Monday, March 17, 2008

Melatah ! ( ala kalah )

Amat terkilan apabila melihat berita TV3 pada 13/3/08 dan surat khabar pagi ini dimana UMNO Pulau Pinang meminta kerajaan pusat menarik balik semua projek mega di Pulau Pinang kerana rakyat sudah menolak BN dan UMNO di Pulau Pinang. Adakah masuk di akal apabila, UMNO Pulau Pinang meminta supaya perkhidmatan bas Syarikat RapidKL di Pulau Pinang di hentikan dan biarkan kerajaan baru Pulau Pinang mencari penyelesaiannya. Hari ini saya amat terkejut apabila membaca artikel di dalam Malaysiakini dimana IGP mengarahkan supaya orang ramai tidak berhimpun di Komtar dan pada sebelah petangnya tersebar berita mengatakan yang perhimpunan yang telah melibatkan hampir 2000 orang di lakukan oleh UMNO.

Orang UMNO selama hari ini kononnya berdisiplin dan senantiasa meminta permit polis apabila mengadakan sesuatu perhimpunan kini telah menunjukkan belang mereka. Tanpa kebenaran polis dan tidak mengindahkan arahan IGP, mereka berarak di Pulau Pinang. UMNO Pulau Pinang telah melakukan PERHIMPUNAN HARAM. Pada penilitian saya, mujurlah pihak polis di Malaysia ini sangat professional dimana mereka telah bersikap neutral dan mengambil langkah langkah mengawal keadaan. Sebaik baiknya pihak polis mengambil tindakan keatas pemimpin UMNO ini yang dengan terang terangan melanggar undang undang negara. Undang undang tidak membezakan pesalah diri segi warna kulit atau parti politiknya.

Apakah tujuan sebenar UMNO di Pulau Pinang? Siapakah pencetus isu perkauman di Pulau Pinang secara khususnya. Adakah ianya di lakukan bagi menimbulkan insiden insiden di mana membolehkan perintah darurat dapat di laksanakan di Pulau Pinang ? Jika tuan tuan menonton Tivi, tuan tuan dapat melihat sendiri bagaimana Pak Lah memberi amaran terbuka kepada Lim Guan Eng supaya jangan bermain dengan isu perkauman dan hak hak orang melayu diPulau Pinang. Apa yang di cakap oleh Pak Lah ini masuk di akal atau tidak? Guan Eng cuma menjelaskan bahawa selepas ini kerajaan Pulau Pinang akan melaksanakan tender terbuka dan tidak lagi melakukan “direct nego” sepertimana yang di amalkan oleh kerajaan BN sebelum ini. Mengapa Pak Lah mengaitkan kenyataan ini dengan hak hak orang melayu ? Dari pengamatan saya, Pak Lah telah menimbulkan isu perkauman dan bukan Lim Guan Eng. Kenyataan Pak Lah di sambut oleh UMNO Pulau Pinang. Kalau perkhidmatan bas dihentikan, tentunya rakyat akan sengsara dan memberontak. Inikah niat UMNO Pulau Pinang atau Pak Lah sendiri. Jika ada pemberontakan, keseluruhan Negara akan terjejas dan bukan sahaja di PP. Apakah yang ada dalam kepala otak pemimpin UMNO Pulau Pinang ini ? Adakah Pak lah dan UMNO Pulau Pinang mahu menimbulkan keadaan dimana kerajaan pusat boleh mengumumkan “perintah darurat” di Pulau Pinang dan lepas itu kerajaan akan di ambil oleh kerajaan sementara. Saya juga terkejut apabila mendapati Orang Melayu juga membuat perarakan yang sama di Selangor. Ini memberi gambaran bahawa perkara ini di lakukan dengan perancangan rapi dari pihak atasan.


Baca tulisan penuh Dr Mohamed Rafick Khan bin Abdul Rahman ini di :- http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/4501/84/

1 comment:

faizal mohamad twon tawi said...

umno buat pembangunan untuk kepentingan? atau untuk rakyat? klu dh buat kenapa mintak balik?