Monday, May 7, 2007

Kejayaan Sekolah Fantasia


Kenalkah anda dengan gadis ayu ini ?. Muslimah yang kelihatannya selalu keberatan untuk bersalaman dengan sang lelaki ini semakin membikin kemeriahan dalam berkonsert.

Biarpun simanis ini bertudung, jangan terkejut kalau sekiranya dia disuruh melakukan tugasan sekolah fantasinya. Kalau “berjalan kucing” atau “beraksi keras” bagi estetika kamera, dia pasti mengembirakan guru-gurunya. Aksi gedik manjanya pasti tidak menghampakan.

Selepas “Ratu”, “Idol” & “Diva”, kita diperkenalkan dengan satu lagi gelaran baru.
Bukan “Datin” atau “Puan Seri” tapi “Muslimah Rock”.

Dengan keringat usaha yang bersungguh mengepak-ngepakkan tangan dan kaki sambil menonjol-nonjolkan isyarat rock pada tangan, dia berjaya mendapatkan gelaran itu dari juri.

Aliran apa lagi ni ?

*Saya belum bersedia rasanya nak beri komen terhadap perkembangan ini.

** Maaf pada peminat gadis ini.

4 comments:

Anonymous said...

Mm...bukan ke sore tu salah satu aurat bagi wanita? then, camna hukum dalam bernyanyi bagi sorg pempuan tu ye? cam wahida..o mungkin, seorg wanita yang mengaji lantang sehingga boleh didengari oleh jiran sebelah...??mintak bg pandangan skit...

Mardihah said...

Salam akhi,

Terhibur membaca komen yang sinis yang pedas ini...
"muslimah rosk"....meski sekian kali agaknnya, puteri ini akan menjadi ikon rock yang bakal menggegarkan negara ala-ala "ella"
Ana tak dapat nak menutup mata dari melihatnya, bila rakan serumah
turut serta membuka adegan "fantasia" ini. Jadi, mahu atau tidak, segan atau
rajin, maka mata membuka..ini yang ana katakan, nafsu manusia sekejap di atas
dan sekejap di bawah.
Agak terkejut...naratif mereka yang naif dan tanpa segan silu
membuka aib diri sendiri. Islam hanya pada nama...
"Saya baru nak cuci tangan dan kaki..tapi sebab awak nyanyi malam ni,
saya ingat nak pergi kabaret lah" (perbetulkan saya jika salah)..ini kata-kata juri yang turut menyebut
"saya pun pergi masjid jugak..." awak bakal jadi duta rock yang suci..
"rock suci.." saya terkeluarkan kenyataan ini
di hadapan rakan-rakan dan mereka dengar sekadar tak dengar.
Perkembangan ini mungkin akan membebaskan "wartawan" dengan kisah mawi dan datuk siti with datuk k, maka cerita-cerita
hangit dan sensasi gadis ini akan mula dan mungkin diperkembangkan. Siapa yang tidak kenal dengan
"fantasia". Maka akan laku dan mendapat jualan akhbar memberangsangkan kepada
mereka..Kita nantikan "muslimah rosk" ini selepas majlis graduasi nanti.
Saya juga hanya mampu merubah diri ...bermuhasabah tentang apa yang sedang berlaku ini.

*aiman tak kisah* (ini kata aiman yang merujuk kepada entri yang tidak menyokong aliran ini) saya harap-harap
muslimah ini akan segera muhasabah diri...(amin) mari kita doakan....tapi takut jadi macam salima pulak...
huh!

Haris Hauzah said...

Salam Buat Penanya Tak Bernama,

Masalah aurat suara pada wanita bukanlah suatu isu yang ringkas dalam perbincangan fiqih, sesungguhnya ia adalah suatu isu yang panjang untuk diperbincangkan, saya jawab begini saja ;

Ulama tidak sepakat(Qilaf) dalam menentukan permasalahan ini.

Mengikut mazhab Hanafi, suara wanita tidak aurat, kerana para isteri Rasulullah s.a.w pernah bercakap-cakap dengan para sahabat dan para sahabat juga ada mendengar (belajar) hukum-hukum agama dari mereka. Namun begitu, ulama hanafiyyah meletakkan ianya akan jatuh haram sekiranya jika terdapat unsur-unsur fitnah sekalipun suara wanita itu tadi memperdengarkan bacaan Al-Quran.

Mengikut mazhab Ash-Syafi’ie, suara wanita adalah aurat dihadapan lelaki yang bukan muhrim.
Dalam persoalan ini ianya terletak didalam kondisi dan keadaan tertentu ;

Saya mengambil pendapat yang mengatakan suara wanita tidak aurat jika percakapan dengan yang bukan muhrim itu tadi sememangnya perlu dan penting serta tiada unsur-unsur fitnah atau perkara-perkara lain yang dikhuatiri terjadinya fitnah. Saya kemukan beberapa dalil :

1) Para isteri Rasulullah s.a.w pernah bercakap-cakap dengan para sahabat dan mereka belajar hukum-hukum agama daripada mereka(isteri-isteri Rasulullah).

2) Pernah pada suatu ketika dimana Saidina Umar Ibnu Khattab r.a hendak menentukan jumlah mahar, tetapi ditolak oleh seorang wanita dari sudut masjid sambil membaca ayat ke : 20, surah An-Nisa ; yang berbunyi ;

“Dan jika kamu ingin menggantikan isterimu dengan isteri yang lain, sedangkan kamu telah memberikan kepada seorang diantara mereka harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil kembali daripadanya sedikit pun”.

Saidina Umar tidak menentang atau membantah perbuatan wanita tersebut dan begitu juga dengan para sahabat yang lain yang juga turut sama menyaksikan insiden tersebut. Malah Saidina Umar berkata, “Umar itu betul dan Umar itu salah”.

3) Sewaktu Saidina Abu Bakar r.a dan Fatimah Az-Zahra berselisih pendapat, Fatimah telah pergi menemui Saidina Abu Bakar yang mana ketika itu Saidina Abu Bakar telah pun dilantik menjadi Khalifah. Fatimah berbicara sewajarnya tentang hal yang pada pandangannya menjadi hak kepada beliau. Maka terjadilah perdebatan antara beliau dengan Saidina Abu Bakar r.a.

Daripada dalil yang dibawakan tadi, saya mengambil pendapat yang suara wanita itu tidak aurat selagi ianya berada dalam kondisi dan keadaan yang mana terikat dengan batas etika percakapan yang dibenarkan syarak dan bukannya dengan suara-suara yang tidak biasa seakan merayu atau menggoda.

Allah ada berfirman didalam surah Al-Ahzab; Ayat yang ke 32 ;

“Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara, sehingga timbul keinginan orang yang ada penyakit didalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik”

Dalam kes ini, apabila seorang wanita membuat persembahan dipentas yang rata-rata penontonnya bukanlah muhrim, maka saya mengambil pendekatan yang berhati-hati. Saya jawab begini ;

Menyanyi itu dibolehkan tetapi segala-galanya haruslah terikat dengan syarak. Maksudnya begini ;

1) Suara dalam nyanyian itu tiada unsur gedik, ngada-ngada atau menggoda.
2) Tema lagu yang dinyanyikan haruslah berunsur Islam atau sekurang-kurangnya mesej lagu yang mengajak kepada kebaikan(bukannya “lagha” dan sia-sia).
3) Pergerakan badan dalam mengadakan persembahan harus ada batasan(tak payah nak menari-nari atau tegelek-gelek).
4) Pakaian dalam mengadakan persembahan nyanyian itu haruslah menurut syariat
5) Persekitaran tempat dimana persembahan nyanyian itu diadakan haruslah tidak menimbulkan syak atau fitnah.

Senang cerita semua ini mirip kepada penyanyi-penyanyi nasyid yang hanya menyanyikan lagu berunsurkan dakwah, menyanyi dalam nada yang tegas dan dalam keadaan tegak berdiri didalam satu ruang yang terang lagi terhindar dari fitnah.

Hiburan adalah sesuatu yang bersifat fitrah dalam diri setiap manusia. Maka saya lihat ianya perlu diberikan alternatif atau pilihan kepada masyarakat. Jika tidak, masyarakat akan mudah musnah dan hancur kerana eleman dakwah dalam seni berlagu itu tidak digunakan.

Itu pendapat saya. Harap terjawab ya(boleh saja tanya pada ustaz-ustaz hebat diluar sana mengenainya)


Pada Qudwah Mardihah, Terima Kasih kerana menambahkan ingatan pada kenyataan-kenyataan tak pandang belakang sijuri yang mungkin saja sedang laloq. Menonton atau tidak rancangan ini bukanlah satu permasalahan sekiranya kita mendahulukan yang perlu(Solat). Jadikan saja apa yang kita lihat baik di “Tv” atau di mana saja sebagai cerminan agar boleh kita beringat dan bermuhasabah.

Berkenaan dengan kenyataan-kenyataan Sijuri laloq tadi - Mendengarnya saja sudah takut, apatah lagi memikirkan impaknya kepada masyarakat peringkat anak & remaja(Entah berapa juta penonton pelbagai peringkat yang menonton kisah konsert negeri fantasia ini agaknya).


Haris Hauzah

Anonymous said...

Salam
Ah akhirnya terbuka juga topik ini. :) Saya sgt bersetuju dgn pandangan saudara Haris berkenaan syarat2 yang dibolehkan bg seorang wanita menyanyi. Berkenaan gadis 'muslimah fantasia' ini, bagi saya, bukan sahaja dia, tetapi tidak sepatutnya ada seorang pun wanita yang bertudung yang memasuki AF ini. Sebabnya senang, kita semua sedia maklum bagaimana AF dijalankan. Pelajar menyanyi lagu yang rata2nya bukan lagu nasyid dan persembahan konsert rata2nya diiringi tarian (yg adakalanya terlebih gedik). Maka, dah jelas hukumnya di sini. Yang sedihnya, ramai masyarakat di luar sana seolah2 buta akan hukum dan tambah memuja 'muslimah' ini seolah2 dia ini membawa perubahan kepada imej penyanyi wanita. Seolah2 menyanyi itu HALAL disebabkan dia bertudung??!! Ah, saya terlalu sedih dengan kenaifan masyarakat kita sekarang. Pada masa yang sama saya juga geram dgn wanita2 bertudung di luar sana yg semakin 'berani' lantas mencemar kesucian imej muslimah (dalam erti kata yg sebenar-benarnya). Kalau benarlah dia tahu akan hukum dan kalau benarlah dia perempuan yang 'baik', dia tak akan teringin pun utk menyertai pertandingan serupa AF.