Tuesday, May 8, 2007

Mengislamkan Panggung ! Bagaimana? – Siri 1


Ada suatu kisah ;

Sofea : Najib !, kau dah tengok cerita “Cinta” ?
Najib : Belum, aku baru teringat nak ajak kau pergi tengok, nak tak ?
Sofea : Ehh…, kalau kau nak belanja aku apa salahnya, bila kau nak pergi ?
Najib : Malam ni pukul 9:00… ok ?
Sofea : ‘Set’… ‘dinner’ aku malam ni kau ‘support’ sekali ekk…
Najib : Ialah, memang dasar lah kau ni.
Sofea : Ermm… Jib, kita ajak Raudhah sekali nak tak ?
Najib : Eh…, ajaklah, apa salahnya, kalau kau nak ajak sekali mak, ayah dengan adik beradik kau pun ok, “Aiman tak kesah”… pakcik, makcik, sepupu-sepupu kau tak nak ajak sekali ke ?
Sofea : Hoi… lahabau betul kau ni, jaga sikit mulut kau tu ekk !
Najib : Ishk… aku gurau je lah, tak payahlah nak ‘emo’ pulak. Betullah aku cakap ni, ajaklah sekali si Raudhah tu. Hah, itu pun dia datang.
Sofea : Dah !, jom ikut kita orang malam ni pegi tengok wayang ?
Raudhah : Tengok wayang ?, cerita apa ?
Najib : Cerita ‘Anak Bapak’, hahaha…
Sofea : Ehh kau ni… bukanlah, tengok cerita ‘Cinta’, aku dengar cerita ni best, jomlah !. Aku ambik kau malam ni, o.k ?
Raudhah : Aku belum pernah lagi pergi tengok wayang, ‘best’ sangat ke tengok wayang ni ?, apa yang ‘best’ sangat tu ?
(Najib dan Sofea tanpa henti menghamburkan segala hujah bagi meyakinkan Raudhah tentang betapa seronok dan nikmatnya menonton wayang ; skrinnya besar, bunyinya sedap, suasananya selesa. Pendek kata semuanya ‘best’, rugi kalau tak pegi ke panggung wayang menonton-sebab langsung tak sama suasananya macam di rumah)
Sofea : Habis tu macam mana, jadi tak malam ni ?
Najib : Haa… nak pergi tak ?
Raudhah : Ermm… taknak lah.
Sofea & Najib : Kenapa pulak ?
Raudhah : Takut-takut kalau haram.
Najib : hah… haram !, apa yang haramnya, apa la kau ni.
Sofea : Ntah kau ni Dah, mengarut betullah…

Berangkat dari sebuah hadith nabi, yang mana Rasulullah s.a.w diriwayatkan bersabda ;

“Barangsiapa yang memelihara dirinya dari perkara-perkara syubhat itu, samalah seperti ia telah melindungi agamanya dan kehormatannya(dari kata nista orang lain), dan barangsiapa yang tersungkur ke dalam perkara-perkara yang syubhat itu akan terjerumus pula ke dalam perkara-perkara yang haram”

Suasana dalam panggung senantiasa menghantui fikiran orang-orang seperti Raudhah. Percampuran lelaki wanita dan suasana gelap dalam panggung tidak akan menyelesakan mereka. Apatah lagi panggung wayang ini juga gah namanya bagi mereka-mereka yang mahu ‘buat wayang’ – tak ke ada unsur syubhah / syubhat namanya tu.

Rasulullah s.a.w ada bersabda lagi dalam suatu hadith yang lain ; mafhumnya ;

“Tinggalkanlah apa yang meraguimu kepada apa yang tiada meraguimu”

Sesungguhnya Bahagian dari yang haram itu adalah syubhah / syubhat dan berhati-hatilah dengan sebahagian dari produk barat yang paling hangat ini(panggung wayang acuan mereka).

Dengan dua buah potong hadith nabi tadi, saya menutup entri mengislamkan panggung siri-1 ini dengan firman Allah dalam surah Al-Hasyr ayat 7 ;

“Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya”

Amat menyedihkan pada hari ini, dimana kita yang mengakui Rasulullah s.a.w itu sebagai pesuruh Allah dan nabi, tapi dalam masa yang sama, kita mendurhakai nabi dengan mengingkari segala wasiat, pesanan dan peringatannya. Marilah kita bersama-sama memperbetulkannya dan bersama dalam gerakan promosi pembudayaan syariat ini.

* Terima Kasih kerana membaca, nantikan Entri Mengislamkan Panggung – Siri 2.

P/S : Anda semua dirayu agar meninggalkan pandangan & idea dalam ruangan “Comment” – Agar buah-buah fikiran anda bagi usaha mengislamkan panggung ini dapat dicadang, dipromosi dan direalisasikan.

2 comments:

Anonymous said...

O..menarik gak tu..serba skit membuka minda..tapi yang konpiusnye la kan..juz nk betanya..cam mana kalo filem tu filem berunsurkan agama? Adakah patutnya panggung tu diterangkan suasananya? mgkn masa depan nanti akan ada panggung yang skrinnya lebih canggih kan...lampu terang pun leh tgk wayang g...

Haris Hauzah said...

Yang Bertanya,

Tidak kesah samada filem itu unsur agama @ tidak, Syariat adalah tetap syariat. Tiada kompromi dalam soal hukum. Dan Islam tidak pernah ada teori tujuan menghalalkan cara.

Bagus juga imaginasi soal skrin tadi. Mungkin kita boleh sama-sama fikirkan.


Haris Hauzah