Mesej PERPADUAN masih belum kunjung usai. Ahlan Wasahlan padanya. Promosikan TAQRIB ini pada seluruh generasi ramai, kerana tiada apa yang dapat diharapkan daripada sikap ketua-ketua negara serta keseluruhan barisan kepimpinan negara-negara Islam yang ada. Mereka ketagih dengan mesyuarat, forum, pidato dan seminar. Terlalu banyak kebencian yang terlahir dari kesombongan mereka. Seruan Taqrib masih banyak tanda tanya. Ramai sudah muslimin dan muslimat yang mati tertelan racun Liberalisme sedang kita menantikan tindakan suci mereka. Sosio kehidupan madani dianggap mundur. Sisa pejuang yang ada pula gila membunuh diri demi mengejar syahid kononnya. Keakraban Salafi, Khalafi, Mu’tazilah, Jahamiyyah, Haruriyyah, Ja’fariyyah, Asy’ariyyah, Jabariyyah, Maturidiyyah, Qadariyyah, Wahabiyyah(Wahabi) ataupun Rafidhah(Syiah) semakin tercalar, jurang pendapat semakin jauh hingga menjadikan mereka terlalu sibuk berperang dengan tangan, bom dan lidah berbunuhan sesama sendiri. "Aula Fa Aula". Letakkanlah keutamaan kepada perkara-perkara yang lebih utama.
*DiBawah Entri "Akan Datang" -
Kepada si-Anonymous yang mahu saya berhenti - saya pertimbangkan...
2 comments:
Salam,
Haris Hauzah :)
Bila kita mengharapkan yang terbaik dariNya, yang terbaik akan berlaku :)
Mudah-mudahan, kita mendapat pencerahan supaya bijak menilainya, inshaAllah!!! :)
Wallahu'alam...
Wassalam :)
Salam ziarah...
Kali pertama aku ke sini...kerana berasa terpanggil untuk merungkai persoalan kpd satu kekecohan..mencari kebenaran jelasnya...moga iman menjadi paksi laluan kita...
- anTusufi
Post a Comment