Wednesday, May 30, 2007

Wahai Hizairi...

Saya teringin untuk membawa pembaca untuk terkenang sejenak pada seorang insan unik, seorang manusia luar biasa yang bersungguh dan kuat dengan apa yang diusahakannya. Seorang yang bersungguh-sungguh berjuang dalam apa yang beliau rasa dan percaya. Senantiasa menegakkan prinsip dan falsafahnya demi untuk bangsa, agama dan dunia. Pasti member-member MPR & teman-temannya di UM kenal dengan perangainya. Insan yang saya maksudkan ialah Hizairi Othman, seorang penulis yang juga merupakan anak kepada penulis terkenal iaitu Allahyarham Othman Puteh.

Beliau pernah mengungkapkan perkataan ini ;

"Penulisan ialah keseronokan yang menyeksakan. Digelarkannya suatu kembara diri istimewa yang banyak membantu dalam proses kematangan insan, selain membancuh definisi tersendiri kepada makna kehidupan. Serentak dituntutnya kesabaran, kudrat mental dan fizikal serta visi yang tak pernah surut. Cabarannya menggunung, bergelojak dengan keperluan mutakhir dan menjadi kewajipan penulis yang baik dan sentiasa mahu meningkatkan diri untuk menyahut cabaran terbentang. Karya era baru seharusnya bijak berilmu selain menghibur. Tiba masanya penulis berfikir, bersikap dan bekerja secara profesional, seterusnya dapat disuntik maruah kepada dunia penulisan dan profesion penulis."

Tuhan,
Kemana perginya dia sekarang…

4 comments:

:-) said...

Salam,

Akhi...

kebetulan, ana juga baru bercerita tentang insan seni ini...

Pernah jumpa beliau hanya sekali tapi pertemuan yang sangat mengesankan kerana peribadinya yang berkarisma...

Mudah-mudahan, segalanya baik bagi insan baik sepertinya...

Wallahu 'alam...

Wassalam.

Anonymous said...

Dia memang manusia hebat dalam bidangnya

Amir

Anonymous said...

kehilangannya sehingga ke akhir hayat arwah bapanya Dr. Othman Puteh.

Kemana dia menghilang ya ?


Ummu Salamah

Mardihah said...

Kemanakah dia agaknya...saya juga menantikan khabarnya.....lama sudah tidak ketemu jawapan.
Akhir-akhir ini, akhi sudah banyak meluaskan empayar...penulisan akhi nampak lebih teratur..lebih kemas...cuma saya yang nampak seperti blog peribadi. Mati akal..
teruskan menulis..