Dikesempatan yang selalu terhad dan tersentak-sentak dengan nafas singkat takut pada kekalutan ;
Di kesempatan itu, inginku hebahkan suara dari hati kecil insan kerdil Haris Hauzah dengan ketelanjurannya terhadap seluruh saudara seagama yang mungkin terasa dan merasakan salah dalam sikapku berhujah atau mungkin aku dirasakan salah dalam memberikan rujukan.
Daku secara tiba-tiba rasa tersangat dekat dengan ajalku. Maaf pada saudara saudari seagama yang terasa dizalimi dalam setiap kalamku.
Padamu semua daku menyusun jari dengan himpunan seribu kemaafan.
Inginku bawakan kisah yang dipetik dari mulut yang mulia Sheikh Yusof Al-Qaradhawi ;
Sebuah kisah Ulama Agung Imam An-Nawawi, di riwayatkan ;
Setelah beliau selesai menyiapkan salah satu kitabnya, beliau telah pergi ke sebatang pokok yang dibawahnya mengalir air sebatang sungai yang cergas. Beliau diriwayatkan telah berkata “Ya Allah, Sesungguhnya apa yang aku lakukan ini adalah hanyalah untukmu dan sekiranya kitab yang aku karangi ini tersasar dari ajaran agamamu yang dibawa oleh pesuruhmu, maka… hancurkanlah kitab ini”, dengan kata-kata itu beliau telah merendamkan kitab karangan beliau itu kedalam sungai tersebut.
Setelah beberapa hari, apabila anak-anak murid beliau mengetahui akan berita itu maka mereka pun pergi ke sungai tersebut untuk melihat apa yang terjadi pada kitab karangan guru mereka, ternyata setiap helaian kitab itu masih ada dan tiada satupun catitan tulisan dalam kitab karangan ulama agung itu hilang, pudar atau cacat.
Rasulullah S.A.W juga ada bersabda ; “zaman yang paling baik ialah zamanku, zaman sahabatku, zaman yang mengiringi dan zaman yang mengiringinya”.
Sayangilah mereka, cintailah mereka, hormati dan hargailah mereka. Kerana mereka lebih mulia dalam beragama.

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran (iaitu) orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak merosak perjanjian, dan orang-orang yang menunaikan apa-apa yang Allah perintahkan supaya ditunaikan, dan mereka takut kepada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk. Dan orang-orang yang sabar karena mencari keredhaan Tuhan-nya, mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik)." (Firman Allah dalam Surah : Ar-Ra'du: 19-22)
Saudara Saudari seagamaku,
Mari kita muhasabah dan rendahkan diri.
Salam Cinta & Perpaduan.
3 comments:
Salam,
Jazakallah Khair :)
wassalam.
Salam
Jangan takut pada kata-kata manusia andai yakin kita di jalan benar. Teringat saya pada cerita bapa, anak dan keldai; kita tak mampu untuk puaskan hati semua orang. Yakin pada niat anda dan teruskan berKATA-KATA.
Naeema
Sofwah,
Salam Sambutan yang sama buatmu...
Dr. Naeema,
Terima kasih dengan kata-kata & ingatan - Cerita "Bapa,anak dan keldai" itu sungguh benar lagi releven...
Benar, orang yang benar harus benar & membenarkan akan apa pun yang hadir menduga...
Haris Hauzah
Post a Comment