Friday, May 18, 2007

Jumaat


Jumaat… Engkaulah penghulu segala hari, di dalam engkaulah Allah melimpah dan menaburkan segala kurniaannya, hari dimana nabi Adam a.s. di cipta, hari dimana segala doa dan permohonan dikabulkan, engkaulah hari yang dijanjikan Allah dimana peristiwa kiamat akan berlaku, dan Allah akan mengizinkan ahli-ahli syurga untuk mengunjungi syurga mereka. Jumaat… para Malaikat menamai engkau sebagai hari penambahan dek kerana keterlaluan banyaknya pintu rahmat yang dibuka pada hari ini, hari Jumaat.

Hari ini hari Jumaat. Ada sedikit cerita mengenainya ;

Setibanya Rasulullah s.a.w dan rombongan sahabat di Madinah. Rasulullah s.a.w tinggal di satu tempat yang bernama Quba. Rasulullah s.a.w menetap di Quba selama empat hari. Di Quba, Rasulullah s.a.w telah mendirikan sebuah masjid yang dinamai Masjid Quba. Rasululullah s.a.w keluar dari Quba pada hari Jumaat, dan apabila masuknya waktu Zohor, Rasulullah s.a.w mengerjakan solat Jumaat bersama dengan rombongan sahabat di masjid keluarga Banu Salim Bin Auf. Solat Jumaat itu adalah solat Jumaat yang pertama kali dilakukan di Madinah.

Hari ini hari Jumaat. Ada sedikit cerita ironi mengenainya ;

Hadiah Jumaat ini di calari dengan keingkaran hamba Tuhan yang lebih senang betah di restoran atau “Shopping Mall” daripada rumah Tuhan mereka. Merekalah lelaki-lelaki belia yang gagah dan kuat berjasa pada negara. Ada yang masih berjual dan berbelian, ada yang redakan desakan minda dengan jalan-jalan, ada yang tenangkan hati yang gundah dengan lepak-lepak sambil cuci mata. Yang bercinta ‘berdating’ dan yang resah pula berjuang di arkid-arkid permainan video. Al-Jumu’ah ayat 9, tak ketemukah kita ?

Hari ini hari Jumaat, Ada bermacam cerita mengenainya.

3 comments:

:-) said...

Salam,

akhi, pena enta laju melahirkan kata akhir-akhir ini... Tak sempat ana memberi respons mana-mana... Teruskan perjalanan penamu ini, akhi! Ana membaca dengan penuh keinsafan, inshaAllah...

wassalam.
Sofwah

Haris Hauzah said...

Sofwah,

Kekadang terasa kalut juga bila komentar-komentar dari orang seperti anda tiada.

Alhamdulillah anda masih sudi menatap penulisan di blog ini.

sebenarnya gerakan saya dalam blog ini lewat sekarang agak perlahan sedikit, tapi terasa seperti mahu dilajukan kembali bila ada respons.

Terima Kasih.


Haris Hauzah

:-) said...

Salam,

Kekadang, tengah malam melungsur...

Ada sekali tu, apabila enta menulis tentang menonton filem, ana ingin sekali beri komen tentang kemampuan masyarakat menerima apa yang cuba kita sampaikan, oleh itu, kita mesti mempersiapkan minda mereka menerima da'wah kita... tapi tak sempat nak tulis, sebab boleh jadi esei sekali lagi...
Dan tika ini, masa amat terhad untuk ana... Teruskan saja menulis, akhi! Kalau ada kesempatan, ana tinggalkan sepatah dua seperti ini...

Wassalam.
~Sofwah~