Monday, November 10, 2008

Program Bijak Solat Yang Tidak Bijak.


Buletin Utama, siaran Jumaat 07/11/2008. Berita melaporkan tentang terdapatnya bantahan daripada ibubapa yang tidak bersetuju dan kesal dengan pihak sekolah yang menayangkan vcd sebuah filem / cerita pendek mengenai ‘kematian’. Ibubapa terbabit dilaporkan berkata bahawa anak mereka telah berubah sikap setelah menonton vcd tersebut.

Kandungan Cerita pendek dari vcd tersebut dikatakan tidak sesuai bagi tontonan anak-anak bawah 18 tahun, apatah lagi ianya ditayangkan kepada murid-murid sekolah rendah yang rata-rata umur mereka hanyalah dari 7 hingga 12 tahun sahaja.

Menurut pihak sekolah, penayangan cerita pendek tersebut adalah bertujuan bagi memberikan kesedaran kepada murid-murid sekolah tentang ‘consequences’ atau natijah dari perbuatan jahat juga keengkaran mereka terhadap kewajipan mereka berugama. Dalam cerita itu dipaparkan bagaimana seseorang yang telah menemui ajal berhadapan dengan beberapa peringkat dalam kematian. Bermula daripada jasad mayat yang dimandikan, selepas itu dikafan dan kemudian disembahyangkan maka simayat tadi pun diusung ke kuburan untuk dikebumikan. Maka bermulalah ‘scene’ alam barzakh yang dikatakan mampu merosakkan minda kanak-kanak. Segalanya di paparkan secara terperinci dengan perincian tahap soalan yang akan disoal dan juga seksaaan yang bertepatan dengan kesalahan mereka sepertimana yang diceritakan melalui Al-Quran dan juga hadith nabi.

Dalam kesempatan singkat yang ada, saya cuba dapatkan kepastian juga reaksi anak-anak pelajar yang telah menonton cerita tersebut. Rata-rata mengatakan yang mereka sudah menonton, tetapi apabila ditanyakan adakah mereka gerun atau takut dengan apa yang telah mereka saksikan itu, ada yang kata ya dan tidak kurang juga yang mengatakan tidak.

Dalam laporan Buletin Utama Jumaat malam Sabtu itu juga memberitahu bahawa alasan utama penayangan cerita tersebut adalah untuk membangkitkan perasaan bahawa solat itu penting dan maka itulah penayangannya dimasukkan ke dalam salah satu daripada acara yang terkandung didalam program ‘Kesedaran Solat’.

Tanpa menonton VCD / cerita tersebut dengan penuh, dan dengan hanya berasaskan kepada laporan berita Buletin Utama itu tadi, temuramah dengan ibubapa yang membuat aduan ( laporan Buletin Utama ) juga sedikit maklum balas berskala kecil yang diperoleh secara sendiri daripada murid-murid sekolah yang telah menonton cerita tersebut, saya berpendapat ianya adalah sesuatu yang baik, tujuannya baik akan tetapi caranya mungkin kurang bijak.

Anda fikir bagaimana ???
*** Ini adalah merupakan entri berunsur artikel yang paling sulung setelah blog ini dikeluarkan daripada 'linklist' blog Faisal Tehrani. Selamat beribadat kepada beliau, semoga kesihatan beliau serta keluarga yang turut sama menjadi tetamu Allah di tanah suci senantiasa terjamin dan memperoleh haji mabrur. Amin.

2 comments:

Mardihah said...

mana g blog FT tu yer?alahai. sebenarnya dihah nak buat artikel ini dalam blog, tapi belum ada idea, jadi, encik harith hauzah sudah memulakannya...6th sense! hehe

Si pengadu, ibu yang berpangkat Dr. Alahai!

Ayahnya Mat Salleh tak silap...Alahai!

Agaknya, mereka tidak sedar bahawa alam Ghaib itu wujud dan wajib kita percayai...mereka macam tak percaya sahaja..

Alahai!

Haris Hauzah said...

Mardihah,

Jadi saya bertanya diakhir entri, apa pandangan saudari... ?

Tentang blog FT, ecehh, tentau saudari lebih maklum kan... buat tak tahu pula nih...


Haris Hauzah