Sunday, January 27, 2008

Hairan Kepedulian


Ramai tak peduli fatwa haram botox.
KUALA LUMPUR: Semakin ramai wanita Islam termasuk yang berpurdah menggunakan suntikan Botulinum Toxin Type A (BTA) termasuk Botox, walaupun Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengharamkannya kerana mengandungi bahan meragukan dan bersifat najis.

Seorang Pakar Kosmetik dan Estetik dari Ayu Jelita Aesthatic, Dr Izeta Ahmad, berkata golongan semuda 18 tahun mengambil suntikan itu sebagai rawatan kecantikan, manakala yang berusia 60-an menggunakannya bagi menghilangkan kedutan wajah atau antipenuaan. Beliau berkata, penggunaan BTA pada mulanya menurun sedikit apabila Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengharamkannya pada 2006, tetapi meningkat semula hampir sekali ganda beberapa bulan selepas itu.

“Ramai juga lelaki yang mencubanya. Saya tidak mempunyai angka tepat mengenai jumlah pengguna Botox di klinik ini, tetapi ia meningkat 100 peratus,” katanya ketika ditemui Berita Minggu.

(Sumber Asal : Berita Harian, 27 Januari 2008)

Kata Orang :- Sekiranya berhadapan dengan sesuatu isu, mereka merujuk pada prinsip Islam Hadhari. Ehh, Bukan rujuk Al-Quran dan Hadith ke Pak ?. Tak...

Kata Orang :- Kenapa ramai yang tak hiraukan fatwa berkenaan pengharaman Botox tu Pak ?. Al-Quran perintah mereka memelihara diri(menutup aurat) saja mereka engkar, bagaimana mungkin fatwa yang itu mereka turut. Prinsip Hadhari tu kata apa pulak Pak, mungkin yang itu mereka ikut ?. Pak turut tu nak...

Kata Anak Orang :- Patutlah lelaki Melayu tak romantik ya...?

No comments: