Friday, April 13, 2007

Lihat Islam Bawaan Nabi - Penuh Cinta & Kasih Sayang

Anonymous said...

salahuddin

wahai saudaraku hentilah daripada melabel wahabi itu dan ini
sesunggunya siapa yg lebih komited sebar islam selain dari
Arab Saudi yg anta kata wahabi
sesungguhnya wahhab itu nama Allah
anta sanggupkah nak jawab di depan Allah di padang
mahsyar nanti kerana mempermainkan asma' nya
saudaraku;

janganlah saudara melabel dengan tidak adil
lebih baik saudara selidik dulu
saya pun benci dulu yg org kata wahabi ni
tetapi dengan izin allah saya telah
nampak wahabilah yg bela akidah islam

mmg saya ada beberapa perkara yg tak suka pasal wahabi ni tapi
ajaran dan akidah mereka adalah ahlul-sunnah

April 11, 2007 1:53 AM

Ini catatan pendekku padamu wahai Saudaraku;
Saudara Salahuddin,

Sungguh saya tidak melabel, mereka sendiri yang menggelar mereka dengan nama itu
Saya hormati & cintakan perjuangan Sheikh Muhammad Abdul Wahhab dizamannya
mungkin saja apa yang dilakukan pada lingkungan di zamannya itu releven & haq

Saya tidak mahu & tidak pernah mencemuh Sheikh Muhammad Abdul Wahhab & pada saya dia ada jasa pada ummat zamannya-Itu sikap saya & tidak ada kena mengena langsung dengan soal asma' Allah ( perlukah saya hormati seseorang yang bernama Wahab walau dia mahu merompak saya, perlukah saya menyayangi seorang yang bernama Wahab walau dia terang terangan meranapkan sendi agama)

Saudaraku;
Jangan jadi buta & tuli
Jangan jadi Jumud & Taasub
Lihatlah Islam dari mata nabi & bukan dari mata mereka yang buta & tuli

Saudaraku;
Janganlah begitu
Bertolak dari firman Allah yang berbunyi ;
"Berpeganglah kamu pada tali Allah & janganlah kamu berpecah belah"
Marilah kita bersama berdiri tegak dibenteng paling hadapan dalam Saf yang sama mendepani ancaman dunia yang rata-rata melihat Islam dari sudut yang salah dalam kabur suara fitnah. Mari kita sama-sama berdepan dengan mereka yang secara berani memerangi & rakus menghina pada sesiapa saja yang mahu hidupkan Sunnah & Islam - laknat bagi mereka

Sesungguhnya Rasulullah menyebut tiga perkara sewaktu baginda berhadapan dengan ajalnya ;
"Solat, pelihara solat, wanita, lindungi kaum wanita, Ummatku... Ummatku..."
dengan kalimah ini baginda meninggalkan kita...

Ada orang bertanya ;
Ummat yang mana satu ? Ummat Islam Syiah ke, Ummat Islam Sunni ke atau Ummat Islam Wahabi ? atau mungkin Ummat Islam Hadhari kotnya ?

Marilah kita sama-sama kembali pada ajaran nabi tanpa ada prejudis terhadap aliran masing-masing ( tapi sekiranya mereka cuba memecah belah & menghuru harakan Ummat & memang jelas nyata mereka sesat - Mereka akan terima padahnya )
Tiada kompromi pada mereka yang nyata sesat

Janganlah lagi kita semua mendiskreditkan nabi, keluarga & sahabat-sahabatnya
Sudah-sudahlah tu
Janganlah lagi kita memalukan alim ulama zaman awal dengan ilmu cetek & hidup haru kita hari
ini. Sungguh mereka hebat dalam peribadi, ilmu, nilai, psikologi & falsafah, metodologi dakwah mereka jauh lebih halus, berakal & bijak daripada kita hari ini

Lihat saja apa yang sarjana Islam kita debatkan di pentas mereka ; Furuq masih menjadi pilihan sejak sekian lama, kita masih bincang tentang qunut, talqin & sambutan maulid. Kita berdekah-dekah bincangkan soal Tajassus, bagi yang baru memeluk Islam, mereka pasti pening nak di bin atau di bintikan apa

Inilah topik perbincangan para ilmuan islam kita dikala kita sedang berdepan dengan banyak masalah besar yang masih belum kunjung selesai, lihat saja masalah rasuah(makin lama makin menggila) & segala macam penyakit sosial yang menggejalai remaja Islam kita. Kemanakah sarjana & ilmuan Islam kita untuk memeranginya ? apakah gerak kerja mereka terhadapnya ?
Adakah sekiranya apabila saya memuji & mencadangkan peperangan gerak kerja golongan Syiah disini sebagai alternatif kita, maka saya di golong sebagai Syiah ? - biar apa jawapan saudara saya tetap kata tidak

Nah Saudaraku ;
Seperti kataku tadi, lihatlah Islam dari mata nabi sendiri
Dan jangan jadi buta & tuli

Saudaraku ;
Mari kita sama-sama bangkit untuk Ummah kita sedunia

7 comments:

Anonymous said...

bolayaaan.....

Anonymous said...

Salahuddin

Alhamdulillah saudara bukan golongan yg mengutuk Imam2 islam dan para ulama

sesungguhnya pejuang sunnah difitnah menghina nabi

kami, pejuang sunnah tidak mahu ghulu
iaitu berlebih2 dalam membuat sesuatu
termasuk memuji nabi

pujilah nabi dengan dan keluarga baginda dengan cara yg baginda ajar

sesungguhnya nabi melarang ummat memujinya lebih2... takut2 nanti jadi macam org kristian buat kepada isa bin maryam

dan ternyata sabda baginda ini benar
ada golongan di india yg sampai meletakkan nabi muhammad di taraf ketuhanan

saudaraku,
sesungguhnya syiah bukanlah membela
nabi bahkan merekalah yg menghancurkan ummat islam sejak zaman berzaman

sejarah syiahlah menyebabkan nabi kita di hina, ahlul bait dikatakan gila seks, isteri nabi difitnah zina

saudaraku,
dengan org macam ni kah yg saudara igin bersatu

malu saya kerana ade org kafir hina islam kerana perbuatan syiah yg membenarkan transexual.

azan mereka, solat mereka, syahadah mereka, nikah kawin mereka, rukun islam dan rukun isman mereka lain dari kita ahlul sunnah

mereka( syiah )mengutuk para sahabat rasulullah. sunnguh jahat syiah ini, sahabat yg sanggup mati kerana nabi dan islam sanggup mereka kafirkan. saya rasa amat marah dengan syiah yg mengutuk Umar
sampai mereka mereka-reka cerita yg amat mengaibkan buat seorang sahabat

fikirkan lah.....
cubalah anda lawati laman2 web syiah
cuba tgk benarkah yg saya katakan

Anonymous said...

saudara harith

nampak macam saudara ni bebas sangat(syiah bukan, sunni bukan, wahabi bukan,hadhari pun bukan)
:)

Anonymous said...

toksah layan si budak harith mangkuk ayun nih. dia bukan tau apa pun. saja konon nak jek si faisal tu. piiiraaahhhh. buat gelak dek org jer. macam lah org lain tak tau kaki pengampu. konon2 nak jadi kawan baik si faisal laa. cermin la muka dulu.

Anonymous said...

mungkin budak harith ni PENJILAT faisal tehrani kot! hahaha!!!

Anonymous said...

salahuddin

ni matan hadis yg saya maksudkan

"janganlah kamu berlebih2 dalam memujiku sebagaimana org nasrani berlebih2 memuji isa bin maryam. Sesungguhnya aku hanayalah seorang hamba. kerananya sebutlah aku hamba Allah dan Rasulnya"
(sahih Bukhari)

manakala golongan di india yg berlebih2 memuji nabi dipanggil golongan Barelwi

golongan lebih2 puji ahlul bait ialah golongan syiah

p/s Janganlah dengar sangat faisal tehrani tu
novel die bacalah, tak de masalah
tapi janga tepengaruh ngan sikap pro syiah die tu

Anonymous said...

saya sokong pandangan salhuddin. kalau org cetek ilmu agama memang lekas terpengaruh. kerana org yg mengamalkan mahzab syiah mengamalkan satu konsep yg dipanggil "TAQQIYAH" yg bermaksud "lain ditulis lain dihati" lebih kurang sikap manusia Munafiq la kan. tapi kalau ikut mazhab syiah sesiapa yg beramal dgn konsep ni dapat pahala.

berhati-hatilah saudara.