Kalau anda masih ingat pada sebuah filem yang mengundang kontroversi pada sekitar tahun 2003 yang bertajuk “Bruce Almighty”, kini sekual kedua filem ‘jahat’ ini datang lagi. Filem yang telahpun mendapat kelulusan dari Lembaga Penapisan Filem Malaysia, “Evan Almighty” akan menyerang rakyat Malaysia pada 23 Ogos ini.
Evan Almighty
Filem ini didakwa menyentuh sensitiviti umat Islam yang mana mengandungi babak menghina juga mempersendakan Tuhan dan Nabi Nuh (a.s). Perbuatan memaparkan Tuhan sebagai manusia dan pelakuan membina bahtera dalam filem ini tidak benar dan Nabi atau Rasul yang di “potrey” kan di dalam filem itu adalah menyanggah syariah Islam dan memesongkan akidah. Filem yang merujuk kepada kisah banjir besar pada zaman Nabi Nuh (a.s) yang mana kemudiannya dimanipulasi sehingga dijadikan ke satu bentuk komedi yang seakan bertujuan menghina Islam.
Filem yang menelan belanja kira-kira RM604juta(AS$175juta) yang dilakonkan oleh Morgan Freeman sebagai “God”(Tuhan) telah mengarahkan pelakon Steve Carell(memegang watak Evan Baxter) untuk membina sebuah bahtera bagi menghindar banjir besar yang akan melanda kota New York.
Pencinta
Syabas dan terima kasih kepada beberapa NGO, aktivis Islam dan beberapa orang pendakwah yang menyuarakan kemarahan dan menyeru agar pihak kerajaan mengharamkan filem ini.
Menteri Hadhari
Kitakan negara Islam, Islam Hadhari pula lagi. Malaysia sebuah negara Islam yang bertamadun, berjatidiri, bermodal insan dan bermaruah. Nah, apa yang anda fikir kerajaan akan buat ?
“Jangan cepat melatah pasal sebuah filem”. itulah kata yang keluar dari mulut seorang menteri kerajaan negara Islam Hadhari. “Umat Islam di negara ini perlu lebih bijak menangani isu yang berkaitan dengan agama dan jangan cepat melatah apabila berhadapan dengan sesuatu yang dianggap mencabar akidah serta kepercayaan termasuk oleh sebuah filem. Apa yang lebih utama ialah peranan yang harus dimainkan oleh ibu bapa dalam mengukuhkan akidah anak masing-masing. Umat Islam tidak sepatutnya lemah dengan melatah hanya apabila disajikan filem sebegini. Tindakan mengharamkan filem itu tidak akan menyelesaikan sebarang masalah kerana rakyat Malaysia berada dalam persekitaran bangsa dan agama yang berbeza. Kita hidup dalam negara pelbagai kaum dan agama, jadi kita perlu lebih bijak dalam menghadapi isu berkaitan keagamaan ini. Kalaupun filem itu diharamkan dipawagam, orang ramai masih boleh menontonnya di internet”. Begitulah kata Datuk Seri Zainuddin Maidin selaku Menteri Penerangan Malaysia.
Susunan Hak dan Batil
Benarlah kata Saidina Ali, “batil yang tersusun akan menewaskan hak yang tidak tersusun”.
Biar sebaik manapun hujah balas menteri ini, kebenaran penayangannya di negara ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.
Sewaktu Rosnah Mat Aris terlepas cakap dalam bahasa yang mungkin hanya difahami oleh dirinya saja, dan kemudiannya memohon maaf . Menteri itu ‘mengantung’ pelakon ini selama setahun. Dalam kes “Mulut Rosnah Mat Aris” ini, saya setuju dengan seorang sahabat penulis yang mengatakan Rosnah Mat Aris, wajar untuk dimaafkan dan dilepaskan daripada hukuman gantung kerja setelah dia dengan rela hati dan nampak bersungguh dalam pormohonan maafnya kepada Masyarakat Islam yang terasa dengan mulutnya.
Mungkin ceritanya lain tapi kisahnya tetap sama.
Sensor Yang Sudah Hilang Kuasa
Saya rasa kedua-duanya(Pencinta & Menteri Hadhari) ada poin masing-masing dalam hujah mereka. Pencinta yang mengorek isu tetapi ditimbus dengan tanah yang berlainan warna oleh Menteri Hadhari.
Soalannya, wajarkah sebuah negara yang mengaku Islam tidak menunjukkan rasa cinta kepada Islamnya ?. Saya percaya skrip Menteri Hadhari ini pasti berbeza sekiranya filem ini mempersenda atau menghina agama Buddha atau Hindu(yang mana menyinggung sahabat kita dari keturunan Cina atau India). Benarlah agaknya kalau filem ini diharamkan dipawagam, orang ramai masih boleh menontonnya di internet. Tetapi sebagai sebuah negara Islam yang bertamadun, berjatidiri, bermodal insan dan bermaruah, maka serlahkanlah Hadhariah negara ini kepada mereka yang dengan berani mempersendakan Islam secara terang-terangan.
Peranan yang dimainkan oleh ibu bapa dalam mengukuhkan akidah anak dijaga apabila nilai atau budaya dari siri-siri telenovela bermaharajalela di televisi tempatan. Iklan budak jahat juga dihentikan kerana membawa nilai dan pengaruh yang tidak baik kepada anak-anak kita. Sungguh mulia tindakan Menteri Hadhari ini. Syukran Ya Akhi, tetapi mengapa tidak menangani dengan cara yang sama terhadap serangan jahat Hollywood ini ?. Tidakkah pengaruh nilai dan pengaruh akidah yang dipertontonkan itu sama serius dari segi impaknya ?.
Mungkin susah benar agaknya mahu menunjukkan yang kita(Islam) ini kuat, maka kita dituntut(oleh Menteri hadhari tadi) supaya tidak lemah dengan melatah hanya apabila disajikan filem sebegini.
Kalau dengan membiarkan agama sendiri diperlekehkan, kalau dengan membiarkan Nabi yang wajib diimani dihina dan kalau dengan merelakan saja fakta dan sejarah yang diberitakan Allah di dalam Al-Quran dijadikan bahan humor bagi dipertontonkan dikira sebagai cara bijak bagi menangani isu yang berkaitan dengan agama, memang sahlah kata orang yang Islam Hadhari itu ada had dan ada harinya.
Sempena menyambut kemerdekaan 50 tahun yang penuh berkat ini, terimalah filem jahat yang menghina kita, “Evan Almighty”.
*Tanya seorang teman(bukan Islam), benarkah di Malaysia ini tak boleh hina Parti Pemerintah atau Menteri, tapi kalau hina Islam tidak mengapa ?

6 comments:
Assalamualaikum,
1. Kedua-dua Bible dan Al-Qur'an ada menyebut tentang kisah Nabi Nuh a.s.
2. Filem Evan Almighty didasarkan dari sumber Bible, dan bukan Al-Qur'an.
3. Jika kita melarang Evan Almighty atas dasar penyelewengan fakta Al-Qur'an, bagaimana dengan kitab Bible yang dijual di kedai?
4. 2 sen saya, tidakkah baik jika sebelum persembahan filem ini di panggung pihak LPF membuat kenyataan misalnya, FILEM INI ADALAH BERDASARKAN KITAB BIBLE DAN BUKANNYA AL-QUR'AN.
5. Marilah kita melihat Evan Almighty sebagai peluang untuk mendedahkan kebiadapan mereka yang mendakwa memeluk agama langit, tetapi berlaku curang terhadap Nabi dan Rasul yang diutuskan.
6. Allah jua yang Maha Mengetahui.
AKU TAK PERCAYA DENGAN BIBLE YANG DIJUAL KAT KEDAI HARI INI, ITU BUKAN KITAB YANG PERLU DI IMANKAN, ITU ADALAH KARANG PAULUS.
KERAJAAN TAK PERNAH BERANI TEGAH DAN TELUS DALAM HAL2 SEBEGINI
MAT NOOH
salam..
entri panjang..jawapan saudara pada saya masih " no komen"...so???
saya yakin, pembaca masih menyayangi blog ini. teruskan karya!
Salam,
Haris Hauzah,
ana pasti ramai yang membaca tetapi tidak meninggalkan komen...
contohnya, ana...
Topik enta yang ini sangat berat, melibatkan perbandingan agama - comparative religion - bagi konsep ketuhanan dan kenabian seperti yang disebut sdr. Abu Hanaan...
Dan sejak kebelakangan ni, ana kalau nak tinggalkan komen, di entri yang santai-santai saje sebab fikiran tertumpu pada tugas dan tugasan...
Tetapi sekadar menambah pengamatan sdr.Abu Hanaan:
1. Pertama, bila Hollywood mengeluarkan filem tentang ketuhanan dan sebagainya, kita harus ingat ada di antara mereka orang Kristian yang mempunyai kepercayaan tentang tuhan dan tradisi sejarah mereka tentang nabi-nabi.
2. Bagi mereka di sana, mereka mempunyai kebebasan untuk mempermainkan konsep ketuhanan dan nabi-nabi mereka.
3. Ana tak rasa mereka bertujuan menghina Islam secara khusus, malah, hanya mempermainkan ugama mereka sendiri. Tetapi, ini tidak bermakna kita harus menyokongnya. Bruce Almighty, adalah antara filem yang ana sangat-sangat tidak menggalakkan anakbuah untuk menontonnya. Dan setentunya, sekuelnya juga begitu...
Wallahu'alam.
Wassalam.
HarisHauzah
Aku rasa AbuHanaan ngan Sofwah tak dapat tangkap fikiran kau atau skop cara kau menjeritkan rasa. mereka ajak kau supaya liberal sedangkan kau jugak liberal dlm berugama. aku rasa kau cuba menyentuh soal kenegaraan & jatidiri ummat dalam berugama, kau sememangnya menyedari tentang pengambilan sumber filem itu dari bible, tapi kau sendiri tetap tidak mahu menerimanya kerana penceritaan yang cuba di garap dengan cara jenaka, jelaslah kau cuma ada pembaca yang pendek akal macam kau jugak. berhentilah beb
apa agaknya pula pandangan encik anonymous yang panjang akal ini dalam isu Bruce Almighty?
Post a Comment