayu, akhirnya mereka bedal saja dengan identiti yang tak berapa melayu mereka. Masalahnya apabila muda-mudi melayu tidak berminat mencari asal usul mereka sendiri yang mana kemudiannya termakan dengan apa yang pihak barat jolokkan ke kerongkong mereka, sedap bukan main agaknya, tak perlu dirasa dengan lidah, telan saja segalanya... saudara irzan carilah buku-buku mengenai bangsa atau bahasa melayu dahulu, supaya saudara bersikap lebih optimis tentang mempertahankan bahasa melayu ini... atau mungkin boleh mula dengan buku ini ; Sejarah Bahasa Melayu, tulisan Abdul Rashid Melebak & Amat Juhari Moain...
Soal perlembagaan persekutuan itu perlukan ahli untuk menjawabnya... saya tidak mahu menjawab sesuatu yang bukan bidang saya... Sama-samalah kita cari & belek-belek buku mengenainya...
Saudara kaitkan isu bahasa melayu ini juga dengan kes sinaif Lina Joy: Saya jawab soalan saudara dengan soalan juga ;
Mungkinkah orang Cina buddha atau India hindu yang menukar agama mereka lalu memeluk Islam itu sekaligus bertukar bangsa keturunannya juga ?
Melayu memang selalu keliru tentang segalanya, termasuk sejarah, identiti & bahasa mereka sendiri walaupun kajian & bukti ilmiah mengenainya sudah memastikan segalanya didilambakkan diperpustakaan, arked buku, sekolah... tapi orang melayu sendiri pesimistik tentang melayu & bahasanya... apatah lagi mahu mempertahankan(dirasakan tidak mungkin-kerana itulah maka kita boleh lihat sekarang)...
Sama-sama kita mengembara lagi ke alam dunia melayu sebenar... supaya jati & semangat untuk bergelar melayu itu ada pewarisnya...
Haris Hauzah
salam
tolong beritahu bangsa melayu itu apa definisinya? siapakah yang boleh dianggap berbangsa melayu? silakan..(tak mahu jawapan seperti, "pergilah cari buku ilmiah di perpustakaan", kalau saudara tak tahu,katakan tak tahu,jika tahu sila beritahu)
kawan saya mamak, dia islam, bercakap dalam bahasa melayu, dan berbudaya melayu sepertimana melayu di malaysia.dia tengah tunggu jawapan saudara, sebab dia mahu mengisytiharkan dia seorang melayu.
HIDUP ISLAM!
HIDUP AHLUS SUNNAH!
Mengapa semuanya perlu bersuap...
Teruskan pencarian...
Tuduh melulu jangan jadikan sikap, kita bersama hindari fitnah...
Kalau ada yang berminat mahu jadi melayu...
yah jadi saja...
Selamat datang kedunia Melayu...
Post a Comment