Friday, July 20, 2007

Akan Datang


Cerita kontot pelbagai kisah,
Asam garam kehidupan;
Tentang jiwa yang resah gelisah,
Menuju cahaya gemerlapan.

11 comments:

Anonymous said...

cerita pasal apa agaknya

Mardihah said...

Idea, penghasilan akan lebih baik dengan melakar..dan memulakan jemari.Jangan berhentikan jejari di keyboard atau di mata pena..nanti idea menghilang...

:-) said...

Salam,

Haris Hauzah :)
Selamat kembali :)

Kisah perjalanan dalaman ialah sesuatu yang hanya dapat dimengerti oleh yang berjalan :)

Wassalam.

Anonymous said...

Apa betul ke kau dah sedia nak menulis, aku ada dengar cerita dari seorang kawan kau yang sekarang sudah bergelar Doktor, katanya kau dah nak berhenti menulis dan memberhentikan suara kau di blog ?

Kau ni sinikal dan anti-penulis mahsyur, aku nasihatkan tak payah lah kau menulis lagi, eloklah kalau kau nak berhenti !

Baca elok-elok ni sebab kau kenal aku siapa !

Haris Hauzah said...

si anonymous,

ya, anda mengingatkan saya kepada seseorang, mungkin saya kenal anda(mungkin juga tidak)

Doktor itu sudah lama tdak menjengah saya(saya tahu dia sibuk)

Saya tertanya-tanya apa sebenarnya tujuan tulisan anda dalam ruang komentar ini... kalau memang anda "butuh" jawapan, saya jawab ya ! ya ! ya ! (atau mungkin tidak)


Tharikat Kasih

HaSuGa said...

Salam encik yg sedang bercuti sakan... =) apa agaknye ye peranan manusia sebagai khalifah di masa akan datang...??ni antara soklan pandangan tuk selitkan lam tugasan....hehehheehehehhe....

Haris Hauzah said...

hasuga sw,

Saya akan jawab awak di tempat lain...


Haris Hauzah

Mardihah said...

SALAM...

lama menantikan sofwah..menjelma di sini....semoga anti sentiasa dirahmatinya

saya mendapat banyak reaksi agar "jangan sealiran dengan sofwah, ummu abiha, dan haris hauzah...kata mereka-mereka bahaya. Saya dihunus belati tajam di blog....adus,....kata sifu saya, pedulikan sahaja mereka. Kerana saya hanya menulis tanpa jemu.....InsyaAllah..kita akan berjaya!!

Anonymous said...

kau kau orang ni memang bebal tak paham bahasa. sapa yang nak main hunus2 nih haa

hoi qudwah mardihah. nama je sedap tapi ??????? kau ikutlah cakap sifu kau tuh, fine dia guru yang baik. aku kata jangan salah begaul sbb aku rasa kau dah salah gaul. kau kata kau kenal si bengap haris hauzah ni tapi kau tak tau yang dia ni anti pada sifu kau tuh. tak reti2 lagi ke

:-) said...

Salam,

ukhti qudwah mardihah yang selalu dalam ingatan...

aliran ape tu, eh? =D Tak tahu pun ana ada aliran, hehe...
Ana seorang akademik... melihat fakta dari berbagai lensa di dalam lingkungan shari'ah :)

Kasihan adikku... Ramai sungguh yang tak punya adab ikhtilaf ni, rupanya... memang sudah takdirnya, kebelakangan ni, ana tak berkesempatan meninggalkan pesan di blog enti...

Moga kekuatan sifumu tertumpah padamu dan enti menjadi kebal dengan apa jua jenis hunusan ;D
Ana do'akan yang terbaik :)

Moga kita semua, termasuk mereka yang tak beradab ini, mendapat pencerahan, inshaAllah :)

Salam kasih ukhuwwah,
ukhtukum fil Islam,
Sofwah :)

Mardihah said...

salam,

kenapa tak menghunus di blog saya....???kenapa menuduh tanpa bukti. MasyaAllah..inikah resmi Islam....saya mendukung perpaduan....berguru dengan sesiapa..itu adalah hak saya yang inginkan ilmu dan sesuatu pelajaran. Mengapa dikatakan sebegini kepada sesama islam? Adakah saudara tahu nama saya yang sedap inilah buat kalian teruja untuk lebih mengenali. Masakan tidak, saya akan lebih popular dari anda..!!Jka dia anti kepada sifu saya, masakan kami lebih terarah kepada perpaduan..dan mengenalkan saya dgn "cabang ilmu". Saya menuntut ilmu dan sentiasa berlapang dada. Terima kasih ..saya masih reti kenal mana baik dan buruknya..saya masih reti

Salam Perpaduan..

Pstt...haris hauzah......terima kasih ya.....maaflah, menguhunus sebentar di blog ini. Mengapa ya..si anonymous ni suka berperang..lantaran palestin makin berperang di sana...mereka ingin berperang di sini....

baik bangat !!