Friday, June 1, 2007

Tak Tahukah Yang Tuhan itu Melihat ?


Jari jemari yang kau ketuk keatas papan kekunci mu itu
Tanpa ada perasaan segan mahupun ketakutan
Dengan pengabaian dan meninggalkan kesopanan kesusilaan
Kau segar meniup serunai permusuhan
Sedang ada manusia ditiap pepenjuru alam yang memuja dan memuji tuhan
Mengalunkan kata-kata baik nasihat serta selawat
Mengapa kebencian yang kau tiup-tiupkan
Mengapa api yang kau jadikan bahan permainan
Beradab dan bertanggungjawablah seketika demi Tuhan
kerana aku hanya mahu jadi kekasih jadi kawan
Kehidupan ini terlalu pendek untuk kita sempitkan
Kehidupan ini terlalu luas untuk kita jumudkan
Marilah kita bersama dengan Jemaah Rasulullah
Bersama dengan barisan Baginda Nabi dan para Sahabat
Berpaut dengan kuat dan berpegang dengan erat pada tali Allah
Bersama merasa nikmat cinta ciptaan Tuhan
Beramai bersama dengan ajaran Nabi tentang kecintaan
Manusia yang mampir dengan hujah nasihat itu akan mati
Kau yang selalu "mencepleskan" aku juga sedang mengejar hari mati
Jadi mengapa ilmu yang ada dibuang tanpa dikongsi
Mengapa kebijaksanaan yang ada malah jadi duri
Mari kita kembali
Kembali kepada Allah dan kembali ke ajaran Nabi
Bunuhlah segala rasa kebencian
Matikan segala kemarahan
Jangan ada perbalahan tiada tanggungjawab melalui jarimu lagi
Jangan ada sia-sia lagi dalam menulis
Jangan ada sia-sia lagi lewat jari-jemari
Mari sambut berpesan dengan kebenaran dan keadilan
Sungguhkan semua kerana Tuhan


4 comments:

:-) said...

Salam,

Kalau sekadar tahu tanpa memesrai kalimah dalam ruh dan menjiwai dalam kehidupan...

Sebab tu, ana kata langkah pertama: Pengenalan...

Tak kenal maka tak cinta :)

Wallahu 'alam...

Wassalam...

Haris Hauzah said...

Sungguh benar katamu Sofwah...

Mana mungkin seseorang mampu membaca tanpa mengeja, dan mana mungkin pula seseorang mampu mengeja tanpa mengenal huruf-huruf ejaan mereka.


Haris Hauzah

Anonymous said...

haris hauzah

Ana juga perasan sesuatu tentang kalangan pengikut blog anta. semacam ada yang seperti kata anta, "mencepleskan" diri & tulisan2 anta.
mengapa? & siapakah dia?

amir

Haris Hauzah said...

Saudara Amir,

Tidak penting untuk kita ketahui siapa gerangan kelompok ini buat masa sekarang.

Mengapa ?, itulah soalan sama yang saya utarakan dalam entri "Tak Tahukah Yang Tuhan Itu Melihat".

Tidak mengapa kalau saya dibenci, dikritik atau dicepleskan... saya cuma minta mereka beradab, berakhlak dan bertanggungjawab.

Cuba Saudara Amir teka, Mereka ini lelaki atau perempuan ?


Haris Hauzah