Subhannallah, saya hanya mampu istighfar bila melihat komen saudara-saudara sedarah sedaging seagama saya(pengecualian pada saudara Salahuddin). Sungguh benar ilmu saya cetek, saya benarkan saja sekiranya saya dikata kering ilmu atau saya budak yang tak tahu apa-apa, “kalau org cetek ilmu agama memang lekas terpengaruh” – ya saya kering… ya saya cetek… tapi terpengaruh cara mudah dengan seseorang & bawaannya adalah tidak benar-itu bukan saya.
Saya sangat-sangat berterima kasih kepada guru-guru saya di APIUM & guru-guru saya yang bergerak dakwah cara bebas, saya masih belajar dengan mereka & doakan yang baik-baik buat saya ya. Mereka tidak pernah mengajar saya untuk jadi buta & tuli. Atau jadi pengikut yang mudah terpengaruh dengan bawaan seseorang, Jumud & taasub bukan ajaran & pegangan mereka. Berlapang dada & menerima pandangan orang lain yang beralaskan hujjah(Al-Quran & Sunnah) kita terima(kerana itulah budaya ulama zaman gemilang).
Saya tidak pernah menyuruh sesiapa menukar mazhab atau menerima syiah secara akidah. Orang sunni dengan sunninya, orang syiah dengan syiahnya. Taqrib(Sunni – Syiah) itu sendiri tidak menyuruh kita ramai-ramai pakat tukar mazhab & hanya iktiraf satu mazhab sahaja.
Sepertimana yang saya tekankan dalam artikel ringkas “Lihat Islam Bawaan Nabi – Penuh Cinta & Kasih Sayang”, bawaan & hebahan idea di situ adalah “PERPADUAN”. Itu jugalah yang disuarakan oleh Imam besar Makkah Sheikh Abdul Rahman As-Sudais.
Saudara-saudaraku, lihatlah sekeliling… dimana ummat Islam kita berada, lihat dimana letaknya negara Islam dalam ekonomi dunia, dimanakah kita ?, kita masih terbuai dengan ayat “Innaddi nainnallah hil islam”, itu janji Allah-Alhamdulillah, tapi apakah yang kita lakukan (dalam bentuk jihad) untuk Islam & Ummah ?, kita benarkan saja sikafir melihat, menafsir & menilai kita dari kacamata yang penuh dengan kabus fitnah & kabur dengan peperangan mazhab sesama kita.
PERPADUAN bukan bermakna tukar mazhab atau aliran. Buka mata luas-luas & buka fikiran lagi.
Ungkapan ini semakin popular lewat ini, jangan jadi buta & tuli.

13 comments:
salahuddin
awak dah tgk ke video yg saya bagi tu
fahamlah mengapa sekarang yusuf qaradhawi pun menolak taqrib
nak tanya saudara
siapa yg bersekongkol ngan amerika di iraq kalau bukan syiah??
siapa nuri al-maliki PM iraq kalau bukan syiah??
siapa tentera iraq kalau bukan syiah??
fikirlah
baca sejarah
jangan ikut faisal tehrani yg busuk hati kutuk ibnu taimiyyah tu
salahuddin
macam mana nak perpaduan
syiah bunuh sunni di iraq
syiah bersekongkol ngan amerika
sudah nyata dan jelas
anta lah yg buta tuli tu
walaupun depan mata still bedegil nak
ikut faisal tehrani busuk hati tu
saya menyokong saudara salahuddin sepenuh hati. terima kasih salahuddin. org yg menuduh org lain buta tuli itulah yang buta agama. tuli antara hadis maudhu' dan mungkar.
Salam,
siapa yg bersekongkol ngan amerika di iraq kalau bukan syiah??
siapa nuri al-maliki PM iraq kalau bukan syiah??
siapa tentera iraq kalau bukan syiah??
Saudara-saudaraku,
Bukankah entiti yang namanya Amerika itu kerjanya adalah menghuru-harakan sesuatu negara, kemudian datang atas nama pendamai, melantik orang tertentu dari kalangan puak tertentu, kemudian suburkan semangat kebencian pada hati pihak yang satu lagi...
begitulah kelangsungan tugas entiti jahat ini demi memastikan kepentingan mereka terjamin...
Sampai bila kita nak diratah hidup-hidup begini... ?
saya sudah jelaskan dalam "message" saya sebelum ini;
Allah berfirman dalam surah Al-Imran ayat 103; "Berpeganglah kamu pada tali Allah & janganlah kamu berpecah belah", Ulama2 Tafsir menafsirkan perkataan tali Allah sebagai Islam, tetapi mengapa dalam keadaan gawat sebegini pun kita masih berbalah & pecah belah ?
Haris Hauzah
Salam,
Kalau masih tuli antara hadis maudhu' dan mungkar ; SILA RUJUK ULASAN & KUPASANNYA DALAM BLOG FAISAL TEHRANI
Haris Hauzah
manusia bebal dan tuli saja yg hanya memegang kepada satu pendapat. dah tak tau nak jawab, nak suruh org lain rujuk pada sifaisal. hmmm patutlah..buta tuli rupanya. apa ko ingat si faisal tu alim ulama ke? kalau kail setakat panjang sejengkal...tak payah la ko buat letih nak cakap pasal hadis maudhu dan mungkar. Buang masa kita org jer. Ceh!
Anti Kebebalan.
salam,
Ya, sama2 kita laungkan perkataan yang sama... ANTI KEBEBALAN(kita sealiran nampaknya)
Saya juga anti kebebalan. Hidupkan budaya pemburuan ilmu, jauhi dari jadi bebal.
Saudara tersilap sangka lagi. Janganlah berniat serong terhadap sesama kita. pencarian maklumat & ilmu adalah satu proses, cari dan rujuklah pada siapa saja(saya tidak pun mengerahkan saudara merujuk hanya pada blog faisal tehrani sahaja), cuma mungkin proses pencarian itu boleh bermula disitu & kesinambungannya selepas itu rujuklah pada sumber-sumber lain yang lebih tinggi.
Kemarahan & kebencean boleh mematikan hati saudara. Hati-hati & janganlah prejudis totok.
Penjelasan saya nanti juga nanti akan dibuta & ditulikan (ada lebih baik anda mencari dari sumber asli)
Takut-takut ada saja orang yang dihina lagi.....
Teruskan mencari...
Haris Hauzah
adalah sejuta kali lebih mulia kalau kita benci kepada KEBEBALAN daripada kita benci Ulama contohnya...
Ayuh lagi sekali kita laungkan KAMI ANTI KEBEBALAN! seratus kali.
huhuhuu...
Anti Kebebalan dan Pembenci Kebodohan.
Salam,
Jerit... ANTI KEBEBALAN !!! (100 X)
saudara,
Betul... jangan benci & jauhi ulama, rasulullah ada bersabda; "ulama itu pewaris nabi". Jadi dekati, sayangi & dengarilah mereka.
Mari kita sama-sama perbetulkan kebebalan & kebodohan golongan tertentu jangan membenci tak tentu pasal, kerana itu bukan ajaran nabi.
Salam Ulul Albab
Haris Hauzah
sebab tu la agaknya sifaisal menghina Ibnu Taimiyah sebagai sHEIKUL kHAWARIJ. Dengan kata lain beliau mengkafirkan Ibnu Taimiyah secara tak langsung. Apa cerita beb! Sapa benci sapa sekarang? Siapa yg ajar umat islam benci Ulama ulung seperti ibnu Taimiyah. Sebelum ko sibuk nak bagi nasihat kat Salahudin dalah lebih baik ko nasihatkan dulu mentor Agung ko si faisal tehrani. Ada berani??? Itupun kalau berani. Kalau jadi BACUL, hanya pandai sokong mem BUTA TULI dan KAGUM giler kat si faisal baik tak payah. Baik ko duduk diam2. Memekak bantai org lain pandai la ko. Konon2 hebat sangatlah jadi pembela sifaisal. Jgn nak menyibuk cakap pasal perpaduan suni dan syiah kalau sebutir haram pun ko tak tau apa itu Syiah. Oppss lupa lak ko tau jugak pasal Syiah. itu pun sebab dalam blog faisal. itu pun kalu ada teloq.kalau tak buang bagi makan kambing aarrr...
Ayuh tambah lagi seratus kali. kita jerit sama2 Kami Anti Kebebalan!!!
kuangkuangkuang...
Salam,
Memang saya tak mampu faham dengan sikap seperti saudara yang tidak membenarkan pendengaran dibuka & merespon dengan cara baik.
Saudaraku yang tidak bernama,
saya pernah menyebut dalam artikel mudah saya ; Lihat islam Bawaan Nabi-Penuh Cinta & Kasih Sayang ; berbunyi ; Janganlah lagi kita semua mendiskreditkan nabi, keluarga & sahabat-sahabatnya
Sudah-sudahlah tu
Janganlah lagi kita memalukan alim ulama zaman awal dengan ilmu cetek & hidup haru kita hari
ini. Sungguh mereka hebat dalam peribadi, ilmu, nilai, psikologi & falsafah, metodologi dakwah mereka jauh lebih halus, berakal & bijak daripada kita hari ini.
Mesej artikel ini juga saya tujukan pada saudara Faisal Tehrani, tapi dia menerima dengan baik tanpa perlu mengehemburkan rasa ketulian dengan cara gopoh seperti saudara.
Faisal Tehrani sudah cukup "fakeh" untuk mempertahankan dirinya sendiri & dia harus juga dihargai dengan usaha baktinya pada agama & masyarakat. Tak perlulah saudara "Ghulaw" pula memuji mentor saudara kerana saya tidak mahu contohi sifat itu.
Saya hanya bercakap apabila saya tahu mengenainya dan saya menyibuk suarakan salam "Tali Allah" buat pakatan perpaduan adalah kerana suara sibuk kafir mengkafir suruh berpecah belah menggila-gila.
Salam Tawadhuk
Haris Hauzah
Salam,
mana yang sempat untuk berkongsi dengan teman-teman anonymous kita:
Artikel oleh Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan at-tantawi
"http://tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=1377&mode=thread&order=0&thold=0"
wassalam.
Salam,
ooops, sorry, pautan atas tak jalan.
Cuba lagi:
http://tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=1377&mode=thread&order=0&thold=0
(nasib baik test pagi ni)
wassalam.
Post a Comment