Monday, December 31, 2007
Thursday, December 27, 2007
Puisi - "Fatimah"
Setiap fajar pagi dan tirai malam menjelang aku terusik
Sebab namamu senantiasa terlantun dalam derita
Namamu membuatku galau
Namamu mengirimkan semangat alam benak dan kalbu
Kalbuku adalah tempat meratapi deritamu
Memahami erti deritamu adalah masalahku
Berjuta-juta orang mengeluh
Sebab apa dikau menangis!
Apabila orang faham akan tangismu
—> seluruh dunia akan ikut menangis
Syurga tak membisu mendengar tangismu
Pun tak diam mendengar misteri agungmu
Mentari penuh mengandung hujan menahan beban deritamu
Kala tangan Ilahi menjamahmu dunia
—> dunia pun terpaku
Musim semi pun tiba usai kau tersenyum
Sang suria muncul dari balik wajah cantikmu
Duhai dikau yang bersemayam di atas langit ketujuh
Duhai dikau yang tumbuh dari tanah yang dingin
Duhai dikau yang telah melahirkan kesatria-kesatria perang!
Duhai dikau yang di hadapanmu Saturnus berlutut!
Bersamamu Kitab Suci terpercik darah tersibak
Bersamamu musim bunga tulip tiba
Kemarahanmu bercampur dengan kemarahan Kebenaran
Belati ditarik dari sangkurmu agar
—> tak tersentuh oleh kesia-siaan
Pusaramu tersembunyi dari kawan mahupun lawan
Mengingatimu menjadikan fikiranku cerah
bahagia dan kadang juga sedih
Dalam fikiranku, dikau bak semangat yang menyala
Dalam fikiranku, dikau bak misteri
Tanpamu jalan menuju cinta menjadi kabur
Sang musafir menjadi longlai dan bisu
Meski kuciptakan bayangan wajahmu dalam fikiranku
—> tetap saja aku belum mampu mendekatimu
Apa saja yang kukatakan
—> belum mampu mencitrakanmu!
Siapakah yang mampu melantunkan syair sesuai citramu?

Puisi ini merupakan nukilan Seddiqeh Vasmaqi, dari Universiti Tehran yang cuba memotretkan sosok Fatimah.
*Aduh ! deritanya Fatimah… kita pula acap melupakan deritanya, derita suami, derita anak dan derita ayahandanya yang suci. Laghanya kita dengan kesibukan mempersiap nyanyian dan tarian untuk jadi persembahan penonton yang haram syarie… Ahhh… ! Mampu nonton saja kemungkaran ini ?
**solat tetap solat, tapi joget boleh jugak,
solat tetap solat, tapi nyanyi o.k jugak,
solat tetap solat, tengok wayang masih jugak,
tudung, ngaji, masih jugak, tapi lagha kekal jadi makanan jugak,
“ANDAI KAU PERGI”
“SEIRING DAN SEJALAN”

Thursday, December 6, 2007
Sampai Ke Kuburan Hutang Menuntut
Kawan, Sabarlah...
Itulah ajaran nabi,
Katanya sabar itu bagian daripada iman,
Tiada nabi yang hidupnya senang,
Semuanya payah dan teruk-teruk diuji,
Fizikal, mental, emosi segalanya,
Mengapa kita payah sekali mahu menerima ajaran ini,
Sedangkan ujian kita tidak sampai setitik air dari lautan pun kepayahannya,
Kawan, Sabarlah...
Ahlul bait juga jerih sekali hidup mereka,
Cerita mereka juga menyedihkan setelah ketiadaan leluhur suci,
Kawan, Tenanglah...
Belajarlah untuk bersabar,
Kerana itu adalah ajaran baginda rasul,
Belajarlah untuk bersabar,
kerana ia adalah tiang kekukuhan iman,
Belajarlah untuk bersabar,
Kerana ujian kita tidaklah sehebat kekasih Allah itu...

* Sampai ke kuburan hutang datang menuntut... ( Kawan, Sabarlah... )
**Gambar - Pesanan bagi waris simati di tinggalkan atas kuburan, jangan buat-buat lupa untuk hubungi, mesti banyak hutangnya tu agaknya
Wednesday, November 21, 2007
Wednesday, November 14, 2007
Dialog Sebelah Mihrab
Muljib : Sheikh, aku ada satu soalan buatmu ?
Nawar : Apa dia ?
Muljib : Mengapa Sheikh menyepi saja sejak 2-3 bulan ni ?
Nawar : Takde apa, cuma musim agaknya.
Muljib : Musim apa sheikh ?, sheikh dah tak menulis lagi ke ?
Nawar : Aku masih menulis Muljib, cuma sajak-sajak ku tidak diterakan lagi.
Muljib : Tidak diterakan lagi ?... Apa maksudmu sheikh ?, aku tak faham ya sheikh...
Nawar : Itulah maksud ku wahai Muljib, tulisan, puisi dan sajak-sajak ku sudah tidak difahami oleh pembaca ku lagi. Pemerintah juga tidak galakkan kita rakyatnya banyak bersuara... mereka suka kalau kita tenang begini.
Muljib : Sheikh, mengapa kau biarkan dirimu begini ?, memang benarlah kata anakmu Nawan, kata dia... ayahnya sudah mati 2 bulan lalu. Mengapa kau biarkan dunia menjadikan kau begini ya sheikh ?
Nawar : Kau, anakku Nawan, pemerintah dan masyarakat lah yang jadikan aku begini.
Thursday, November 8, 2007
Ini Baru Sepotong, Tapi Kita Masih Malas Nak Fikir
“Allah memegang jiwa (manusia) ketika matinya dan (memegang) jiwa (manusia) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (manusia) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.”
(Az-Zumar, 39: 42)
Thursday, October 18, 2007
Kembali Kepada Fitrah
Isteri ku Adjeng
Manusia terkuat yang pernahku kenal
Terima kasih untuk rumah terindah yang pernahku tempati
Terima kasih untuk memberi maaf sebelum aku meminta
Terima kasih untuk bersabar

Sampai aku tau
Kalau hal-hal terbaik dalam hidup
Tidak memerlukan uang
Seperti bunyi suaramu yang selalu setia
Menuntunku
Pulang ke hatimu
Rumahku yang terindah
Suamimu, Marwan
Kalau hal-hal terbaik dalam hidup
Tidak memerlukan uang
Seperti bunyi suaramu yang selalu setia
Menuntunku
Pulang ke hatimu
Rumahku yang terindah
Suamimu, Marwan
*Dipetik dari filem "9 Naga"
Monday, October 1, 2007
Cahaya Pagi Yang Tiada Dapat Menembus Jutaan Malaikat Yang Turun
إِنَّا أَنزَلْنَـهُ فِى لَيْلَةِ الْقَدْرِ - وَمَآ أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ - لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ - تَنَزَّلُ الْمَلَـئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ - سَلَـمٌ هِىَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
"Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadr dan apakah jalan yang menyebabkan engkau mengerti (kebesaran) lailatul qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan tuhan mereka (Allah), untuk setiap urusan. Sejahteralah malam ini hingga terbit fajar".
Monday, September 10, 2007
Hizbut Tahrir
JAKARTA 9 Sept. – Beribu-ribu pengikut sebuah kumpulan berhaluan radikal yang berazam untuk menyatukan umat Islam di seluruh dunia di bawah pemerintahan khalifah berarak melalui jalan-jalan utama di sini hari ini sempena menyambut ketibaan bulan suci Ramadan minggu ini.
Jurucakap kumpulan Hizbut Tahrir, Ismail Yusanto berkata, Ramadan merupakan masa paling sesuai untuk menyeru umat Islam supaya melaksanakan undang-undang syariah. “Sebahagian daripada undang-undang itu ialah membentuk semula pemerintahan khalifah dan kita semua bertanggungjawab untuk itu,” tegasnya.
Hizbut Tahrir adalah sebuah pertubuhan radikal Sunah yang dipercayai mempunyai kira-kira sejuta anggota dan telah diharamkan di beberapa buah negara Asia serta Arab. Bagaimanapun, satu perhimpunan raksaksa yang dilancarkan oleh kumpulan itu di Indonesia bulan lalu dihadiri oleh 90,000 penyokong dari beberapa negara, termasuk Eropah, Afrika dan Asia Barat.
Walaupun berfahaman radikal, tetapi kumpulan itu tidak menyokong keganasan untuk mencapai matlamatnya.
“Bulan suci Ramadan merupakan satu masa untuk mengingatkan kita bahawa kita tidak boleh melaksanakan undang-undang syariah secara menyeluruh di bawah sistem demokrasi.
“Ia perlu dilaksanakan di bawah pemerintahan khalifah,” kata Ummu Himmah, yang menyertai perarakan itu bersama-sama suaminya.
– AP
– AP
Sumber asal :- Utusan Malaysia (10 September 2007)
Saturday, September 8, 2007
Thursday, August 30, 2007
Fragmen : Tot Tot Tot
Apabila berbicara tentang cara atau etika berpakaian ramai juga yang teraba-raba...
Walau etika itu telah di asas oleh Baginda Rasul 1400 tahun dahulu, tapi hari ini masih lagi teraba...
Ada juga suara yang meminta agar dibuat kajian dalam-dalam... Ada juga yang tanya-tanya mengapa wanita saja jadi bahan, lelaki pula bagaimana...
Monday, August 20, 2007
Pre-Writing...
Friday, August 10, 2007
Special Operation 85: Hostage Rescue
Kesatuan Pelajar Islam Iran telah mencipta permainan komputer yang mempunyai mesej politik mengenai isu-isu besar yang menyelubungi negara mereka. Antaranya isu tentang hubungan Iran dengan Israel dan Amerika Syarikat, misteri kehilangan diplomatnya dan masalah program tenaga nuklear negara tersebut. Pencipta permainan ini mengatakan misi di dalam permainan video ini adalah bagi mempromosikan kesederhanaan, kesetian serta mempertahankan negara mereka.
*Jatidiri, Jatidiri, Jatidiri……. Merdeka

Thursday, August 9, 2007
Ubat Tidur Cap Pangkah
Kalau anda masih ingat pada sebuah filem yang mengundang kontroversi pada sekitar tahun 2003 yang bertajuk “Bruce Almighty”, kini sekual kedua filem ‘jahat’ ini datang lagi. Filem yang telahpun mendapat kelulusan dari Lembaga Penapisan Filem Malaysia, “Evan Almighty” akan menyerang rakyat Malaysia pada 23 Ogos ini.
Evan Almighty
Filem ini didakwa menyentuh sensitiviti umat Islam yang mana mengandungi babak menghina juga mempersendakan Tuhan dan Nabi Nuh (a.s). Perbuatan memaparkan Tuhan sebagai manusia dan pelakuan membina bahtera dalam filem ini tidak benar dan Nabi atau Rasul yang di “potrey” kan di dalam filem itu adalah menyanggah syariah Islam dan memesongkan akidah. Filem yang merujuk kepada kisah banjir besar pada zaman Nabi Nuh (a.s) yang mana kemudiannya dimanipulasi sehingga dijadikan ke satu bentuk komedi yang seakan bertujuan menghina Islam.
Filem yang menelan belanja kira-kira RM604juta(AS$175juta) yang dilakonkan oleh Morgan Freeman sebagai “God”(Tuhan) telah mengarahkan pelakon Steve Carell(memegang watak Evan Baxter) untuk membina sebuah bahtera bagi menghindar banjir besar yang akan melanda kota New York.
Pencinta
Syabas dan terima kasih kepada beberapa NGO, aktivis Islam dan beberapa orang pendakwah yang menyuarakan kemarahan dan menyeru agar pihak kerajaan mengharamkan filem ini.
Menteri Hadhari
Kitakan negara Islam, Islam Hadhari pula lagi. Malaysia sebuah negara Islam yang bertamadun, berjatidiri, bermodal insan dan bermaruah. Nah, apa yang anda fikir kerajaan akan buat ?
“Jangan cepat melatah pasal sebuah filem”. itulah kata yang keluar dari mulut seorang menteri kerajaan negara Islam Hadhari. “Umat Islam di negara ini perlu lebih bijak menangani isu yang berkaitan dengan agama dan jangan cepat melatah apabila berhadapan dengan sesuatu yang dianggap mencabar akidah serta kepercayaan termasuk oleh sebuah filem. Apa yang lebih utama ialah peranan yang harus dimainkan oleh ibu bapa dalam mengukuhkan akidah anak masing-masing. Umat Islam tidak sepatutnya lemah dengan melatah hanya apabila disajikan filem sebegini. Tindakan mengharamkan filem itu tidak akan menyelesaikan sebarang masalah kerana rakyat Malaysia berada dalam persekitaran bangsa dan agama yang berbeza. Kita hidup dalam negara pelbagai kaum dan agama, jadi kita perlu lebih bijak dalam menghadapi isu berkaitan keagamaan ini. Kalaupun filem itu diharamkan dipawagam, orang ramai masih boleh menontonnya di internet”. Begitulah kata Datuk Seri Zainuddin Maidin selaku Menteri Penerangan Malaysia.
Susunan Hak dan Batil
Benarlah kata Saidina Ali, “batil yang tersusun akan menewaskan hak yang tidak tersusun”.
Biar sebaik manapun hujah balas menteri ini, kebenaran penayangannya di negara ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.
Sewaktu Rosnah Mat Aris terlepas cakap dalam bahasa yang mungkin hanya difahami oleh dirinya saja, dan kemudiannya memohon maaf . Menteri itu ‘mengantung’ pelakon ini selama setahun. Dalam kes “Mulut Rosnah Mat Aris” ini, saya setuju dengan seorang sahabat penulis yang mengatakan Rosnah Mat Aris, wajar untuk dimaafkan dan dilepaskan daripada hukuman gantung kerja setelah dia dengan rela hati dan nampak bersungguh dalam pormohonan maafnya kepada Masyarakat Islam yang terasa dengan mulutnya.
Mungkin ceritanya lain tapi kisahnya tetap sama.
Sensor Yang Sudah Hilang Kuasa
Saya rasa kedua-duanya(Pencinta & Menteri Hadhari) ada poin masing-masing dalam hujah mereka. Pencinta yang mengorek isu tetapi ditimbus dengan tanah yang berlainan warna oleh Menteri Hadhari.
Soalannya, wajarkah sebuah negara yang mengaku Islam tidak menunjukkan rasa cinta kepada Islamnya ?. Saya percaya skrip Menteri Hadhari ini pasti berbeza sekiranya filem ini mempersenda atau menghina agama Buddha atau Hindu(yang mana menyinggung sahabat kita dari keturunan Cina atau India). Benarlah agaknya kalau filem ini diharamkan dipawagam, orang ramai masih boleh menontonnya di internet. Tetapi sebagai sebuah negara Islam yang bertamadun, berjatidiri, bermodal insan dan bermaruah, maka serlahkanlah Hadhariah negara ini kepada mereka yang dengan berani mempersendakan Islam secara terang-terangan.
Peranan yang dimainkan oleh ibu bapa dalam mengukuhkan akidah anak dijaga apabila nilai atau budaya dari siri-siri telenovela bermaharajalela di televisi tempatan. Iklan budak jahat juga dihentikan kerana membawa nilai dan pengaruh yang tidak baik kepada anak-anak kita. Sungguh mulia tindakan Menteri Hadhari ini. Syukran Ya Akhi, tetapi mengapa tidak menangani dengan cara yang sama terhadap serangan jahat Hollywood ini ?. Tidakkah pengaruh nilai dan pengaruh akidah yang dipertontonkan itu sama serius dari segi impaknya ?.
Mungkin susah benar agaknya mahu menunjukkan yang kita(Islam) ini kuat, maka kita dituntut(oleh Menteri hadhari tadi) supaya tidak lemah dengan melatah hanya apabila disajikan filem sebegini.
Kalau dengan membiarkan agama sendiri diperlekehkan, kalau dengan membiarkan Nabi yang wajib diimani dihina dan kalau dengan merelakan saja fakta dan sejarah yang diberitakan Allah di dalam Al-Quran dijadikan bahan humor bagi dipertontonkan dikira sebagai cara bijak bagi menangani isu yang berkaitan dengan agama, memang sahlah kata orang yang Islam Hadhari itu ada had dan ada harinya.
Sempena menyambut kemerdekaan 50 tahun yang penuh berkat ini, terimalah filem jahat yang menghina kita, “Evan Almighty”.
*Tanya seorang teman(bukan Islam), benarkah di Malaysia ini tak boleh hina Parti Pemerintah atau Menteri, tapi kalau hina Islam tidak mengapa ?

Saturday, July 28, 2007
Sunni + Wahabbi + Syiah
Mesej PERPADUAN masih belum kunjung usai. Ahlan Wasahlan padanya. Promosikan TAQRIB ini pada seluruh generasi ramai, kerana tiada apa yang dapat diharapkan daripada sikap ketua-ketua negara serta keseluruhan barisan kepimpinan negara-negara Islam yang ada. Mereka ketagih dengan mesyuarat, forum, pidato dan seminar. Terlalu banyak kebencian yang terlahir dari kesombongan mereka. Seruan Taqrib masih banyak tanda tanya. Ramai sudah muslimin dan muslimat yang mati tertelan racun Liberalisme sedang kita menantikan tindakan suci mereka. Sosio kehidupan madani dianggap mundur. Sisa pejuang yang ada pula gila membunuh diri demi mengejar syahid kononnya. Keakraban Salafi, Khalafi, Mu’tazilah, Jahamiyyah, Haruriyyah, Ja’fariyyah, Asy’ariyyah, Jabariyyah, Maturidiyyah, Qadariyyah, Wahabiyyah(Wahabi) ataupun Rafidhah(Syiah) semakin tercalar, jurang pendapat semakin jauh hingga menjadikan mereka terlalu sibuk berperang dengan tangan, bom dan lidah berbunuhan sesama sendiri. "Aula Fa Aula". Letakkanlah keutamaan kepada perkara-perkara yang lebih utama.
*DiBawah Entri "Akan Datang" -
Kepada si-Anonymous yang mahu saya berhenti - saya pertimbangkan...
Friday, July 20, 2007
Akan Datang
Thursday, July 12, 2007
Tuesday, July 10, 2007
Tuesday, June 19, 2007
Hebahan ! - Daku Sedang Menahan Sakit
Pembaca Sekelian,
Terima Kasih kerana memilih untuk menjadi pembaca warkah-warkah ringkas di blog ini. Bagi yang setia dan terus terusan memerhatikan palitan pena minda di sini, Kalungan Budi Harapan buat kalian.
Pembaca sekelian,
Di harap kalian akan setia menantikan warkah-warkah terbaru yang bakal muncul nanti...
Harap Maklum.
Sunday, June 17, 2007
Saturday, June 9, 2007
Cerita Cinta - Bukti Cinta Sejati
APAKAH anda ingin mengetahui atau menduga sejauh mana pasangan mencintai anda? Berikut adalah petua mengetahui cinta pasangan anda. Jika isteri ataupun pasangan menunjukkan sikap seperti di bawah ini, itu membuktikan cintanya terhadap pasangan sungguh mendalam:
· Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi perhatian antara satu sama lain. Selalu berbincang, berjenaka dan selalu bersikap lucu adalah satu komunikasi atau cara berkesan mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.
· Suami isteri yang saling mencintai akan menunjukkan cintanya dengan tingkah laku yang lemah lembut setiap hari. Ia boleh ditunjukkan dengan membantu menyiapkan kerja peribadi dan rumah tangga secara bersama.
· Pasangan suami isteri yang mencurahkan cinta dan kasih sayang, mereka selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta seperti sayang atau ‘I love you’ ataupun memanggil sesamanya nama kesayangan seperti sayang atau darling.
· Jika seseorang isteri betul-betul cinta terhadap suaminya, dia tidak akan melukai atau menyakiti pasangannya. Ia juga tidak mengungkapkan kata-kata yang menyinggung perasaan suaminya seperti: “Kamu tidak pandai mengurus badan” atau “Kamu terlalu gemuk atau kurus.”
· Suami isteri akan berhubungan dan berbicara secara baik dengan wajah yang berseri-seri dan sikap yang menyenangkan. Misalnya suami memeluk isteri sambil berjalan kaki ketika bersiar-siar kemudian pelukan itu disambut baik oleh isteri.
· Isteri atau suami mencintai pasangannya sesungguh hati yang biasanya perasaan itu kekal dan stabil.
· Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak akan berbicara atau memotong sebelum pasangannya habis berbicara. Dia akan berbicara apabila diminta untuk memberi cadangan.
· Suami isteri sanggup menerima kekurangan pasangan. Isteri yang sangat menyintai suaminya sanggup menerima hakikat keperibadiannya serta cara percakapan suaminya. Ia tidak sekadar menyintai suaminya kerana harta dan wang.
· Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia antara satu sama lain tetapi selalu berkongsi suka dan duka untuk menyelesaikan masalah bersama.
· Pasangan yang bercinta sedar perkara yang merunsingkan perasaan pasangannya. Mereka mengerti perasaan masing-masing. Misalnya isteri sedar jika menyampaikan masalah rumah tangga ketika suami letih akan menimbulkan kemarahan pasangannya.Ciri-ciri lelaki pilihan:
· Taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
· Mempunyai ilmu pengetahuan agama.
· Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
· Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup.
· Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran.
· Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalansunat.
· Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela.
· Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik.
· Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf. · Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isterinya.

Friday, June 8, 2007
Bahasa Melayu - Siapa Yang Peduli
Bahasa Melayu, Siapa yang peduli ?...
Bahasa Melayu, Siapa yang peduli ?...
Bahasa Melayu, Siapa yang pedulu ?...
Orang Politik kalau bercakap dan bertindak memang tak ikut akal, hanya ikut kuasa dan keegoan...
Apa kata nama ‘Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu’ itu ditukarkan menjadi ‘Pertubuhan Kebangsaan Malaysia Bersatu’, bukankah itu lebih majmuk dan lebih berimejkan semangat "Malaysia".
*Apa lagi yang Melayu-Melayu akan di buang selepas ini...?
Thursday, June 7, 2007
Sebuah Kisah Cinta Yang Hakiki
Sesungguhnya kecintaan kepada Rasulullah s.a.w dan Ahlul Bait itu seumpama mencintai Islam.
Ada Seksyenkah Dalam Islam ?
Dengarkan komentar Dr. Zakir Naik Tentang persoalan Mazhab dan Aliran, dan jangan berpecah belah lagi.
Hadapi Dengan Senyuman
Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja
Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah
Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang
Semua yang terjadi
Biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja
Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah
Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang
Ini adalah bait lagu Hadapi Dengan Senyuman dendangan Dewa.
Daku secara tidak sengaja terdengar lagu ini di Radio. Daku cuma dengar guna telinga ketika itu, daku tersentuh. Cuba kalian hayati bait lirik dan dengar dengan hati.
Wednesday, June 6, 2007
Lina Joy Tak Menang, Tapi Kita Tetap Kalah
Setelah keputusan dikeluarkan oleh Mahkamah, seperti yang saya jangka, ia pasti akan berpihak pada kita(yang menentang niat Lina Joy). Ada yang meraikan, dan tidak kurang juga yang rasa lega(tak perlu cerita apa reaksi mereka di Kem yang satu lagi). Tapi apa sebenarnya yang kita puaskan, keraian apa yang kita rayakan. Lina Joy tetap murtad dan kita tetap tiada kemampuan berbuat apa-apa mengenainya. Rasulullah s.a.w ada bersabda ;
“Tidak halal darah seseorang muslim selain daripada tiga sebab: berzina selepas menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan mengasingkan diri dari jemaah serta meninggalkan agama (murtad)”.
Dalam hadithnya yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda lagi ;
"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka hendaklah ianya dibunuh"
Dalam sejarah lampau(merujuk pada kes Natrah), seorang wanita Belanda yang telah memeluk Islam dan berkahwin dengan Mansor Adabi telah dipaksa oleh ibu bapanya keluar dari Islam(Murtad), dan menggunakan mahkamah British di Singapura untuk dibawa balik ke Belanda. Waktu itu ramai pemuda dan pemudi yang menzahirkan rasa marah mereka dengan berdemonstrasi dijalanan. Mereka semuanya tiada berkepentingan, ini bukan kisah politik, tapi mereka dengan berani melakukannya demi Islam dan memelihara maruah dan kesuciannya. Tapi kita pada hari ini berbeza, dengan hanya diskusi dan hadir ke Mahkamah dengan aman sahaja pun, masih ada yang minta kita supaya jangan emosi. Apa itu pun tak cukup sentimental dan tak beremosi ke Yang Berhormat Imam Islam Hadhari ?.
Ini sepintas lalu mengenai Lina Joy dan fakta kes beliau.
AZLINA JAILANI @ LINA JOY?
1. Nama asal: Azlina Jailani, pernah memohon pada tahun 1997 untuk ditukar kepada Azlina Lelani tetapi ditolak sebab beralasan telah tukar agama Kristian.

2. Permohonan kedua untuk tukar kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan Kad Pengenalan Baru tertera perkataan Agama Islam.
3. Ayah bernama Jailani bin Shariff dan ibu bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan hidup sebagai Muslim.
4. Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu keturunan Jawa, berumur 42 tahun.
5. Mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11-May-1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau.
6. Telah beberapa kali dipanggil dan dinasihatkan oleh Majlis Agama berkenaan kemurtadan beliau, tetapi beliau mempertahankan yang pilihan keluar dari Islam adalah kehendak sendiri dan telah dimaklumkan pada kedua ibu bapa.
7. Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya.menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur.
FAKTA KES
1. Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan sebab di dalam Kad Pengenalan masih tertulis beragama Islam walaupun beliau berjaya menukar nama dalam Kad Pengenalan kepada Lina Joy.
2. Berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2000.
3. Permohonan tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan memperakui beliau keluar Islam.
4. Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak membenarkan (MENGHARAMKAN) seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.
5. Permohonan bermula di Mahkamah Tinggi tahun 2000, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 19-Septemebr-2005, dan keduanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah untuk membenarkan beliau keluar dari Islam dan membolehkan dibuang perkataan Islam di dalam Kad Pengenalan.
6. Setelah semuanya tidak berjaya, peguambela, Dato’ Dr Cyrus Das, juga bekas Presiden Majlis Peguam, berjaya mendapat kebenaran untuk kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan.
7. Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-Muslim ~ Ketua Hakim Tun Fairuz, Dato’ Alauddin, & Dato’ Richard) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan, HINGGALAH Majlis Peguam yang di ketuai oleh Peguam Malik Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain, yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi hujah & bersuara, dan DIBENARKAN oleh mahkamah yang terlibat.
8. Itu adalah permulaan isu ini dibesarkan yang mana tidak pernah dalam sejarah perundangan negara peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam Mahkamah.
9. Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak & kuasa Mahkamah Syariah TETAPI memberi hujah bahawa Lina Joy adalah berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
10. Isu Mahkamah Syariah seperti yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu sudah tidak releven lagi pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan.
11. Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-Mulsim atas nama kumpulan Artikel 11 & Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinisikan perkataan "person" (individu) yang terkandung di dalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as per sey, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya.
12. Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia penghujahan yang sebegitu berani & bersikap kurang ajar yang dilakukan untuk menghuraikan definisi tersebut bagi menguraikan ikatan Islam mengikut kefahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan & syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam.
*Kisah semacam ini nampaknya macam dah habis, tapi sebenarnya tak pernah akan habis.
**Banyak yang sudah berubah, tapi undang-undang dan Mahkamahnya masih zaman penjajah.
***Dalam hal politik kita dituntut beremosi, tapi bila hal agama kita jangan.
Tuesday, June 5, 2007
Tragedi Seribu Makna
Ada Sesuatu yang menimpaku Jumaat lepas. Ini sedikit gambaran tentang peristiwa hari Jumaat itu. Doakan agar daku kembali seperti dulu ya... dapat berjalan dan berlari kembali demi mengusahakan hidup.
*P/S : Terima Kasih banyak kepada semua yang meluangkan masa menziarah di Hospital. Terutama pada yang menjaga kerenahku di sana.
Friday, June 1, 2007
Tak Tahukah Yang Tuhan itu Melihat ?
Tanpa ada perasaan segan mahupun ketakutan
Dengan pengabaian dan meninggalkan kesopanan kesusilaan
Kau segar meniup serunai permusuhan
Sedang ada manusia ditiap pepenjuru alam yang memuja dan memuji tuhan
Mengalunkan kata-kata baik nasihat serta selawat
Mengapa kebencian yang kau tiup-tiupkan
Mengapa api yang kau jadikan bahan permainan
Beradab dan bertanggungjawablah seketika demi Tuhan
kerana aku hanya mahu jadi kekasih jadi kawan
Kehidupan ini terlalu pendek untuk kita sempitkan
Kehidupan ini terlalu luas untuk kita jumudkan
Marilah kita bersama dengan Jemaah Rasulullah
Bersama dengan barisan Baginda Nabi dan para Sahabat
Berpaut dengan kuat dan berpegang dengan erat pada tali Allah
Bersama merasa nikmat cinta ciptaan Tuhan
Beramai bersama dengan ajaran Nabi tentang kecintaan
Manusia yang mampir dengan hujah nasihat itu akan mati

Kau yang selalu "mencepleskan" aku juga sedang mengejar hari mati
Jadi mengapa ilmu yang ada dibuang tanpa dikongsi
Mengapa kebijaksanaan yang ada malah jadi duri
Mari kita kembali
Kembali kepada Allah dan kembali ke ajaran Nabi
Bunuhlah segala rasa kebencian
Matikan segala kemarahan
Jangan ada perbalahan tiada tanggungjawab melalui jarimu lagi
Jangan ada sia-sia lagi dalam menulis
Jangan ada sia-sia lagi lewat jari-jemari
Mari sambut berpesan dengan kebenaran dan keadilan
Sungguhkan semua kerana Tuhan
Thursday, May 31, 2007
Yang Bertudung Itu Lebih Sombong… ?
Benarkah wanita yang bertudung itu lebih sombong daripada yang tidak bertudung ?. Ataupun tudung itu satu isu, dan sombong itu pula satu isu yang lain.
Apabila ada yang berkata, “mengapa Allah masih belum beri jawapan walaupun sudah bertahun aku solat istikharah kepadanya”. Saya terus teringat akan cerita seorang teman kepada teman saya. Katanya, “apabila sekiranya seseorang itu berada didalam keadaan dilema untuk memilih teman(kekasih), mereka rajin solat istikharah, tapi mereka bukannya ketemu jawapan, malah mereka makin serabut dan buntu. Jadi apa kata buat begini. Tuliskan nama-nama orang yang kita dilemakan itu di atas beberapa kepingan kecil kertas, kemudian gulung setiap kertas tadi dan letakkan dibawah sejadah tempat kita mahu lakukan solat istikharah. Kertas yang tertulis nama si dia yang paling kita berkenan sekali, kita letakkan gulungan itu ditempat yang paling hujung sekali(tempat strategik yang paling mudah untuk kita capai). Kemudian dirikanlah solat istikharah dan apabila selesai solat, rabalah tangan dibawah sejadah tadi dan buatlah cabutan terhadap kertas-kertas yang bertulis nama tadi”. Pasti anda dapat jawapannya dan gerenti puas hati.
Saudari pembaca,
Kalau ada yang terkejut, tak mengapa. Saya lebih terkejut dengan soalan-soalan pelik yang mereka ajukan kepada tuhan mereka sendiri. Ini bukanlah bidaah ciptaan teman kepada teman saya itu, tapi dia menunjukkan sikap sinisnya terhadap isu ini. Kita terus-terusan bertanya mengapa panggilan kita tidak disahut tuhan apabila diperlukan. Mengapa tak bertemu dengan jawapan ?, mungkin kita hanya nampak perkara-perkara yang fakta sahaja. Hinggakan hikmah Allah tak mampu kita baca atau tafsir. Allah berfirman didalam surah Al-A’Raaf, ayat yang ke 55 ;
“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”
Sememangnya kita menyedari yang sesungguhnya kita ini hanyalah hamba tuhan yang lemah lagi tidak berdaya. Jadi apabila kita menghajati sesuatu, kita meminta pada si dia yang maha kuasa. Tapi adakah ianya kena dengan gaya, cara, diri, sifat, sikap dan adabnya ?. Atau mungkin kalau sekiranya Allah memberikan jawapan secara fakta sekalipun, kita masih seakan tidak nampak kerana jawapan yang diberikan Allah itu tidak selari dengan kehendak si pemohon.
Firman Allah didalam surah Al-Baqarah ayat 186 memberikan sedikit jawapan kepada soalan tadi. Allah berfirman mafhumnya ;
“Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu mengenai aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya aku(Allah) sentiasa hampir(kepada mereka) ; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku(dengan mematuhi perintahku), dan hendaklah mereka beriman kepadaku supaya mereka menjadi baik serta betul”.
Allah berfirman lagi didalam surah yang lain, iaitu dalam surah Al-Ghafir, ayat yang ke 60 ;
Dan Tuhan kamu berfirman : “Berdoalah kamu kepadaku nescaya aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina”.
Jadi jawapannya ada pada diri si pemohon itu sendiri. Kesombongan, riak dan bongkak akan mencacatkan segalanya. Kalau sekiranya kita kerap ke Masjid, selalu berjemaah dan rajin bersedekah lalu dengan itu kita merasakan yang diri kita sudah cukup benaran baiknya, itulah sebenarnya kesombongan. Dan jika kita merasakan usaha kita sudah cukup gigih, kuat, dan hebat, yang mana cuma Allah sahaja yang masih belum mahu menyahut permohonan dan seruan kita dengan jawapan, maka itulah yang dinamakan riak dan bongkak. Nah, buka lagi mata agar hati kita juga dibuka sama, kerana dalam hal ini, Allah menyatakan dengan jelas sekali didalam surah Al-Alaq, ayat 6-7, Allah menyebut mafhumnya ;
“Ketahuilah ! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, kerana dia melihat dirinya serba cukup”.
Iya, benarlah Allah itu menurunkan sesuatu penyakit beserta dengan penawarnya, tetapi penawar itu tidak semestinya ubat. Kerana ia boleh jadi saja dalam bentuk lain seperti hukuman ataupun undang-undang. Namun tujuannya tetap satu, iaitu menjadi penawar kepada penyakit. Begitulah Sunnatullah yang penuh hikmah.
Rasulullah s.a.w ada bersabda ; mafhumnya ;
“Ada tiga perkara yang akan membawa kepada kehancuran : iaitu sifat kikir yang diperturunkan, hawa nafsu yang diikutkan dan kagum terhadap diri sendiri”.
Saudari pembaca,
Biarpun kita mempunyai tiga gulung ijazah sarjanamuda, dua gulung sarjana dan satu PHD. Mana mungkin kesarjanaan, prinsip, kefalsafahan, idea dan bakat kita menafsirkan teori atau membina teori sendiri itu mampu untuk setanding dengan kitab Allah dan wasiat rasulnya.
Jangan kita jadi seperti iblis sepertimana yang dibicarakan oleh Allah didalam surah Al-A’raaf ayat 12 itu. Nasihat jangan dibunuh dengan kesombongan. Takabbur, bangga diri, angkuh dan ponggah adalah penyakit rohani yang makan dalam dan makan tahun untuk diubati. Jadi jangan kita suburinya lagi.
Daripada hujah tadi dipetik maka ada yang bersuara, yang bertudung itu lebih sombong daripada yang tidak, ramai dari golongan yang bertudung itu mengaku diri mereka baik dan berugama. Malahan ada juga sekelompok kecil mereka yang rajin solat, puasa, sedekah dan kiammullail merasakan diri mereka sangat-sangat dekat dengan Allah tetapi selalu tertanya-tanya mengapa soalan didalam solat istikharah mereka masih belum terjawab. Tidak kurang juga antara mereka yang menjadi manusia teoritikal lalu dicocok-cocok fikiran mereka kedalam agama. Segalanya difahami dan ditafsir secara harfiahnya sahaja, maka segalanya mesti logik dan boleh diterima akal(termasuklah perkara-perkara yang ghaib, yang tak di capai akal cetek manusia).
Saya akhiri dengan pengakuan Imam As-Syafie yang secara terbuka mengakui bahawasanya dialah manusia yang paling berdosa dimuka bumi ini. Apatah lagi kita…

Takut-takut kalau inilah gejalanya, akan lahirlah nanti lebih ramai Lina Joy di luar sana...
Wednesday, May 30, 2007
Wahai Hizairi...
Saya teringin untuk membawa pembaca untuk terkenang sejenak pada seorang insan unik, seorang manusia luar biasa yang bersungguh dan kuat dengan apa yang diusahakannya. Seorang yang bersungguh-sungguh berjuang dalam apa yang beliau rasa dan percaya. Senantiasa menegakkan prinsip dan falsafahnya demi untuk bangsa, agama dan dunia. Pasti member-member MPR & teman-temannya di UM kenal dengan perangainya. Insan yang saya maksudkan ialah Hizairi Othman, seorang penulis yang juga merupakan anak kepada penulis terkenal iaitu Allahyarham Othman Puteh.
Beliau pernah mengungkapkan perkataan ini ;
"Penulisan ialah keseronokan yang menyeksakan. Digelarkannya suatu kembara diri istimewa yang banyak membantu dalam proses kematangan insan, selain membancuh definisi tersendiri kepada makna kehidupan. Serentak dituntutnya kesabaran, kudrat mental dan fizikal serta visi yang tak pernah surut. Cabarannya menggunung, bergelojak dengan keperluan mutakhir dan menjadi kewajipan penulis yang baik dan sentiasa mahu meningkatkan diri untuk menyahut cabaran terbentang. Karya era baru seharusnya bijak berilmu selain menghibur. Tiba masanya penulis berfikir, bersikap dan bekerja secara profesional, seterusnya dapat disuntik maruah kepada dunia penulisan dan profesion penulis."
Tuhan,
Kemana perginya dia sekarang…

Tuesday, May 29, 2007
Ajak Dan Ajarilah Aku Wahai Musuh !!!
Allah SAW telah berfirman didalam surah A-li Imran ayat 149-150.
Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu mentaati orang-orang yang kafir itu, nescaya mereka mengembalikan kamu kebelakang(kepada kekafiran), lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi. Tetapi(ikutilah Allah), Allah-lah pelindungmu dan Dia-lah sebaik-baik penolong.
Ingatan Allah ini telah kita kucilkan saja hari ini. Kita ketepikan sepertimana kita ketepikan hama di riba. Kita butakan mata dan pekakkan telinga dari kalam Allah yang di mahsyurkan sebagai mukjizat teragung buat Baginda Rasulullah SAW.
Umat Islam hari ini berkecenderungan melampau terhadap idea kesarjanaan dan kefalsafahan barat. Dari segenap apa juga segi dan bentuk, baik corak kepimpinan atau politik, sastera atau sains, undang-undang atau hukum, sistem pendidikan atau corak sosial dan masyarakat. Segalanya berkiblatkan barat. Seni dan hiburan kita juga tercorak daripada gelombang revolusi mereka. Maka jadilah kita dalam mereka pada hari ini.
Kemodenan tidak pernah salah pada kita, tapi kitalah yang menzalimi kemodenan itu dengan cara bodoh akibat kejahilan sendiri. Kita mengisi releven zaman dengan perkara-perkara ‘lagha’. Mengimarahkan program-program yang mematikan hati dan memeriahkan slot nasihat dan kejiwaan dengan intisari-intisari yang melemahkan jiwa.
Masyarakat Melayu sejak sekian berzaman dahulu lagi sudah terbudaya dengan makan sireh. Tetapi apabila si ‘Cowboy’ hisap rokok, kita pun nak hisap sama. Bila mereka kata 14 Februari itu adalah hari kekasih, maka kita ramai-ramai beli bunga dan menyambutnya. Ada juga si Muslim moden yang bila tersendawa kenyang, ungkapan “Alhamdulillah” itu diganti pula dengan “Excuse me” sahaja.
Rock lebih baik dari lagu asli, rap lebih menarik dari zapin, hip-hop lebih elok dari joget. Kita menelan semua tonik beracun mereka tanpa guna penapis agama dan jaring rasional budaya. Kebudayaan dan adat sendiri akhirnya jadi mangsa setelah diturunkan darjat oleh pembudayanya sendiri.
Jangankan kata ada rasa cinta pada agama, pada adat dan budaya sendiri sahaja pun tidak sedikit ada perasaan peka. Jadi “Hadhari” apanya kita ni ?. Allah SAW dalam surah A-li Imran ayat yang ke 31-32 ada berfirman ;
Katakanlah, “Jika kamu(benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu”. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Katakanlah, “Taatilah Allah dan Rasulnya; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir”.
Saya memetik juga kata-kata seorang Ilmuan Islam Nusantara iaitu Prof. Dr. Hamka, katanya ;
“Ambillah sesuatu yang baik, walaupun ianya datang dari barat, dan buanglah sesuatu yang buruk walaupun ianya datang dari kalangan kamu sendiri”.
Saya setuju dengan Prof. Dr. Hamka. Dan Saya mengakui, tidak semuanya yang datang dari barat itu buruk dan bukan semua yang ada pada kita itu baik.
Jadi saringlah hanya yang terbaik untuk jadi lebih baik dan tinggalkan segala kesesatan yang telah sekian lama mereka sisakan pada kita. Berhentilah daripada merasa hebat dengan segala buah kaki barat. Hentikan daripada terus menerus menzalimi kemodenan dengan sentiasa beralasan dan beridea dangkal terhadapnya.

Friday, May 25, 2007
Anakku Sayang
Thursday, May 24, 2007
Cerita Tentang Pendidikan
Oleh Sofwah
Mudah-mudahan ada yang membaca ruangan ni dan kita sama-sama fikirkan jalan keluarnya. Dan ana khususkan saja pengajian kanak-kanak (kerana harus bermula di peringkat itu) tanpa menyentuh peringkat pengajian tinggi sebab nanti makin panjang lagi nanti komentar ini :)
1. Cara pembelajaran
Ana tak pasti zaman enta dan bagaimana keadaannya di M’sia sebab ana belajar di luar negara… Tapi, cara pembelajaran dalam pendidikan Islam yang pernah ana alami ialah:

Menghafaz segala fakta yang adaKemudian,
peperiksaan
Lupa
Hafaz lagi
Periksa
Lupa lagi
Hafaz
Periksa
Lupa
Begitulah proses pembelajaran zaman itu.Apa yang ana maksudkan berpaksikan tauhid ialah pertama sekali pembelajaran yang bukan berdasarkan hafalan dan peperiksaan tetapi penghayatan yang bermula dengan keimanan. Apabila menghafaz sesuatu hendaklah difahami dan dihayati apa yang dihafalkan. Kekadang, yang dihafaz itu berbagai-bagai, tetapi yang benar-benar dihayati tidak seberapa.
Sebelum ada yang terkeliru, ana ulangi. Bukan langsung jangan hafaz, cuma, harus dengan penghayatan. Cth: Hafaz Qur’an dengan meneroka ulum al-Qur’an sekali dan menghayati mesej Qur’an dalam kehidupan seharian.
Kedua, proses pembelajaran juga harus menekankan ketauhidan daripada tentang hukum. Tanamkan cinta kepada Allah s.w.t dan Rasul s.a.w dari kanak-kanak itu kecil supaya dia ada compass Aqidah. Kemudian, bila diajar halal dan haram, compass Aqidah itu yang akan membantunya. Tak guna, kita katakan berkali-kali haram itu, halal ini, tetapi, pelajar tidak faham kenapa diharamkan atau dihalalkan sesuatu.Ana pernah ditanya oleh mereka yang sudah bekerja dan baru ber”pacaran” tetapi lulusan ugama, “Benar ye, tak boleh pegang tangan? Mengapa, ye?” Inilah aqibah dari menghafaz saja topik halal dan haram tanpa pembinaan aqidah dalaman.
2. Isi Kandungan Pembelajaran

Kekadang, kandungan yang diajarkan tidak mengena atau tidak tepat mengena dengan fasa pembelajaran. Contohnya, pelajar dalam darjah rendah sudah hafaz tentang berbagai jenis zakat. (Zaman ana).Adakah pelajar rendah sudah ada kebun sendiri dan sebagainya untuk bayar zakat?Bukankah, ada kandungan yang lebih penting yang boleh dimuatkan, contohnya, menceritakan rahmah dan kasih sayang Allah kepada mereka supaya mereka sayang dan cinta pada Allah dan Rasulnya.Dari kanak-kanak lagi, kita harus mendedahkan konsep ketauhidan untuk membina compass Aqidah ini.
Sukatan isi kandungan pelajaran bolehlah dikurangkan supaya kita boleh memupuk nilai-nilai dan prinsip-prinsip Qur’an dan sunnah dalam kehidupan kanak-kanak itu. Bukan setakat menghafaz seberapa banyak kandungan yang boleh kerana hanya menjadi teori yang tak boleh digunakan. Walau menghafaz segunung teori pun, ana takkan katakan sudah terdidik dengan ciri ketauhidan…Teori tanpa amal sama macam contoh “ilmu bilaa amal…”
3. Metodologi
Hari ini, ada banyak pendekatan pengajaran yang mengambil kira proses pembangunan menyeluruh. Contohnya, teori pendekatan dimana kanak-kanak tidak harus menduduki peperiksaan tetapi diawasi perkembangannya melalu berbagai cara lain. Dengan ini, kanak-kanak tidak perlu menghafaz tetapi guru dan ibu-bapa dapat melihat pengetahuan dan perkembangan peribadi pelajar itu.Di samping itu, melalui metodologi-metodologi terkini, guru dapat memupuk keterbukaan pemikiran, menanam nilai sejagat (perpaduan, kasih-sayang), mentarbiah akhlak dan sebagainya.
Kita fokuskan kepada pembangunan menyeluruh kanak-kanak tersebut. Bukan hanya samada dia dapat menjawab soalan periksa dengan baik.Kalau kita dapat gunakan pendekatan sebegini, mungkin, kita ada harapan melahirkan generasi akandatang yang berpegang teguh Qur’an dan sunnah dan terbuka pemikirannya. Mudah-mudahan hilanglah masalah-masalah yang enta tuliskan didalam blog ini.
4. Persekitaran/konteks
Ada negara-negara lain seperti Pakistan dan India yang mengamalkan system menghafal ini tetapi mereka tetap melahirkan ulama’. Dalam soal ini, bi’ah amat penting. Di Malaysia, kanak-kanak terlalu terdedah kepada pelbagai anasir luaran. Pasti ada huraiannya, inshaAllah, tapi kalau nak bahaskan ini saja, makan ruang lagi :)
5. “Istilah” pendidikan

Adakah “pendidikan Islam” itu suatu proses menghafaz teori mengenai Islam hingga lulus periksa? Atau pendidikan Islam ialah suatu proses membentuk peribadi muslim yang terbaik, mencontohi Rasulullah s.a.w?Apakah falsafah pendidikan Islam?Persoalan-persoalan ini penting dan bolehlah kita lakukan bersama melalui pencarian ilmu dan pembacaan meluas, inshaAllah.
Ada sebuah institut di Malaysia yang sedang melaksanakan sistem pembelajaran yang berbeza daripada pendidikan konvensional:http://www.islamic-world.net/khalifah.phphttp://caliph.wordpress.com/2006/04/ Tak terfikir saat ini kalau ada yang lain. Mungkin kalau sesiapa membaca, boleh membantu dan beritahu...
Ana pernah menghadiri ceramah mereka dan amat tertarik dengan pendekatan mereka kepada pendidikan Islam. Ana pernah sendiri mendengar respons baik dari ibubapa. Walaupun sebagai pendidik berpengalaman, ana rasa banyak lagi yang boleh dielokkan lagi. Ana terima mana yang baik dan ana perbaiki lagi mana yang ana rasa harus diperbaiki.
Begitulah pandangan ana yang cetek ini. Banyak lagi yang tak tertulis kerana isu ini memang isu yang luas…
Terima kasih beri ana peluang bercerita serba sedikit bab pendidikan ni…

Wallahu a’alam.
Wassalam.
*Tulisan ini adalah hasil penulisan seorang blogger ; Sofwah.
Wednesday, May 23, 2007
Tuesday, May 22, 2007
Salah Pendidikan ?
Kalau mahu seks, ada yang berikan kondom percuma,
Kalau mahu menagih, ada yang berikan jarum percuma,
Kalau mahu merempit, ada yang berikan trek percuma,
Pendidikan, dimana silapnya ?
Monday, May 21, 2007
Sampai kapan Lagi Nih !!!
Friday, May 18, 2007
Jumaat
Jumaat… Engkaulah penghulu segala hari, di dalam engkaulah Allah melimpah dan menaburkan segala kurniaannya, hari dimana nabi Adam a.s. di cipta, hari dimana segala doa dan permohonan dikabulkan, engkaulah hari yang dijanjikan Allah dimana peristiwa kiamat akan berlaku, dan Allah akan mengizinkan ahli-ahli syurga untuk mengunjungi syurga mereka. Jumaat… para Malaikat menamai engkau sebagai hari penambahan dek kerana keterlaluan banyaknya pintu rahmat yang dibuka pada hari ini, hari Jumaat.
Hari ini hari Jumaat. Ada sedikit cerita mengenainya ;
Setibanya Rasulullah s.a.w dan rombongan sahabat di Madinah. Rasulullah s.a.w tinggal di satu tempat yang bernama Quba. Rasulullah s.a.w menetap di Quba selama empat hari. Di Quba, Rasulullah s.a.w telah mendirikan sebuah masjid yang dinamai Masjid Quba. Rasululullah s.a.w keluar dari Quba pada hari Jumaat, dan apabila masuknya waktu Zohor, Rasulullah s.a.w mengerjakan solat Jumaat bersama dengan rombongan sahabat di masjid keluarga Banu Salim Bin Auf. Solat Jumaat itu adalah solat Jumaat yang pertama kali dilakukan di Madinah.
Hari ini hari Jumaat. Ada sedikit cerita ironi mengenainya ;
Hadiah Jumaat ini di calari dengan keingkaran hamba Tuhan yang lebih senang betah di restoran atau “Shopping Mall” daripada rumah Tuhan mereka. Merekalah lelaki-lelaki belia yang gagah dan kuat berjasa pada negara. Ada yang masih berjual dan berbelian, ada yang redakan desakan minda dengan jalan-jalan, ada yang tenangkan hati yang gundah dengan lepak-lepak sambil cuci mata. Yang bercinta ‘berdating’ dan yang resah pula berjuang di arkid-arkid permainan video. Al-Jumu’ah ayat 9, tak ketemukah kita ?
Hari ini hari Jumaat, Ada bermacam cerita mengenainya.

Wednesday, May 16, 2007
Selamat Hari Guru - Terima Kasih Cikgu
Tuesday, May 15, 2007
Mazhab Dan Aliran Sesat – Wahai Sang Bloggers Jangan Berdiam Lagi !!!
Tahniah kepada sebuah akhbar aliran perdana kerana telah membuat pendedahan mengenai kegiatan segelintir orang-orang seni yang menyebarkan fahaman karut melalui karya-karya mereka(sudah sekian lama saya menantikannya). Inilah yang saya sebutkan sebagai karya-karya bermazhab sesat yang sarat dengan mesej-mesej yang menyesatkan(ada dalam entri mengislamkan panggung).
Memang karya mereka indah dan menyeronokkan, manakan tidak, kalau melayari kehidupan di dunia bagaikan syurga pasti saja segalanya seperti berada di alam pelangi. Garapan dan skema sentuhan berunsur ‘trend’ yang sememangnya menjadi anutan belia masakini menjadikan karya mereka berada pada piawai yang baik, relevan, menarik dan dirasakan dekat dengan masyarakat khususnya golongan ‘target’ mereka iaitu remaja.
Berbangsa Melayu dan dilahirkan sebagai Islam. Mereka ini memilih fahaman ‘freethinker’ sebagai pengganti kepada agama mereka. Dengan berlatarbelakang pendidikan yang baik, mereka memperjuang hidup sebagai orang seni. Penulis, penyajak, pelakon, pengarah, pemuzik jalanan atau artis seni visual, sesungguhnya mereka adalah insan seni yang kreatif, sensitif, halus dan dekat dengan masyarakat. Mereka juga dikenali sebagai manusia yang mempunyai daya juang yang tinggi.
‘Freethinker’ beraliran agnostik, atheis atau rasionalis, mereka kebanyakannya terpengaruh dengan beberapa tokoh falsafah barat seperti Friedrich Nietzsche, Soren Kierkegaard, Lord Byron, Karl Marx dan beberapa tokoh lain lagi. Dengan menjadikan karya penulisan beberapa tokoh tadi selain buku-buku penulis berhaluan kiri Indonesia sebagai ‘kitab’, mereka ini juga dipercayai mendapat bantuan kewangan daripada NGO luar negara yang sentiasa memberikan insentif kepada sesiapa sahaja yang mahu merosak, mencemar dan memusnahkan Islam dan PERPADUANnya serta nilai budaya dalam masyarakat timur.
Mempercayai bahawa tuhan tidak wujud dan manusia berkuasa penuh terhadap nasibnya sendiri, mereka ini memperjuangkan apa yang mereka imani, didalam nashkah-nashkah teater dan penulisan drama, filem dan blog mereka. Mereka juga bergerak sebagai aktivis dan pejuang hak asasi manusia yang merasakan masyarakat Melayu Islam di Malaysia kini dihambat oleh hukum agama dan budaya timur yang sudah ketinggalan zaman.
Nah… Saudara saudari ku, apa yang kalian tunggu lagi…
Saya mengambil kesimpulan yang dibuat oleh Imam Habib Abdullah Haddad dalam satu kitab karangannya-‘An-Nashaaih Ad-Diniyah Wal-Washaaya Al-Imaaniyah”, Bab-Bagaimana Mengubah Munkar ?. Imam Habib Abdullah Haddad menyimpulkan seseorang itu hendaklah menjalankan tugas amar ma’aruf nahi munkar dengan apa cara perlaksanaan sekalipun. Hendaklah kita sentiasa membela agama kita yang suci, dan jangan sekali-kali mencari alasan yang tidak betul untuk meninggalkan tugas ini sama sekali, kerana tidak ada jalan lain lagi bagi kita untuk meninggalkan sesuatu yang telah diwajibkan Allah.
Saya mengambil tiga nas sebagai hujjah bagi menyokong sikap saya terhadap apa yang dikatakan oleh Al-Imam Habib Abdullah Haddad. Allah berfirman didalam surah Luqman: ayat yang ke 17 ;
“Perintahlah orang supaya berbuat baik dan laranglah ia dari berbuat jahat, serta bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perintah yang sungguh-sungguh.”
Dalam Surah Al-Imran ; ayat yang ke 104 dan 110 ; Allah berfirman lagi ;
“Wajiblah ada di antara kamu sesuatu umat(golongan) yang menyeru(manusia) kepada melakukan kebaikan, menyuruh berbuat yang baik dan melarang berbuat jahat. Mereka itulah orang-orang yang berjaya(bahagia).”
(Al-Imran : 104)
“Kamu sekelian adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk kepentingan manusia, kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat kejahatan, dan kamu beriman kepada Allah.”
(Al-Imran : 110)
Saudara saudariku,
Sesungguhnya kelompok golongan yang menyesatkan ini sedang giat mengatur strategi dalam gerakan mereka. Sungguhpun kumpulan ini masih dianggap minoriti dan dianggap tidak merbahaya oleh sesetengah pihak, mereka tetap masih punyai taring dan misi penyebaran yang sudah terbukti berhasil.
Sedang kita sibuk dengan dunia, mengejar kedudukan, pangkat dan harta. Jangan pula kita buat-buat buta akan azab zaman moden yang dibawa oleh ejen-ejen musuh ini. Fikirkanlah masa depan anak-anak kita. Mereka yang dibuai dengan keseronokan dan hiburan, seharusnya dipaut dan diikat dengan prinsip, kesarjanaan dan kefalsafahan agama. Mudah-mudahan mereka kebal dengan peluru-peluru musuh nanti.
Marilah kita bersama buat kerja untuk agama. Suburkan nilai semangat Islam dalam personaliti, prinsip, keluarga, masyarakat, pimpinan dan kerja sehingga tersebar ke nashkah-nashkah penulisan, pentas, drama, filem dan segala apa juga hasilan seni yang dekat dengan masyarakat ini. Agar akhirnya nanti seruan Ad-Din yang di bawa Islam dalam kehidupan masyarakat tertegak kukuh kembali.
Marilah kita bersama-sama memartabat dan memperkasakan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dalam gerakan pembudayaan syariat – Jangan durhakai Allah dan Rasulnya lagi.
Bersama awas dan perangi mereka… Allahuakbar !!!
* Semoga lebih ramai blogger yang sentiasa menyelitkan mesej-mesej Islam dalam blog mereka.
Monday, May 14, 2007
Saturday, May 12, 2007
Selamat Hari Ibu
Ibu, ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu
Ibu, ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu
Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyinari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu
Ibu, ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu
Friday, May 11, 2007
Jalan Yang DiHalang-Siapa Yang Bodoh Dan Siapa Yang Diperbodoh
Di dalam entri saya sebelum ini-iaitu entri “Jalan Yang Secara Bodoh DiHalang ; Siapa ?”. Secara sengaja saya tonjolkan sikap orang kita hari ini yang mendurhakai nabi serta memperlekehkan apa yang Baginda Rasulullah s.a.w sabda dan wasiatkan kepada kita ummatnya.
Kali ini, saya memperlihatkan lagi sebuah catitan hitam tentang kejahilan kita. Atau mungkin saja kali ini kita mendurhakai Allah pula. Apa ceritanya, begini…, Allah berfirman di dalam surah Al-Imraan, ayat yang ke 28 ;
“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi pemimpin dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan(larangan) yang demikian maka tiadalah ia(mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu yang bahaya yang ditakuti dari pihak mereka(yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan dirinya(menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali”.
Allah secara terang-terangan menjelaskan kepada kita(orang Islam) tentang perintahnya, supaya memilih pemimpin dari kalangan kita sendiri(orang Islam). Jadi mengapa hari ini kita mengangkat dan menyerahkan amanah kepimpinan kita kepada seorang hindu, seorang buddha atau kepada seorang kristian bagi mewakili suara untuk memperjuangkan hak kita ?.
Imam Al-Ghazali di dalam sebuah kitabnya-“Bidayatul Hidayah”, menjelaskan tentang kewajipan orang-orang beriman untuk mengimani ‘Shirath’ dan ‘Telaga Al-Haudh’ ;
Shirath – Shirath adalah jambatan yang terentang di atas tengah-tengah neraka jahannam. Ia lebih tajam daripada pedang dan lebih halus daripada rambut. Dengan kehendak Allah, maka tergelincirlah tumit dan kaki orang-orang kafir dan mereka jatuh ke neraka Jahannam. Tetapi dengan kurnia Allah, akan tetaplah diatasnya segala tumit dan kaki orang-orang yang mukmin. Maka dipersilakanlah mereka memasuki syurga – negeri yang abadi.
Telaga Al-Haudh – Al-Haudh ialah telaga Nabi Muhammad s.a.w yang didatangkan dari syurga. Airnya akan diminum oleh orang-orang mukmin setelah melintasi Shirath sebelum mereka memasuki syurga. Dengan seteguk sahaja kita tidak akan dahaga buat selama-lamanya. Keluasan telaga itu adalah dikirakan perjalanan satu bulan lamanya. Airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu. Disekelilingnya disediakan cangkir-cangkir sebanyak bilangan bintang-gemilang di langit. Terdapat dua saliran air yang mengalir masuk ke dalamnya yang berpunca daripada telaga Al-Kautsar.

Dengan pendurhakaan ini adakah kita mampu lepas dari Jambatan Shirath dan mendapat syafaat Baginda Nabi dengan meneguk air dari Telaga Al-Haudh ?. Dengan pendurhakaan terhadap firman dan perintah Allah, juga pendurhakaan terhadap sabda dan wasiat Rasulullah s.a.w, mari kita sama-sama muhasabah dan tanyakan pada diri, hamba dan ummat jenis apakah kita ini ?. Mengakui beriman dan bertuhan tapi ingkar. Mengakui beriman dan berasul tapi curang.
Adakah kita mahu mencontohi negara Palestin, yang secara kronologi dari sejarahnya sekiranya dilihat, apa yang berlaku pada mereka hari ini adalah kerana kesilapan mereka yang lampau. Ini kerana mereka memberikan amanah dan hak kekuasan kepada orang Yahudi. Kita tahu “Think Tank” Israel pada waktu itu secara muslihat telah dengan sengaja menaikkan harga hartanah di Palestin, maka berbondong-bondonglah rakyat Palestin menjualkan tanah mereka kepada orang-orang Yahudi kerana mahukan imbuhan wang yang banyak, hinggakan ulama di sana pada waktu itu terpaksa mengeluarkan fatwa bahawasanya perbuatan jual beli itu adalah tidak sah dan haram. Dan apabila suara ulama dibakul sampahkan, maka hasilnya terlihatlah pada negara Palestin hari ini-Inikah yang mahu kita contohi ?.
Saudara-saudaraku, janganlah kalian mendengar pada suara-suara serong. Kerana orang-orang yang bersuara serong ini telah disabdakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w sebagaimana berbunyi ;
“Aku, selain daripada dajjal yang aku lebih takuti kamu akan terpikat kepadanya itu. “Siapakah dia itu wahai Rasulullah ?”, tanya seorang sahabat yang hadir. “ iaitulah ulama ‘us-su’-ahli ilmu yang jahat”. Jelas baginda”.
Jadi, janganlah kita terpedaya lagi.
Saya mengakhiri entri ini dengan memetik satu ungkapan yang pernah diucapkan oleh seorang ulama terkenal dari Indonesia, iaitu Kiai Haji Zainuddin M.Z. beliau dipetik sebagai berkata ;
“Islam pada hari ini ibarat seperti daun pisang dikala hari hujan…
Yang mana bila hari hujan orang akan mengambil daun pisang bagi dijadikan payung…
Dan apabila usailah hujan…
Maka daun pisang tadi pun dicampakkan dijalanan, dicampak tak bernilai…
Dan dipijak pula oleh orang-orang yang lalu…
Apabila terjadi sesuatu(malapetaka), masing-masing mengaku dengan semangat, “Aku Islam”…
Tapi apabila dituntut berjuang, dia katakan “nanti dulu”…
Islam hari ini hanya seminar, Islam hari ini hanya pidato, Islam hari ini hanya kongres…
Sedangkan Islam itu jauh dari kehidupan kita yang sebenar… “
Marilah sama-sama kita rendahkan diri dan muhasabah akan perbuatan dan hati…

Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang beriman yang berjaya. Amin
Wednesday, May 9, 2007
Jalan Yang Secara Bodoh Dihalang ; Siapa ?
Jalan yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui Islam yang diperturunkan Allah sudah ada, siapa pula yang menghalang jalan itu ?, mengapa pula mahu dihalang ?, atau mereka ini buta ?. Ini kisahnya ;
Ada sesuatu yang menarik dengan Pesta Jom Heboh yang telah diadakan di Ipoh minggu lepas. Ini adalah Karnival Jom Heboh sulong buat anak-anak negeri Perak. Diberitakan didalam senarai jemputan VVIP, Sahibus Samahah Dato Mufti Perak adalah orang yang ke 18 dalam senarai jemputan tersebut…?
Sungguh ideal apabila tokoh tertinggi ugama negeri yang kuat menyuarakan penentangannya terhadap pesta yang dulunya dikenali sebagai Pesta Sure Heboh itu dijemput turut sama bagi memeriahkan majlis.
Diberitakan juga, “handphone” Sahibus Samahah Dato Mufti tak henti berdering apabila umum mengetahui yang rombongan jom heboh itu akan singgah ke Perak.
Kalau suara tokoh ulama tertinggi dalam hirarki organisasi ugama tidak lagi didengar dan dihormati… siapa lagi…?
Karnival jualan – O.K, tapi konsert – K.O

Sedikit maklumat berguna di :- http://www.zaharuddin.com/v1/sureheboh.htm
*Saya mohon maaf kalau ada yang tidak gembira dengan fakta @ kenyataan entri ini. Saya hanya sekadar cuba menimbulkan suasana ini sebagai satu contoh kecil yang mana kita hari ini, tidak lagi beriman dengan sabda Rasulullah s.a.w (yang berbunyi) ; “Ulama itu adalah pewaris Nabi” - Mereka yang menjadi penerus kepada kerja-kerja nabi itu tidak lagi diletakkan pada paksi.
Tuesday, May 8, 2007
Mengislamkan Panggung ! Bagaimana? – Siri 1
Ada suatu kisah ;
Sofea : Najib !, kau dah tengok cerita “Cinta” ?
Najib : Belum, aku baru teringat nak ajak kau pergi tengok, nak tak ?
Sofea : Ehh…, kalau kau nak belanja aku apa salahnya, bila kau nak pergi ?
Najib : Malam ni pukul 9:00… ok ?
Sofea : ‘Set’… ‘dinner’ aku malam ni kau ‘support’ sekali ekk…
Najib : Ialah, memang dasar lah kau ni.
Sofea : Ermm… Jib, kita ajak Raudhah sekali nak tak ?
Najib : Eh…, ajaklah, apa salahnya, kalau kau nak ajak sekali mak, ayah dengan adik beradik kau pun ok, “Aiman tak kesah”… pakcik, makcik, sepupu-sepupu kau tak nak ajak sekali ke ?
Sofea : Hoi… lahabau betul kau ni, jaga sikit mulut kau tu ekk !
Najib : Ishk… aku gurau je lah, tak payahlah nak ‘emo’ pulak. Betullah aku cakap ni, ajaklah sekali si Raudhah tu. Hah, itu pun dia datang.
Sofea : Dah !, jom ikut kita orang malam ni pegi tengok wayang ?
Raudhah : Tengok wayang ?, cerita apa ?
Najib : Cerita ‘Anak Bapak’, hahaha…
Sofea : Ehh kau ni… bukanlah, tengok cerita ‘Cinta’, aku dengar cerita ni best, jomlah !. Aku ambik kau malam ni, o.k ?
Raudhah : Aku belum pernah lagi pergi tengok wayang, ‘best’ sangat ke tengok wayang ni ?, apa yang ‘best’ sangat tu ?
(Najib dan Sofea tanpa henti menghamburkan segala hujah bagi meyakinkan Raudhah tentang betapa seronok dan nikmatnya menonton wayang ; skrinnya besar, bunyinya sedap, suasananya selesa. Pendek kata semuanya ‘best’, rugi kalau tak pegi ke panggung wayang menonton-sebab langsung tak sama suasananya macam di rumah)
Sofea : Habis tu macam mana, jadi tak malam ni ?
Najib : Haa… nak pergi tak ?
Raudhah : Ermm… taknak lah.
Sofea & Najib : Kenapa pulak ?
Raudhah : Takut-takut kalau haram.
Najib : hah… haram !, apa yang haramnya, apa la kau ni.
Sofea : Ntah kau ni Dah, mengarut betullah…
Berangkat dari sebuah hadith nabi, yang mana Rasulullah s.a.w diriwayatkan bersabda ;
“Barangsiapa yang memelihara dirinya dari perkara-perkara syubhat itu, samalah seperti ia telah melindungi agamanya dan kehormatannya(dari kata nista orang lain), dan barangsiapa yang tersungkur ke dalam perkara-perkara yang syubhat itu akan terjerumus pula ke dalam perkara-perkara yang haram”
Suasana dalam panggung senantiasa menghantui fikiran orang-orang seperti Raudhah. Percampuran lelaki wanita dan suasana gelap dalam panggung tidak akan menyelesakan mereka. Apatah lagi panggung wayang ini juga gah namanya bagi mereka-mereka yang mahu ‘buat wayang’ – tak ke ada unsur syubhah / syubhat namanya tu.
Rasulullah s.a.w ada bersabda lagi dalam suatu hadith yang lain ; mafhumnya ;
“Tinggalkanlah apa yang meraguimu kepada apa yang tiada meraguimu”
Sesungguhnya Bahagian dari yang haram itu adalah syubhah / syubhat dan berhati-hatilah dengan sebahagian dari produk barat yang paling hangat ini(panggung wayang acuan mereka).
Dengan dua buah potong hadith nabi tadi, saya menutup entri mengislamkan panggung siri-1 ini dengan firman Allah dalam surah Al-Hasyr ayat 7 ;
“Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya”
Amat menyedihkan pada hari ini, dimana kita yang mengakui Rasulullah s.a.w itu sebagai pesuruh Allah dan nabi, tapi dalam masa yang sama, kita mendurhakai nabi dengan mengingkari segala wasiat, pesanan dan peringatannya. Marilah kita bersama-sama memperbetulkannya dan bersama dalam gerakan promosi pembudayaan syariat ini.
* Terima Kasih kerana membaca, nantikan Entri Mengislamkan Panggung – Siri 2.
P/S : Anda semua dirayu agar meninggalkan pandangan & idea dalam ruangan “Comment” – Agar buah-buah fikiran anda bagi usaha mengislamkan panggung ini dapat dicadang, dipromosi dan direalisasikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)