Tuesday, December 2, 2008
Cinta Yang Misteri
Cinta memang sentiasa muda, tidak pernah selari dengan usia yang kian bertambah,sentiasa wujud bersama denyutan nadi. Misteri tersendiri, rasa cinta tetap wujud tanpa sempadan, tua ataupun yang muda. Jangan di sangka yang sudah bongkok tiga ,yang sudah setengah abad tidak memiliki cinta..
Jauh di dalam hati, cinta terus segar dan mewangi. Walau sudah dibungkus kebahagiaan, tapi ada kalanya masih teringatkan cinta yang hilang. Walaupun semuanya itu sudah bertahun berlalu, tetapi terasa begitu dekat. Masih ingatkan suaranya, masih ternampak senyum tawanya. Rasanya baru semalam berlalu..tidak terasa . Sudah bertahun-tahun rupanya sejarah cinta meninggalkan kita .Selagi ada kejujuran ,ia tetap mekar.Terkadang terasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yang pernah di dengari dari mulutnya, mahu ia mengulanginya. Namun tidak mungkin, lantaran kita sekarang sudah hidup dalam persekitaran yang tersendiri. Wahai insan yang pernah bertakhta di hati, di manakah sekarang? Apakah masih teringatkan kisah lama. Sering kali memujuk hati supaya menerima hakikat bahawa dia ‘telah tiada’. Tapi hati kita sukar hendak percaya. Itulah cinta namanya.
Misteri sungguh perasaan ini. Ia datang dan terus datang tanpa mempedulikan hakikat siapa kita lagi, dan siapa dia sekarang ini. Kita terus teringat dan terus teringat. Segalanya tersimpan jauh di sudut hati .Itulah cinta. Satu misteri yang tidak pernah berjaya diberikan jawapan oleh manusia sejak dulu hingga kini. TUHAN menciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Bagaimanapun kita cuba menghilangkannya, ia tetap datang dan datang.
Andainya kita diberi kesempatan untuk mengulangi semua kehidupan, ingin kita lakukan yang terbaik. Namun, kehidupan yang telah pergi tidak mungkin berulang. Usia yang telah terguna tidak mungkin kembali. Urat telah timbul, kedut-medut di wajah telah jelas, tenaga semakin berkurangan, mata kian kabur, langkah semakin terhenti-henti, tapi hati masih mekar dan segar.
~ Penulis asal tidak diketahui~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
KENAPA TAK tahu siapa penulis asal.bahaya nanti. Sesiapa sahaja boleh mengaku bait indah ini miliknya. Malah mengakui sampai mati!..hehehe..
cinta yang memang misteri,
terbit di dalam jauhari
bagai menikam jiwa dan nurani
tapi dia, merangkap pergi
menjauhkan diri
Raikan Cinta
p/s ; lama sy tidak komen di blog ini. terasa sangat-sangat!maaf ya akhi!nyway, best of luck dengan setiap kerjaya dan apa sahaja bidang diceburi.
Mardihah,
Kekadang ada manusia yang menghasilkan sesuatu itu tanpa mahu langsung diberikan apa-apa kredit... nah ini salah seorang daripadanya. Pada siapa saja yang berani, silakan dia mengaku karangan ini dia yang punya !, saya tidak...
Misterinya cinta ialah kerana ia tidak pernah akan mati...
Misterinya cinta ialah kerana ianya terbit entah dari mana...
Misteri tikaman cinta bukan setakat indah malah ngeri sekali...
Misterinya cinta ialah kerana ia tidak pernah pergi menjauhi diri...
* Terima kasih banyak kerana anda selalu ingat pada saya. Walau sudah jauh meninggalkan saya dalam genre penulisan ini. Blog anda juga kian hari kian mantap, tapi masih sudi menjengah ke sini. Terima kasih, doa yang sama juga buat anda & saya masih menunggu karya sulung yang itu...
Ha'ah la. Sungguh rendah diri la orang yang empunya penulisan pasal 'cinta' nih. mungkin penulisan tu ada hikmahnyer.
Ape ape pun, mmg best arrrr...
:-)
Post a Comment