Saturday, March 15, 2008


naeema said...
salam.. lame x singgah sini.. so, ape pendapat en haris ttg keputusan pilihanraya ke12 ni?
March 9, 2008 11:48 AM

Haris Hauzah said…
Saya agak keberatan sebenarnya untuk memberikan komentar mengenai keputusan pilihanraya kali ini. Sudah terlalu banyak analisis, pandangan dan pendapat yang dilontarkan dalam media.

Buat Dr. Naeema yang sudah lama tidak mampir di sini, saya cuma sekadar coretkan sedikit komen bagi menjawab tanyaan Doktor.

Sebelum Pilihanraya.

BN seperti biasa dengan baik sekali menggunakan pelbagai jenis media yang mereka miliki. Media dijadikan alat kempen utama. Propaganda yang bermacam segi dan berbagai bentuk tiada lain hanya mengangkat kepimpinan juga mengagungkan beberapa kerat ketua-ketua mereka yang telah diketahui rakyat akan belang dan tembelang mereka. Keji lagi memualkan.

Lobian tidak beretika di media sebegini nyata halal di sini. Semua siaran tivi(termasuk Astro juga dibeli) dan semua akhbar ( baik akhbar Melayu, Cina, India atau Inggeris) semuanya memperkatakan betapa cemerlangnya kerajaan BN mentadbir negara. Kegemilangan pentadbiran sepanjang 50 tahun BN adalah antara yang terhebat di dunia. Wow…

Tempoh masa kempen yang tak berapa pendek dan tak pula berapa panjang kali ini biasa saja. Isu yang dimainkan barisan pembangkang adalah lebih relevan dan dekat dengan hati rakyat berbanding corak BN menangani setiap isu yang di lontarkan. Taktik BN yang sentiasa memperoklamirkan kesombongan yang kononnya mereka kuat dan tidak mampu digugat hanya membuatkan rata-rata rakyat (bukan pengundi totok) sebal dan meluat.

Semasa Pilihanraya.

Pilihanraya adalah satu wadah penting yang besar fungsi dan peranannya khusus buat rakyat bagi memilih wakil mereka. Siapa pengundi bijak ?

Pemilih atau pengundi ini ada pelbagai jenis juga. Ada yang totok kepartian yang mana pengundi jenis ini sememangnya tidak akan menggunakan akal dan selalu mengenepikan aspek emosi dalam membuat pemilihan. Hidup matinya hanya parti yang itu itu je lah.

Pengundi atas pagar pula adalah jenis pengundi yang mudah mabuk apabila dimain dengan isu-isu tertentu. Emosi dan akal mereka di gerak selari, yang paling penting pada mereka adalah isu yang dibangkitkan. Nah ! pada saya pembangkang lebih jaguh kerana nampak benar kejahatan BN yang tak henti-henti memperbodohkan rakyat.

Saya sebut dua jenis saja campur yang ini, yang ketiga, iaitu jenis pengundi yang diberikan hak tetapi tak pernah nak kesah apa lagi nak peduli akan tanggungjawab mereka.

Selepas Pilihanraya.

Ramai yang dah mencongak bahawa Kedah, Perlis dan Terengganu berkemungkinan besar akan jatuh ke tangan PAS. Ada juga ura-ura bahawa kerajaan PAS akan tumbang di Kelantan ?. Tapi siapa pula yang sangka Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor pula yang jatuh ke tangan pembangkang dan PAS masih kekal memerintah negeri Kelantan.

Jelas sememangnya rakyat rata-rata jelak dan mahukan perubahan. BN yang dah terlalu lama bergelumang dengan kekotoran harus di beri pengajaran. Pimpinan mereka perlu di tarbiah supaya tidak lagi angkuh dan sombong pada rakyat. Ketua mereka Al-Imam Besar Islam Al-Hadhari juga wajib di kejutkan dari lena yang ntah dah sampai ke planet mana ?.

Akhir kisah, BN masih memegang tampuk pemerintahan yang berkuasa sebagai kerajaan pusat. Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan dan Selangor kini berkerajaan baru. Pada saya secara peribadi, ini adalah kedudukan yang baik kerana wujudnya keseimbangan dalam pentadbiran. “Check and Balance” ini penting bagi memastikan sesebuah pentadbiran itu bersih dari segala bentuk penyelewengan.

Selepas Selepas Selepas Pilihanraya.

Tiba-tiba orang melayu sedar yang mereka adalah melayu. Hak mereka banyak yang terhakis rupanya dah. Tiba-tiba orang melayu bangga dan tidak malu mengaku melayu, walaupun kulit dan loghat tak berapa nak macam melayu. Rupa rupanya... melayulah yang bersikap perkauman berbanding Cina mahupun India... siapa yang dagangkan melayu bang hoi ? bukan abang ke ?


No comments: