Saturday, May 5, 2007

Merindu Kepastian

Andai kau menjadi pelangi
Biarku jadi awannya
Agar kita selalu bersama
Andai kau menjadi sang duyung
Biarku jadi karangnya
Agar kita sentiasa bersua
Andai kau menjadi merpati
Biar ku jadi sang bayu
Agar kita sering bertemu
Andai kau menjadi puisi
Biarku jadi melodi
Bersama kita bernyanyi
Andaiku menjadi rembulan
Sudikah engkau menjadi kejora hingga pagi nanti
Andai esok aku menjadi tanah
Sudikah engkau menjadi bunga menghiasi dadaku

Bait-bait puisi suci Art Fadzil dalam lagunya ; Merindu Kepastian.


* Mungkin ada yang tanya Art Fadzil ni siapa ?

3 comments:

Anonymous said...

salam
sedap puisinya.. hmm siapa 'kau' yang dimaksudkan di sini? hehe :).. dan siapa Art Fadzil ni?

Haris Hauzah said...

Salam Dr. Naeema,

Saya bukanlah penulisnya ; tetapi jika dihayati & apabila kita membiarkan diri dihanyutkan oleh gelombang melodi lagunya ; "Aku" itu mirip sekali membawa maksud "Kekasih".

"Kekasih" - Boleh jadi siapa saja, Ibu, Ayah, Abang, kakak, Adik, Atok @ Nenek. Mungkin boleh jadi Suami @ Isteri. Atau mungkin juga Seseorang yang kita namainya sebagai "Kekasih"

Art Fadzil adalah seorang penyanyi kelahiran Singapura, bagi saya dia seorang seniman. Dia ke lorong, ke jalanan, ke dewan, ke pentas untuk melihatkan mesej sosial, cinta, alam & kemanusian dalam seninya.

Mula dikenali semasa beliau menganggotai kumpulan "RaushenFikir". Kumpulan yang terdiri daripada 3 orang anak muda(salah seorang sudah meninggal) yang percaya genre muzik universal nusantara yang bermesej tuhan, alam & seruan kebaikan mereka dapat sambutan.

Tapi mereka salah-Sambutan pada mereka tidaklah seberapa(Wings, Search, Ramlah Ram & Ziana Zain lebih dapat tempat)

Akhirnya kumpulan yang ala-ala kumpulan kopratasi ini bubar dan masing-masing membawa haluan sendiri.

Hanya Art Fadzil yang masih kukuh dalam perjuangannya. Setelah kurang mendapat tempat di negara kelahirannya sendiri(Singapura) & Malaysia, akhirnya dia berhijrah ke UK-Pelajar di sana mungkin ramai yang kenal dia.

Dia bukan manusia biasa. Lagu-lagunya akan membuatkan kita tidak henti-henti berfikir akannya.

(Serba sedikit)Dialah Art fadzil.


Haris Hauzah

Anonymous said...

Merindu Kepastian is such a masterpiece from Art Fadzil..truly amazing...

check out this video, live performance by Art Fadzil...
http://www.youtube.com/watch?v=xVAH1ZzT8AY&feature=related

I dont have any preference in music...i do enjoy all types of music, but Art Fadzil totally a different class, eventhough he is not popular or known either in Malaysia or Singpore but for those who appreciate art@seni, Art Fadzil shows what is music and art all about...Lets imagine,this truly amazing guy share the stage with Iwan Fals....Definitely awesome
arin_hussain@yahoo.com