Monday, April 16, 2007

Imam Sheikh Abdul Rahman As-Sudais gesa PERPADUAN

Sudah terang lagi bersuluh, jangan ada lagi yang mengekang usaha-usaha ' PERPADUAN ', moh !... mari kita bersama-sama sertai gerakan ' Tajdid Global ' order baru. Ketepikan sikap dahulukan puak dan aliran. Mari kita semua berpadu dan menguatkan ukhuwah dalam angkatan perpaduan ummah sedunia. Ketepikan masalah furuq, selesaikan masalah besar umat.

Berikut adalah komentar Imam Besar Makkah, Imam Sheikh Abdul Rahman As-Sudais mengenai "PERPADUAN".

Imam besar Masjid Al-Haram, Imam Sheikh Abdul Rahman As-Sudais, menggesa puak bertentangan di Iraq menyelesaikan pertikaian untuk menghadapi musuh bersama.

Dalam khutbah Jumaatnya kelmarin, Imam Sheikh Abdul Rahman As-Sudais berkata, kebanyakan umat Islam melupakan prinsip utama Islam iaitu perpaduan.

"Al-Quran mengarahkan umat Islam berpegang pada tali Allah dan jangan berpecah belah sesama sendiri. Perbalahan antara Syiah dan Sunni bagaikan bom jangka, sedangkan musuh pula sentiasa melaga-lagakan kedua-dua kumpulan ini," katanya.

Imam Sheikh Abdul Rahman As-Sudais bagaimanapun berkata, umat Islam tidak boleh kecewa dengan keadaan yang berlaku, sebaliknya terus mencuba mengubah keadaan.

Beliau juga memuji langkah pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah, yang cuba menyelesaikan pertikaian antara kumpulan di Palestin dengan mempelawa mereka berbincang di Makkah, baru-baru ini.

Hasil daripada pertemuan itu, katanya, pemimpin Palestin berjaya membentuk pakatan untuk menubuhkan barisan kabinet perpaduan.

"Tindakan sama perlu dilakukan bagi mengatasi ketegangan puak di Iraq, usaha ini perlu dilakukan berlandaskan prinsip agama dan pemikiran ulama, atau jika tidak kita akan melihat kemusnahan kemanusian berlaku di Iraq," katanya lagi.

Katanya, Raja Abdullah diharap memainkan peranan sama bagi menangani isu pertikaian di Lubnan, Sudan dan Somalia.

1 comment:

Anonymous said...

salahuddin

syeikh yusuf qaradhawi dulu pun menyokong taqrib( perpaduan sunni syiah )

tetapi ada 2 syarat saja

1) syiah berhenti mencela sahabat2 nabi

2) syiah mesti mengakui quran yg kita pakai sekarang sudah lengkap

kalau syiah tidak mahu menerima ni. sunni tidak boleh terima sbb die ade kaitan dengan akidah

menghina sahabat dan meyakini quran tidak lengkap adalah kafir

tgk video ni
http://www.youtube.com/watch?v=F0Wz3sMPfDE