Sunday, December 14, 2008

Ayat-Ayat Pengayat Cinta

"Hujan masih belum mahu berhenti. Sakit anak tunggalku masih belum ada tanda akan sembuh lagi. Aduhhh...", keluh Osman. "Risau betul aku..., kalau Murni masih ada, tentu Lisa tak perlu bersusah-susah begini". Kata Osman kepada dirinya yang sedih akan anaknya yang masih belum sembuh dari sakit, dan masih belum penat melayan perasaan sedihnya yang baru kematian isteri.

Dalam tenang hujan petang itu, dia yang berdiri ditepi tingkap nako rumah memerhati hujan petang menoleh perlahan ke arah kotak rokok atas meja telefon di suatu sudut ruang tamu rumah sempitnya. "tentu sedap melayan rokok waktu hujan-hujan begini". Detik hati Osman. Bontot dilabuhkan atas kerusi keras pemberian ayahnya sambil tangan mencapai kotak rokok yang terletak di sebelah telefon. Kringgggggg..... "Hello, ohh ibu ada apa telefon ni ?". tanya Osman kepada panggilan ibu mertuanya. "Bukannya ada apa-apa, cuma nak tanya apa... Lisa apa khabar ?". "Ohh... Lisa ?, dia demam...", "Haa apa !, Lisa demam ?, dia demam sebab dia rindukan nenek dengan atuk dia tu... baik kamu bawak dia ke mari". Tegas ibu mertua Osman yang mendesak agar Lisa di bawa ke rumahnya. "Ermmm insyaallah, tengoklah dulu ibu, bila dah kebah demam Lisa tu nanti saya bawaklah ke sana". Jelas Osman. "Eh tak payahlah tunggu demamnya kebah !, bawak saja dia sekarang, kalau Lisa ada dekat rumah ni dia takkan demam lagi dah...". Osman terdiam sekejap. "Yelah... nanti saya bawak dia ke sana". jawab Osman teragak-agak kerana keberatan untuk membawa anaknya Lisa ke rumah mertuanya.

"Assalamualaikum... " sambil tangan kiri Osman mengetuk pintu rumah mertuanya, dan tangan kanan pula mendokong Lisa erat. "Waalaikumsalam" jawab ibu mertua Osman sambil terus mengacan-ngacan Lisa. "Haa masuklah masuk", kata nenek Lisa itu kepada Osman sambil mengambil Lisa dari dakapan ayahnya. Bapa mertua Osman yang tadinya tiada tiba-tiba muncul datang dari dapur ke arah Osman. "Apa kamu dah bawak Lisa ni jumpa doktor Man ?", tanya ayah mertua Osman. " Sudah ayah, takde apa-apa... kata doktor hanya demam biasa je" jawab Osman pantas.

"Habis tu macamana ni Man ?, biarkanlah Lisa dekat sini, Lisa akan cepat baik kalau dia ada dekat sini... dekat sini ada ramai orang, dia suka. Ikutlah, nak duduk sini pun boleh, taknak duduk sini nak duduk sana pun boleh... sukahati lah..." celah ibu mertua Osman dengan pertanyaan yang amat payah bagi Osman untuk menjawab. Osman hanya diam tanpa sebarang jawapan, dia tunduk dan memandang Lisa yang berada dipangkuan ibu mertuanya.

"Biar saya bawak Lisa ke bilik atas, dia nak tidur tu" kata Osman pada ibu mertuanya. "Man, biarlah Lisa tu tidur di bawah ni je, kalau dekat bawah ni dia main, ramai orang, nanti cepat baik". Jawab ibu mertua Osman.

4 comments:

Firdaus said...

moga lisa cepat sembuh..

Haris Hauzah said...

apei,

Lisa tidak sempat sembuh...

Mardihah said...

erm,,,demam chinkungnya ker? hihi..entah ejaan saya betul atau tidak..:)
semoga selamat berkarya dan selamat menempuhi alam penerbitan yg memakan masa dan hati...ahhh..sebu dan sebu!

Haris Hauzah said...

Mardihah,

Demam chinkungnya ker ?
Bukan ! tapi demam rubella...